Top Ad 728x90

Doa istiazah elak gangguan syaitan

“Oleh itu apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan me reka.” (an-Nahl:98-99)

Ibnu Qayyim ada menerangkan mengenai hikmah membaca istiazah, iaitu memohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan ketika membaca al-Quran.

Sesungguhnya al-Quran itu adalah ubat bagi hati, dapat menghilangkan sebarang benda yang merosakkan. Justeru, terlebih dulu diperintahkan untuk menghalau kuman penyakit itu daripada hati agar ubat dapat memasuki tempat yang kosong sehingga dapat memberikan kesan.

Al-Quran adalah petunjuk, ilmu dan kebaikan di dalam hati, sebagaimana air bahan makanan bagi tumbuhan. Syaitan adalah api, membakar tumbuhan sedikit demi sedikit. Justeru, apabila ia merasakan ada kebaikan tumbuh di dalam hati, ia berusaha untuk merosakkan dan membakarnya.

Oleh itu, manusia diperintahkan agar memohon per lindungan kepada Allah supaya syaitan tidak dapat me rosakkan benih kebaikan yang tumbuh di dalam hati, di hasilkan oleh al-Quran itu.

Sesungguhnya malaikat suka menghampiri orang membaca al-Quran dan mendengarkan bacaannya. Diceritakan dalam satu hadis berkenaan dengan peristiwa Usaid bin Hudair ketika dia membaca al-Quran, tiba-tiba terlihat suatu benda seperti payung (di langit) yang di dalamnya terdapat lampu. Rasulullah s.a.w memberitahunya itu adalah malaikat yang mendengar bacaannya.

Syaitan adalah musuh malaikat. Oleh itu, pembaca al-Quran diperintahkan agar memohon kepada Allah supaya musuh malaikat itu dijauhkan daripadanya sehingga malaikat khas hadir di situ. Dalam keadaan seperti ini, malaikat dan syaitan tidak berkumpul.

Syaitan mengerahkan tentera berkuda dan pejalan kaki untuk mengganggu orang yang membaca al-Quran agar perhatiannya tidak tertumpu pada maksud al-Quran, men tadabbur, memahaminya serta lalai daripada apa yang di maksudkan Allah di dalam al-Quran.

Syaitan berusaha bersungguh-sungguh membina dinding di antara hati pembaca dan al-Quran. Dengan demikian dia tidak mendapat faedah (yang sempurna) daripada bacaanya. Oleh itu, disyariatkan agar memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan terkutuk ketika membaca al-Quran.

Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran bermunajat kepada Allah dengan kalam-Nya. Allah lebih dekat terhadap pembaca al-Quran bersuara baik. Bacaan syaitan hanya syair dan nyanyian. Pembaca al-Quran hendaklah menghalau syaitan dengan membaca istiazah ketika bermunajat kepada Allah.

Allah menjelaskan yang Dia tidak mengutus rasul atau nabi melainkan apabila ia bercita-cita, syaitan ikut masuk campur dalam cita-citanya. Ulama salaf (dulu) mengatakan apabila rasul itu membaca, syaitan mencampakkan sesuatu gangguan ke dalam bacaannya. Jika perkara seperti ini boleh berlaku pada diri rasul atau nabi, bagaimana dengan orang lain?

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90