Top Ad 728x90

Video - Ikan Kepala Manusia

by

24 Perkara Jangan Diamalkan

by
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara yang jangan dilakukan dan seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

-Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT.

-Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

-Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

-Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

-Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

-Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.

-Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

-Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

-Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

-Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

-Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

-Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

-Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim.

-Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH SWT dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

-Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

-Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

-Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.

-Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

-Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

-Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

-Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

-Jangan memakai tangkal kerana ALLAH SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepada-NYA.

-Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH SWT itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga.

Mimpi-Mimpi Rasulullah

by
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....

* Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN
KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

* Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia
telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

* Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

* Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

* Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

* Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

* Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

* Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetap mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

* Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut

* Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.

* Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

* Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

* Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.

* Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.

* Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.

* Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke pnghujungnya.

* Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

* Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali ,pintu itu dan diapun memasukinya.

* Aku melihat ramai orang sedang menggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

Petua bentuk anak bersopan

by
Tahap perkembangan usia anak berada pada tahap ke matangan sering dipengaruhi teman sebaya. Perbendaharaan kata atau sesuatu perkataan yang dipelajari di sekolah atau sepanjang mereka berkenalan memberi pengaruh besar.

Si anak belajar daripada rakan sebaya untuk pemantapan perilaku sesuai dengan keperibadiannya.

Apabila berada di rumah, ada anak yang menggunakan bahasa yang kurang elok kerana pola pergaulannya dengan rakan sepermainan boleh terbawa-bawa ke rumah.

Ungkapan jelek, lucah atau tidak sesuai dengan usia mereka itu akan membuat ahli keluarga berasa kurang senang dan sesuatu harus dilakukan.

Ada kemungkinan anak-anak juga tidak tahu membezakan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata yang dianggap lucah itu kerana akal mereka belum sempurna untuk membezakan mana yang baik dan buruk.

Pengaruh perbualan remaja atau mereka yang lebih dewasa juga turut memberi kesan langsung kepada anak-anak kerana mereka cepat mempelajari sesuatu.

Berikut antara petua yang boleh dipelajari ibu bapa untuk membentuk anak-anak supaya tidak mengungkapkan kata-kata kasar, lucah dan biadab:

- Fahami dari mana anak memperoleh perbendaharaan kata atau mempelajari perkataan yang agak lucah dan tidak sesuai dengan usia mereka itu.

Cari punca sebelum menghukumnya. Ingatkan anak supaya menjaga tutur kata mereka. Ingatkan juga supaya si anak tidak sesuka hati menuturkannya sehingga ia menjadi kebiasaan.

Berikan contoh lain untuk menggantikan perbendaharaan kata atau perkataan lucah itu kepada ayat yang lebih terdorong ke arah positif sekali gus menjadi kebiasaan dalam perbualan seharian.

Perhatikan perilaku teman yang bergaul dengan anak dan beri pandangan mengenai kata-kata yang seharusnya di gunakan dalam pergaulan seharian.

Perkataan atau penggunaan bahasa yang tidak elok untuk dituturkan harus dijelaskan sebaik-baiknya supaya si anak mudah menerima penerangan orang lebih tua daripadanya.

Perlu tegas supaya anak-anak tidak memperolokkan ibu bapanya. Bagi mereka, perkataan sedemikian mungkin ber tujuan untuk menarik perhatian ibu bapa atau sekadar melepaskan marah mereka pada sesuatu perkara.

Berdoa demi kebaikan anak. Kebanyakan ibu bapa jarang berdoa dan hanya mengharapkan satu keajaiban berlaku sedangkan berdoa adalah senjata seorang mukmin, apatah lagi sebagai ibu bapa, doa mereka lebih diberkati.

12 Azab Bagi Yang Meninggalkan Sembahyang

by
Dalam sebuah hadis menerangkan Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. 3 darinya akan dirasainya semasa di dunia, 3 ketika dia hendak mati, 3 ketika berada dalam kubur dan 3 lagi azab di hari kiamat kelak."

