Top Ad 728x90

Yang di-Pertuan Agong rasmi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Lebih 50,000 orang membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu malam tadi (10 Mei) bagi meraikan majlis perasmian stadium tersebut yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Walaupun hujan lebat orang ramai tidak berganjak memeriahkan majlis itu yang turut diserikan dengan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain.

Suasana di stadium yang tercanggih di Pantai Timur itu terus gamat sebaik Seri Paduka merasmikan stadium berkenaan dengan diiringi persembahan bunga api.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Seri Panglima Raja Baderulzaman Sultan Mahmud; Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Stadium tersebut yang dibina dengan kos RM270 juta akan dijadikan gelanggang utama temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 yang akan berlangsung pada 31 Mei hingga 9 Jun depan.

Sementara itu, Menteri Besar ketika berucap pada majlis tersebut berkata, stadium berkenaan mula dibina pada 27 Mac 2005 dan siap mengikut jadual.

“Stadium ini adalah yang tercanggih dan terbesar di Pantai Timur dan ia bakal menjadi mercu tanda bagi negeri Terengganu,” katanya.

Menurut beliau, stadium tersebut juga akan menjadikan Terengganu sebagai antara penganjur Sukma terbaik di negara ini.

1 Comment:

  1. wah, dah siap upenye stadium nih yek..lame nye tak balik trg~~ huhu

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90