Top Ad 728x90

JAWATAN KOSONG PEKERJA KHIDMAT SINGKAT DI JABATAN MUZIUM MALAYSIA (JMM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

1. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT (PEREKA GRAFIK)

(i) KELAYAKAN : Diploma @ Ijazah Senireka dan Senilukis (grafik dan rekabentuk dalaman)
(ii) DESKRIPSI TUGAS : Merekabentuk (design) dan menyelaraskan rekaletak (layout) panel-panel grafik untuk pameran.
(iii) TEMPOH BERKERJA : 6 bulan
(iv) GAJI : RM 77.95 sehari
(v) PERTIMBANGAN KHAS : Berkebolehan dan mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi grafik seperti Photoshop, Ilustrator, In Design dan sebagainya. Calon perlu membawa contoh-contoh kerja-kerja berkaitan yang pernah dilaksanakan.

2. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT (PEREKA GRAFIK 3D)

(i) KELAYAKAN : Diploma @ Ijazah Senireka dan Senilukis (grafik, rekabentuk dalaman)
(ii) DESKRIPSI TUGAS : Merancang dan merekabentuk susunatur dalam ruang (galeri) pameran.
(iii) TEMPOH BERKERJA : 6 bulan
(iv) GAJI : RM 77.95 sehari
(v) PERTIMBANGAN KHAS : Berkebolehan dan mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi 3D seperti Max Studio, AutoCad, V-Ray dan sebagainya.
Calon perlu membawa contoh-contoh kerja-kerja berkaitan yang pernah dilaksanakan.

3. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT (PEREKA MULTIMEDIA)

(i) KELAYAKAN : Diploma @ Ijazah Multimedia.
(ii) DESKRIPSI TUGAS : Merancang dan merekabentuk persembahan multimedia untuk kegunaan Audio Visual, Kiosk dan persembahan pameran.
(iii) TEMPOH BERKERJA : 6 bulan
(iv) GAJI : RM 77.95 sehari
(v) PERTIMBANGAN KHAS : Berkebolehan dan mahir dalam menggunakan aplikasi-aplikasi multimedia seperti Flash, Authorware, Director dan sebagainya.
Calon perlu membawa contoh-contoh kerja-kerja berkaitan yang pernah dilaksanakan.

4. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT (PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK/PENOLONG KURATOR)

(i) KELAYAKAN : Ijazah dalam bidang Antropologi/Sosiopologi/Sejarah dan Diploma Pentadbiran Awam atau STPM.
(ii) DESKRIPSI TUGAS : Membuat penyelidikan dalam bidang kebudayaan, kesenian, warisan dan lain-lain yang berkaitan.
(iii) TEMPOH BERKERJA : 6 bulan
(iv) GAJI : RM 77.95 sehari
(v) PERTIMBANGAN KHAS : Berpengalaman melaksanakan kerja-kerja penyelidikan di lapangan.

5. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT (PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK/ PENOLONG KURATOR)

(i) KELAYAKAN : Ijazah dalam bidang Sains (Zoologi, Botani dan Geologi)
(ii) DESKRIPSI TUGAS : Membuat penyelidikan dalam bidang flora dan fauna negara dan lain-lain yang berkaitan alam semulajadi.
(iii) TEMPOH BERKERJA : 6 bulan
(iv) GAJI : RM 77.95 sehari
(v) PERTIMBANGAN KHAS : Berpengalaman melaksanakan kerja-kerja penyelidikan di lapangan.

6. JAWATAN : PEKERJA KHIDMAT SINGKAT

(i) KELAYAKAN : SPM
(ii) DESKRIPSI TUGAS : Memasukkan data.
(iii) TEMPOH BERKERJA : 6 bulan
(iv) GAJI : RM 56.65 sehari
(v) PERTIMBANGAN KHAS : Mahir dalam mengendalikan komputer.
CARA MEMOHON
(a) Sila gunakan borang JMM/BP/1.2008 yang boleh diperolehi secara percuma daripada Unit Sumber Manusia Jabatan ini pada waktu pejabat dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang atau layari laman web Jabatan www.jmm.gov.my. Untuk memuat turun borang permohonan.
(b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik, sijil beranak, kad pengenalan dan dokumen-dokumen lain berkaitan SERTA sekeping gambar pemohon yang terbaru berukuran pasport.
(c) Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat apabila mengemukakan permohonan.
(d) Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan, tidak lengkap, tidak terang, tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan, tidak ditulis no kad pengenalan, tidak ditandatangani dianggap tidak lengkap dan akan ditolak.
(e) Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar terus atau diposkan kepada:

KETUA PENGARAH
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
UNIT SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN
JALAN DAMANSARA
50566 KUALA LUMPUR

No. Tel : 03-22671000/22826255 Sambungan 201/191/247/148/138.

Tarikh Tutup : 29 Ogos 2008

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90