Ketika di dunia :
1. Allah S.W.T. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah S.W.T. mencabut nur orang2 mukmin daripadanya
3. Dia akan dibenci oleh orang2 yang beriman

Ketika hendak mati :
1. Roh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh isi laut
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya

Ketika berada di dalam kubur :
1. Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir yang sangat menggerunkan
2. Kuburnya akan menjadi sangat gelap
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

Ketika hari kiamat :
1. Hisab ke atasnya menjadi sangat berat
2. Allah S.W.T. sangat murka kepadanya
3. Allah S.W.T. akan menyiksanya dengan api neraka

6 Cara Memikat Perempuan

by
Hati perempuan memang sukar untuk diduga. Menyelami hati mereka bermakna mencari apakah yang diingini oleh seseorang perempuan. Tanpa mengetahui terlebih dahulu serta memahami apakah yang mungkin boleh menyebabkan lelaki sukar mempertahankan hubungan yang dibina dan bakal berhadapan masalah ketika hidup bersama mereka nanti. Ketahuilah perempuan biasanya tidak sukakan lelaki yang mudah berputus asa, tidak dapat memberikan tumpuan atatu komitmen sepenuhnya terhadap satu-satu perhubungan, kedekut, berlagak pandai dan sebagainya. Jadi antara perkara yang boleh kamu lakukan dan perbaiki dari masa ke semasa untuk menjaga perhubungan kamu agar terus berkekalan.

1. Jadilah lelaki pemaaf

Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya kana cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu barkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa

Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaj? Jika benar hasrat kamu ikhlas an jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ?gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuanjuga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Komitmen

Masuk bab komitmen ni, sesetengah lelaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perelmpuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu trkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.

4. Berlagak pandai

Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingn menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awa perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu...

5. Berkongsi pendapat

Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah

Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlak ada batasannya. Bukan apa, ini smeua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

Lelaki mudah dekati wanita bersifat keibuan

by
DALAM memilih jodoh, lelaki sering bersandarkan paras rupa atau kecantikan wanita.

Kecantikan sesuatu yang subjektif. Apapun, wanita harus menjadikan diri mereka cantik dalam segala aspek.


Jika ciri yang diperturunkan ini anda miliki, ia mungkin boleh dianggap satu pakej wanita idaman yang diingini lelaki sebagai pasangan hidup satu hari nanti.



* Keibuan. Inilah sikap sebenar wanita yang membuatkan lelaki teruja padanya. Banyak lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.

Wajah keibuan sesungguhnya mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang dalam keadaan tertekan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi memiliki sikap keibuan dalam diri masing-masing.



* Keanak-anakan. Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka rasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.

Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian, malah wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.



* Penuh pengertian. Pengertian wanita sering membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya seperti perasaan mudah memaafkan dan memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah.

Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang penuh pengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk perkara sebenar.



* Menghargai. Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.



* Menjaga penampilan. Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita itu menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat dan menjaga kesihatan tubuhnya, meningkatkan kualiti hidup serta memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga, wanita berkenaan terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang kelihatan cantik dan ramping walau sudah punya anak tiga?



* Pandai berbicara. Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita berkenaan dapat mengimbanginya.

Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi memberi tindak balas dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik serta mengalihkan topik agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga gemar wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.



* Pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana baru, wanita itu cepat menyesuaikan diri.



* Menghormati diri sendiri. Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.



* Simpati dan prihatin. Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib mereka yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.

Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

7 Kalimah Yang Perlu Diamalkan

by
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam.

Pupuk cinta penuh ikhlas

by
Panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan mencurah di tengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui kasih dan sayang, membelai serta memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati.

Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Ada bijak pandai mengatakan, perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus apabila berhadapan dengan mereka. Terutama yang yang bergelar isteri, sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.

Bagaimanapun, hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang banyak.

Bagi wanita yang memegang prinsip, 'ada wang abang sayang, tidak ada duit abang melayang', lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu wang, yang disayang itu kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman.

Ada juga yang mengatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang lalu ia berkait antara satu sama lain.

Sebenarnya wang sekadar dijadikan alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah.

Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sekiranya diutamakan nilai kasih dan sayang oleh suami atau isteri, tidaklah kita cepat melatah andai ditimpa musibah atau hidup dalam serba kekurangan.

Wanita kini lebih ramai yang sedar perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki pula, asal ada yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajai cinta walaupun mereka mampu melakukannya.

Tahukah anda bila lelaki benar-benar jatuh cinta? Apabila setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.

Lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk kekasihnya.

Antara tanda lelaki jatuh cinta dengan hebat termasuk:



- Bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

- Sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.

- Berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

- Sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering rasa curiga.

- Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

- Mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian padanya.

- Ada kalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

- Menjadi orang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Pandai merajuk kerana ingin dipujuk kekasihnya.

- Menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

- Sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

- Mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Kerap bertanya cinta kekasihnya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

- Tidak melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

- Cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

- Membanggakan kekasihnya depan orang lain.

- Jika dia ditinggalkan kekasihnya, dia berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun sentiasa mengharapkan kekasih kembali padanya.

- Apabila timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

- Menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.

Keajaiban Molekul Air

by
"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (QS. Al Anbiya : 30).

Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.


Air murni dari mata air di Pulau Honshu dido'akan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambarkan dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.

Percubaan diulangi dengan membacakan kata, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "setan", kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.

Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan "peace" di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan do'a Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.

Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya.Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan . Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”

Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk mempresentasikan penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.

Ternyata air boleh"mendengar" kata-kata, "membaca" tulisan, dan boleh "mengerti" pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan , seperti pita magnetik atau compact disk.

Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang terhasil pada molekul air . Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang dido'akan boleh menyembuhkan si pesakit.


Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah.

Dengan izin Allah, pesanan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari.
Rasulullah SAW bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya." Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh.

Subhanallah... Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat, karena dia menyimpan pesan do'a jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS.

Bila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Qur'an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan , daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air.

Solat fardhu wajib air wudhu 5 kali sehari. Solat sunat , memegang al –Quran.

Persetubuhan, suami isteri wajib mandi.Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Mati pun jenazah wajib dimandikan dan lain-lain keadaan.

Kita mestilah menghormati air . Jaga kebersihan dan jaga adab – adab serta jangan membazir.

Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Qur'an dan hadits.

Solat Istikharah - Mengapa tunggu mimpi?

by
Oleh: AZMAN AHMAD

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.

Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.

Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu.

Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA - 16 MAC 2004 (SELASA)

Dosa Mengumpat

by
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (HRMuslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging
saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (HRAbu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Kunci Kejayaan

by
· Ada matlamat

· Yakin pada diri sendiri

· Azam yang kuat

· Displin yang tinggi

· Berusaha bersungguh-sungguh

· Tidak mudah berputus asa

· Jangan takut untuk gagal

· Tumpu perhatian yang tinggi dalam kelas

· Fahamkan terus ketika guru mengajar

· Aktif bertanya dan bersoal jawab dengan guru

· Belajar secara berterusan

· Siapkan kerja rumah

· Menjaga pemakanan harian yang berzat

· Menjaga kesihatan diri pada tahap terbaik

· Mengatur jadual harian

· Bijak mengurus masa

· Mengulangkaji pada hari yang sama

· Hormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua

· Persekitaran hendaklah membantu

· Jangan tinggal solat

· Anggap kesukaran itu sebagai cabaran

· Berusaha keras sebelum bertawakal

· Sentiasa berdoa

Keikhlasan, Cinta dan Air Mata

by
Sekadar renungan

Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Ssetelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jiika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.....

19 Hadis Rasullullah S.A.W. Mengenai Wanita

by
1. Doa perempuan lebih makbul drpd lelaki krn sifat penyayangnya yg lebih kuat drpd lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah saw akan hal tersebut, jwb Baginda saw, "Ibu lebih penyayang drpd bapa dan doa org yg penyayang tidak akan sia2".

