Top Ad 728x90

Planet Utarid kian kecil

Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) mendakwa Utarid yang juga planet terkecil dalam sistem solar, semakin mengecil.

Utarid adalah antara planet dan objek dalam sistem itu yang mengelilingi matahari seperti bumi, Zuhrah, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun selain tiga objek yang kini dikenali plutoid, termasuk Pluto.

Akhbar Daily Telegraph memetik edisi terbaru jurnal Science melaporkan, saiz Utarid yang kian mengecil itu dikesan menerusi pemantauan dibuat kapal angkasa Nasa, Messenger pada Januari lalu.

Kapal angkasa Messenger yang memulakan perjalanan lima bilion batu ke Utarid empat tahun lalu, turut memberi bukti terbaru planet yang terletak paling hampir dengan matahari itu terbukti semakin kecil.

Ini berdasarkan rakaman imej cerun dan curam yang merentasi permukaan planet itu yang mengecut akibat pengecilan keluasannya.

Malah Utarid dikatakan kehilangan tiga batu daripada keluasan 3,000 batu persegi sejak kewujudannya.

Saintis Nasa mengaitkan punca pengecilan Utarid akibat suasana lebih sejuk jauh lebih ketara berbanding anggaran awal.

Ia juga dikaitkan dengan letupan gunung berapi yang berperanan dalam pembentukan planet itu.

- AGENSI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90