JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

JAWATAN - KONSTABEL (LELAKI)

SYARAT LANTIKAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Lulus SPM dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan).
ATAU;
- Telah menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat Kepujian di dalam 2 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam 4 mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
- Calon-calon yang memiliki kelulusan yang lebih tinggi juga layak memohon.
- Pegawai Rendah Polis yang sedang berkhidmat sebagai Konstabel Sokongan boleh memohon.

KELAYAKAN FIZIKAL
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m;
- Ukuran lilitan dada biasa sekurang-kurangnya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas.
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Tidak rabun warna dan pendengaran yang tidak cacat; DAN
- Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan borang POLIS 262 (Pindaan 1/2006) yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah yang berhampiran dan juga daripada laman web :
www.rmp.gov.my

Tarikh Tutup : 19 Ogos 2008