2. Apabila seseorg perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat utknya. Allah swt mencatatkan bgnya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan drnya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorg perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah swt mencatatkan bgnya pahala org yg berjihad pd jalan Allah swt

4. Apabila seseorg perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dr dosa2 spt keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bg ibu itu setiap satu tegukan drpd susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit, maka Allah swt memberinya pahala spt memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas utk membela agama Allah swt

7. Barangsiapa yg menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama org yg sentiasa menangis krn takutkan Allah swt dan org yg takutkan Allah swt akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dr pasar ke rumah lalu diberikan kpd keluarganya, maka pahalanya spt bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan drpd anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan anak perempuan seolah3 dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dlm syurga lebih dahulu drpd suaminya (10,000 tahun)

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dr pintu syurga mana sahaja yg dikehendaki.

11. Wanita yg solehah (baik) itu lebih baik drpd 1,000 lelaki yg soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kpd Rasulullah saw, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita? Jwb Rasulullah saw, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jwb Rasulullah saw, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yg taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bgnya selama mana dia taat kpd suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dr mana2 pintu yg dia kehendaki dgn tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yg tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersama aku (Nabi saw) di dlm syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dlm pergaulan dgn mereka dan mendidik mereka dgn penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka bgnya syurga.

19. Drpd Aisyah r.a. "Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu drpd anak2 perempuan lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya drpd api neraka."

How To Improve In Public Speaking?

by
There are many similarities between daily conversation and public speaking:

Organizing our thoughts logically and the most persuasive manner. To successfully deliver our message, ones will organize their messages systematically, step by step to make the listener understand the message.

Tailoring the messages to the audience. Ones will think deeply trying to send the messages efficiently and show them how importance the issue to the people in that particular room.

Telling story for the maximum impact. Instead of telling directly the messages, ones usually built up some story telling, adjusting words and tone of voice to enhance the effectiveness of the messages.

Adapting to the listener feedback. Whenever we talk to someone, we will be aware with the person's verbal, facial, and physical reaction.

There are three (3) major differences between daily conversation and public speaking:


Public speaking is more highly structured.

It usually imposes strict time limitations on the speakers. In most cases, the situation does not allow listener to interrupt with question or commentary. The speaker must accomplish her or his purposes in the speech itself. In preparing the speech, the speaker must anticipate questions that might arise in the mind of listener and answers them. Consequently, public speaking demands mush more detailed planning and preparation than ordinary conversation.


Public speaking required more formal language.

Slang, jargon and bad grammar have a little place in public speeches. The listeners usually react negatively to the speakers who do not elevate and polish their language when addressing the audience.


Public speaking requires different methods of delivery.

When conversing informally, most of the people talk quietly, interjects stock phrases such as "like" and "you know", adopt a casual posture and use what are called vocalized pauses ("uh," "er," "um" . Effective public speakers, however adjust their voices to be heard clearly throughout the audience. They assume a more erect posture. They avoid distracting mannerisms and verbal habits.

8 petanda dia adalah jodoh kamu!

by
"Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

7 pahala selepas mati

by
Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sejarah hari dalam Islam

by
Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.

Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.

Kenali hati, cinta lelaki

by
Romantis

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.


Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.



1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

15 Tips Pelajar Cemerlang

by
Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, Berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.


Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?




Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.


Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.


Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.


Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan / praktikkan.


Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.


Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.


Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.


Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.


Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.


Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.


Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.


Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.


Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.


Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.


Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Warna dan masalah

by
Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk.
Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... !

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA


Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda,cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU

Terdapat pendapat yang mengatakan warna hijau ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Selamat mencuba!

Tanda-Tanda Awal Kanser

by
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 Penyebab Utama Kanser :
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan

Teh dan Kanser
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

Semarakkan cinta pudar

by
MEMBINA semula cinta yang sudah pudar tidak sesukar yang dijangka jika tahu mengembalikan rasa cinta dan sifat romantis.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, suasana romantis juga harus dipertahankan. Romantis pada saat sudah membina rumah tangga tentu tidak jauh berbeza daripada saat bertemu janji dengan kekasih dulu bukan?


Ada pelbagai cara mengungkapkan cinta termasuk menyelitkan sentuhan istimewa yang lain daripada kebiasaan misalnya menyediakan makan malam dalam suasana penuh romantik bertemankan kehangatan lilin dihias indah.

