Top Ad 728x90

Lawak Santai

Markah Matematik

Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.
Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"
Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??
Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".

Berhenti Merokok

"Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?" tanya John pada George.
"Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?" kata George.
"Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama."
"Apa tahap pertama itu?"
"Berhenti membeli rokok!"

Khidmat Negara

"Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara ! " kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus wajib Khidmat Negara.
"Mengapa tidak? " tanya Rekrut yang mendaftarnya.
"Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada kaki yang lain. "
"Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya juga tidak rata. "

Pesakit Jiwa Yang Resah

Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya.
"Saya sudah tidak tahan lagi, doktor"
"Kenapa?", tanya doktor dengan ramah.
"Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing"
"Oh ya? Adakah dia menyalak?"
"Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencinginya"

Pekerjaan Yang Menguntungkan

"Jadi, Udin, kamu pasti ingin menjadi doktor mata seperti ayahmu bukan?"
"Tidak guru, saya ingin menjadi doktor gigi"
"Doktor gigi? Kenapa? Bukankah doktor mata pekerjaan yang bagus?"
"Tentu saja. Tapi setiap manusia hanya memiliki 2 mata sedangkan 32 gigi"

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90