Keluar menonton wayang bersama juga dapat mengeratkan kasih sayang.

Jika terasa cinta kian pudar, usah sekali-kali menjauhkan diri. Tiada siapa yang merasakan getar dan pupus cinta itu kecuali anda dan pasangan.

Bahkan bijak pandai mengatakan, untuk merosakkan sesuatu hubungan begitu mudah sedangkan membina dan mempertahankannya semula adalah detik yang begitu mencabar.

Cinta dan perasaan kasih harus diperlihatkan manakala ungkapan sayang haruslah tiada hentinya. Barangkali peluang tidak sering datang bergolek dalam hidup ini.

Usah terlepas peluang untuk merasakan bahawa anda begitu menyayangi seseorang. Lontarkan kata-kata indah yang akan dikenang sepanjang hayat oleh si dia. Justeru, bagaimana caranya?



- Berilah pujian-pujian kepada pasangan anda

Pujian haruslah diberikan dengan sejujurnya. Bukan bermakna anda memerhatikan segala kelebihannya saja malah menyuntik rasa bangga serta harga dirinya sebagai seorang isteri.

Sedar atau tidak, dengan memberi pujian kepada pasangan, anda juga akan membuatkan hari anda berdua terasa berbeza.

Jika si dia mempunyai kelebihan dari segi fizikal, apa salahnya memuji. Begitu juga kepandaian si isteri memasak atau kepandaian suami dalam tugasan sehariannya.

Usah lupa bersikap positif kerana ia akan membuatkan hubungan perkahwinan serta kasih sayang semakin mendalam.



- Memberi bunga

Bukan hanya pada peristiwa tertentu seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahir, kiriman bunga buat si dia mampu memberikan kehangatan cinta yang hampir pudar.

Kirimkan bunga pada bila-bila masa saja malah anda boleh meletakkannya di atas tempat tidur. Lebih terasa apabila sesekali ia disertai kad ucapan berisi ungkapan betapa besar cinta anda dan betapa bererti dirinya.

Jika anda bimbang cara ini membosankan, kiriman bunga itu boleh diselang-seli dengan hadiah lain terutama apabila hadiah itu sesuatu yang sangat diimpikan si dia.



- Perlakukan dia seperti seorang puteri

Luangkan waktu supaya anda boleh bermesra dengan isteri atau suami. Tidak salah mengajak pasangan anda menonton tayangan filem lewat malam ketika anak-anak sudah terlelap.

Anda juga boleh mengajaknya makan malam di tempat romantis. Makan malam biasa di rumah pun boleh diselitkan dengan suasana romantis. Ditemani lilin yang memancarkan cahaya suram dengan alunan muzik yang lembut pasti menjadikan suasana agak luar biasa.

Suasana romantis memang sangat diperlukan apabila diri mencintai seseorang. Dalam perkahwinan misalnya, romantis memang berkait erat dengan keutuhan sesebuah rumah tangga.

Jika suasana romantis sering dihidupkan dalam suasana perkahwinan, hubungan suami isteri pasti semakin hangat. Dari segi seksual juga tidak terkecuali, malah saat itu anda berasa perkara paling mengghairahkan adalah suami atau isteri yang paling romantis.



- Buat kejutan

Dalam usaha meraih cinta si dia, lakukan sesuatu yang mungkin dianggap mengejutkan pasangan anda. Misalnya, sesekali tunjukkan kepandaian memasak resipi istimewa untuk si dia.

Biarpun selama ini si isteri yang biasa memasak, katakan pada hari itu bahawa anda ingin mencuba resipi terbaru.

Biarkan si isteri bersantai dengan membaca akhbar atau melakukan hobi yang digemarinya. Berilah kesempatan padanya untuk bersantai bersama rakannya seperti membeli-belah dan seumpamanya manakala anda pula melakukan kerja rumah.

Jika sebelum ini hanya si isteri yang bergelumang di dapur dengan menyediakan sarapan untuk anda, sesekali anda pula mengambil alih. Tentunya sesuatu yang tidak pernah dicuba akan membuat si isteri berasa bahagia.

Jika diaju kata-kata: “Abang dah buang tabiat ke?” atau pelbagai kata-kata sindiran lain, usah ambil peduli. Apa yang penting, hatinya bahagia, begitu juga diri anda apabila melihat si dia gembira dan bahagia.

Top 10 Rejection Lines Given By Women

by
10. I think of you as a brother.
(You remind me of that inbred banjo-playing geek in "Deliverance")

9. There's a slight difference in our ages.
(I don't want to do my dad)

8. I'm not attracted to you in 'that' way.
(You are the ugliest dork I've ever laid eyes upon)

7. My life is too complicated right now.
(I don't want you spending the whole night or else you may hear phone calls from all the other guys I'm seeing)

6. I've got a boyfriend.
(I prefer my male cat and a half gallon of Ben and Jerry's)

5. I don't date men where I work.
(I wouldn't date you if you were in the same 'solar system', much less the same building)

4. It's not you, it's me.
(It's you)

3. I'm concentrating on my career.
(Even something as boring and unfulfilling as my job is better than dating you)

2. I'm celibate.
(I've sworn off only the men like you)

1. Let's be friends.
(I want you to stay around so I can tell you in excruciating detail about all the other men I meet and have sex with. It's that male perspective thing)

Tips Menghalang Kecurian

by
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar / terlihat paip air diluar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun, PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala )

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada disisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian dirumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mailbox yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas.

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/ mail box/ alang pintu/ tepi tingkap bila keluar(pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tahu bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

Cantik Buat Gadis Dan Wanita

by
Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah "buatan" yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome; hingga kita berkata dalam hati, ˜Buta ke dia?

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Bandar Tenggelam Di Lautan Mediterranean

by
Ahli arkeologi marin menemui bukti utama tentang kewujudan tiga buah bandar legenda Mesir. Herakleion, Canopus dan Menouthis merupakan tiga nama bandar purba Mesir yang digambarkan oleh Herodotus (seorang penulis) dan Strabo (seorang ahli geografi dan pakar sejarah). Sebelum ini pakar arkeologi dan sejarahwan meragui sebarang bukti fizikal yang digambarkan sejak beberapa abad yang lalu. Mereka tidak mampu mengesahkan sama ada dua bandar yang dinyatakan itu benar-benar wujud ataupun tidak.

Sekarang ini, setelah menjalankan kajian beberapa bulan yang lalu, sekumpulan saintis dan pakar arkeologi marin dari Peranchis berjaya menghuraikan persoalan dan keraguan berkenaan. Ketiga-tiga bandar berkenaan benar-benar dijumpai setelah beberapa bulan meneroka dasar lautan Mediteranian. Herakleion, Canopus dan Menouthis ditemui di dasar lautan berhampiran Iskandariah Mesir.

Lebih daripada 2,600 tahun dahulu kedudukan Mesir adalah jauh daripada lautan Mediterranean. Bandar yang telah musnah itu pula ditemui lebih kurang enam kilometer daripada pinggi pantai dan pada kedalaman mencecah 10 meter ke dasar laut selepas menjalankan tinjauan elektronik pantai Aboukir. Penemuan fizikal pertama yang ditemui oleh pakar arkeologi berkenaan adalah mengenai kesahihan kewujudan tiga bandar purba itu. Pakar sejarah percaya bahawa bandar yang ditemui di dasar laut itu dibina dalam abad keenam atau ketujuh Sebelum Masehi. Bangunan-bangunan, kuil, berhala dan arca peringatan yang paling besar ditemui membuktikan bandar-bandar yang ditemui oleh merupakan pusat pentadbiran sebuah kerajaan suatu ketika dahulu.

Herodotus dalam bukunya pernah menulis bahawa Herakleion adalah sebuah pusat perniagaan terpenting dan di situlah dibina sebuah kuil khusus untuk Hercules. Selain itu kuil tuhan-tuhan Mesir seperti Isis, Osiris dan Serapis turut dibina di tiga kawasan berlaian yang merupakan destinasi utama pemuja setiap tahun. Selepas itu, dalam abad keempat Selepas Masehi, Menouthis pula dijadikan sebagai bandar pertahanan dan simpanan khazanah-khazanah dari St. John dan St. Cyr. Sebanyak 30 akaun Greek purba dan sebagai panduan untuk menemui lokasi tugu dalam tiga bandar berkenaan.

Namun, bagaimana ketiga-tiga bandar musnah, masih lagi menjadi misteri yang berlum terjawab. Sebuah gempa bumi mungkin merupakan penyebab paling hampir yang boleh dinyatakan setakat ini, jika mengikut kata seorang ahli geografi dari universiti Stanford, Amos Nur yang melukis peta kawasan berkenaan. Tragedi kemusnahan itu dianggarkan berlaku pada abda ketujuh atau kelapan Selepas Masehi.

Kumpulan penyelam yang menemui kesan-kesan runtuhan bandar itu turut menemui duit-duit syiling di era kebangkitan Islam dan kerajaan Byzantine. Bandar yang tenggelam di dasar laut sekian lama itu, hanya diambil beberapa artifak sahaja untuk dipamerkan di muzium manakala selebihnya para saintis dan pakar bidang berkaitan masih melakukan penyelidikan.

Penemuan yang paling penting ialah batu bersurat yang ditulis dalam tahun 1777 dan kini dipamerkan di muzium Mesir. Batu bersurat ini merupakan sebuah gereja kecil yang diperbuat daripada basalt zaman monolitik milik firaun Nectaebo 1 dan dibina di bandar Canopus pada abad kelima Sebelum Masehi. Ukiran-ukiran pada permukaan batu ini adalah berkenaan ilmu astrologi klasik di Mesir ketika itu dengan kombinasi ilmu astrologi Assyria dan idea firaun khususnya mengenai kelendar. Ukiran yang terdapat pada batu itu menghuraikan selama tempoh 36 dekad, setiap 10 hari ditandakan bintang yang akan muncul dan hilang.

Fahami cemburu wanita

by
KEBANYAKAN lelaki tidak faham apa sebenarnya yang diinginkan wanita cemburu. Walau apapun yang dilakukan, isteri yang cemburu tetap cemburu.

Cemburu sebenarnya manifestasi hilangnya rasa selamat di hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.


Menurut pakar psikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila berkahwin dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber pertama adalah tingkah laku suami atau layanan suami kepadanya.

Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah laku positif.

Sumber kepuasan kedua datang daripada makna yang diberikannya terhadap tingkah laku suaminya. Perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mencipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita.

Perkara yang dilakukan suami diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa kepuasan yang sangat tinggi.

Tetapi bagaimana wanita memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas perbuatan dan tingkah laku suami?

Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.

Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.

2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.

3. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.

Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.

4. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

5. Inklusif

Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.

Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.

Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

8 Cara Memberi dan Menerima

by
1. Memberikan waktu luang anda sepenuhnya

- berikan sesuatu secara ikhlas dan tanpa merungut.

- Ambil waktu luang yang biasa anda gunakan untuk jalan-jalan ke kompleks membeli ? belah atau berbual kosong dengan teman lain. Berikan kepada pasangan dengan mengajaknya berjalan-jalan. Tapi jangan campurkan hal peribadi dengan pekerjaan. Jangan sampai anda ponteng kerja hanya untuk menemani si dia.

2. Menunjukkan perasaan anda

- Mahatma Gandhi pernah mengatakan, adakah seorang pengecut tidak mampu menunjukkan cintanya. Itu (cinta) hak istimewa bagi orang yang berani? Jika anda takut dianggap bodoh ketika menyatakan perasaan anda, cuba nyatakan dengan cara lain.

- Misalnya, dengan sedikit tambahan lawak jenaka atau dengan menulis surat. Jangan takut dianggap sentimental atau jiwang. Tak ada salahnya mengekspresikan apa yang kita rasakan.

3. Saling melengkapi

- Cubalah berkongsi pekerjaan yang sukar dengan pasangan anda. Dengan begitu, beban anda akan terasa berkurang dan itu juga cara praktikal menunjukkan setia kawan.

- Misalnya, anda mempunyai ibu yang cerewet dan selalu mengkritik, ada baiknya meminta suami atau isteri anda mencarikan hadiah ulang tahun untuknya. Pasangan anda tidak merasa bimbang dan dengan cepat boleh menentukan hadiah yang sesuai.

4. Memberikan orang lain lebih dari yang mereka harapkan

- Anda boleh menyembunyikan anak patung kesayangan anak anda di bawah bantalnya. Cubalah berbicara manis pada rakan sekerja yang biasanya menyebalkan, misalnya ? Selama ini kita banyak bercanggah pendapat, tapi saya mesti katakan bahawa kerja yang awak buat kali ini memang bagus.?

- Cubalah untuk tidak mengeluh selama 24 jam dan lihat sekeliling anda dengan gembira, sehingga tanpa sedar anda boleh kembali pada diri anda dalam keadaan tenang.

5. Membiarkan sahaja

- Kadang-kadang ada suami yang mempunyai masalah tetapi mengambil tindakan mendiamkan diri sahaja.

- Salmah cthnya, punya masalah yang sama dengan suaminya. ? Saya tahu ia punya masalah, mungkin di pejabat atau keluarganya, yang tak dapat diceritakan. Perkara terbaik yang boleh saya lakukan untuknya ialah dengan mengatakan saya tahu ia mempunyai masalah dan tak perlu berpura-pura seakan-akan semuanya baik-baik saja. Paling tidak, dia tahu saya tidak mengharapkan dia bertingkah normal. Kadang-kadang dengan cara demikian, suami saya boleh relaks dan berbual tanpa beban? begitulah cerita Salmah.

6. Jangan kedekut pujian

- Pujian, salah satu bentuk cinta yang paling sederhana. Memuji orang lain, rakan sekerja, teman atau keluarga boleh dilakukan dalam dua bentuk.

- Boleh terus memujinya atau ketika anda mendengar orang lain memuji seseorang, anda berusaha mengulangi pujian itu dengan menanyakan kembali pada yang memberi pujian. Siapa yang tidak merasa bangga mendapat pujian, walau sekecil mana sekali pun ?

7. Memberikan kejutan pada pasangan

- Melakukan sesuatu di luar kebiasaan, selain mengejutkan, ternyata boleh menyenangkan. Kalau anda sudah mengenali pasangan, tentu anda tahu apa yang disukainya.

- Misalnya, ketika Rini tidak boleh tidur, suaminya menyalakan lampu dan membacakan cerita sampai Rini tertidur. Bukan cerita dongeng kanak-kanak tapi novel pengarang kegemarannya.

8. Berkongsi ilmu

- Kalau anda tahu sesuatu, sebarkan pada teman-teman anda. Seperti yang dilakukan oleh Iskandar yang memang ulat buku dan suka melayari Internet. Hobinya mengumpulkan artikel menarik dan mengirimkannya pada orang-orang yang dirasakan perlu. Pada isterinya, Iskandar akan mengirimkan artikel romantik seperti puisi, bagaimana menyemai perasaan cinta antara mereka dan lain-lain.

Asal Usul Yahudi

by
Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi.

Asal-usul kaum yang laknat

Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi. Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.

Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.

Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.

Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV dalam tahun 1394.

Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil ‘Black Death’, pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.

Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.

Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai ‘pogrom’, iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.

Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai ‘penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi’.

Waktu-waktu yang mustajab berdoa

by
Selain usaha dan tawakal, doa adalah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah s.w.t. Di antaranya ialah:-

-Semasa Lailatul Qadar

-ketika hujan turun

-ketika memulakan dan setelah selesai solat

-ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan

-di tengah malam

-di antara azan dan iqamah

-ketika sujud dalam solat

-ketika iktidal akhir dalam solat

-ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz Al-Quran

-Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir ( waktu sahur )

-malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharap bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat

-di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90