RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA

Kepada calon yang sedang mencari kerja boleh mendapatkan Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja.
Klik di sini --> http://www.ashadee.net/go/50249/myadha?tid=myadha

Misteri histeria di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan

on Sunday, August 10, 2008

Menjerit, meracau, mengamuk, suara menjadi kasar dan garau secara tiba-tiba, menjadi bingung atau mendakwa berada di alam yang lain antara kriteria yang biasa digambarkan oleh kebanyakan mangsa histeria.

Sesetengah pihak menganggapnya sebagai kejadian misteri yang mempunyai hubung kait dengan peranan mahkluk halus seperti bunian, jin mahupun syaitan; tetapi tidak kurang menganggapnya hanya satu fenomena akibat tekanan perasaan.

Namun, apa jua pandangan dilemparkan pelbagai pihak, kejadian misteri melibatkan histeria masih terus menghantui lebih 800 pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang hingga kini.

Berhadapan dengan kes histeria di SMK Tanjung Lumpur, terdapat kriteria baru dikesan berlaku ke atas mangsa apabila pelajar atau guru yang diserang histeria akan mengalami sakit sendi hingga menyebabkan mereka terpaksa berjalan terbongkok-bongkok seperti seorang nenek tua yang sudah uzur.

Fenomena tersebut wajar diberi perhatian kerana laporan hospital sebelum ini secara jelas mengesahkan semua mangsa yang diserang histeria termasuk beberapa guru wanita tidak mempunyai masalah kesihatan selain berada dalam keadaan normal.

Persoalannya, mengapa pelajar atau guru wanita berkenaan tiba-tiba meracau, menjerit seolah-olah hilang kewarasan serta mengalami sakit sendi sedangkan mereka secara teknikal dilapor sihat serta waras oleh pihak perubatan.

Perkara utama yang harus difikirkan ialah kejadian histeria telah mengganggu proses pembelajaran pelajar terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Berdasarkan laporan, kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur mula dikesan berlaku ke atas seorang pelajar perempuan pada 13 Mei lalu sebelum berlarutan ke atas 35 pelajar yang lain secara berulang-ulang hingga kini dan kebanyakan mangsa adalah pelajar perempuan.

Mesyuarat khas

Satu mesyuarat khas diadakan pada 28 Julai lalu antara Jabatan Pelajaran Pahang, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), polis dan penduduk setempat bagi mencari jalan penyelesaian.

Selepas hampir empat bulan, histeria berjaya disenyapkan pada 31 Julai lalu apabila beberapa pengamal perubatan tradisional melakukan ikhtiar termasuk upacara “pembersihan” bertujuan memindahkan `anasir’ yang menganggu pelajar berkenaan ke tempat lain menggunakan van.

Bagaimanapun, suasana aman itu hanya bertahan selama lima hari sebelum ia berulang dengan lebih dahsyat hingga ada pelajar yang diserang histeria bertindak lebih agresif, termasuk cuba melarikan diri dari sekolah dan melawan guru yang cuba membantu mereka.

Menurut beberapa mangsa yang ditemuramah, ingatan mereka ketika diserang histeria adalah samar tetapi secara keseluruhannya mendakwa terdapat kemunculan seorang nenek tua yang datang menghampiri mereka dan berbisik sesuatu.

Bagi penduduk yang mempercayai kejadian misteri itu berkait rapat dengan gangguan makhluk halus mendakwa, ramai pelajar perempuan diserang histeria kerana mereka adalah golongan yang lemah dan mudah dirasuk oleh syaitan.

Ada juga di kalangan mereka mengaitkan kejadian itu akibat perkampungan makhluk halus yang terletak berhampiran sekolah berkenaan diganggu oleh beberapa projek perumahan yang dibangunkan di kawasan tersebut.

Tidak kurang mendakwa kejadian itu berlaku apabila lokasi berhampiran kawasan sekolah iaitu laut, sungai dan hutan yang merupakan perkampungan bunian telah dijadikan sarang maksiat oleh golongan tidak bermoral.

Lain pula bagi pengamal perbuatan tradisional yang melakukan upacara “pembersihan” di SMK Tanjung Lumpur, Shahabudin Sham Sudin, 50, pada 1 Ogos lalu.

Beliau mendakwa anasir yang mengganggu sekolah itu terdiri daripada 14 ‘dewasa’ dan tujuh ‘kanak-kanak’.

Menurutnya, ada di kalangan anasir itu sudah lanjut usia, ada yang masih muda, terdapat lelaki dan perempuan serta kanak-kanak dan kesemuanya beragama Islam malah al-Quran serta zikir merupakan amalan mereka.

Tambahnya, kejadian itu berulang semula angkara makhluk halus yang jahat dan tidak menolak keadaan menjadi lebih buruk kerana pelajar dan guru SMK Tanjung Lumpur sedang berhadapan dengan perkara yang lebih dahsyat.

Kesemua dakwaan dan pendapat itu bagaimanapun sukar disahkan melalui logik akal kerana perlakuan serta punca histeria tidak dapat dinilai melalui mata kasar, namun segala kemungkinan tidak boleh dinafikan.

Ini kerana, dalam al-Quran, manusia diingatkan bahawa Iblis pernah berkata, “Oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat, maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (daripada menjalani jalan-Mu yang lurus).

“Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur,” Surah Al-A’raaf, ayat 16 dan 17.

Bagi mereka yang percaya ada alasan saintifik di sebalik kejadian misteri itu berpendapat, histeria mungkin terjadi apabila seseorang memendam tekanan perasaan yang berpanjangan sehinggalah pada suatu ketika tekanan itu tidak mampu lagi dipendam dalam hati dan melebihi had yang mampu ditanggung perasaannya.

Bagaimanapun agak sukar untuk kita memikirkan secara logik bagaimana 35 pelajar yang diserang histeria itu boleh mengalami tekanan perasaan secara beramai-ramai mahupun bersama-sama.

Sekiranya segelintir pihak mendakwa perkara itu dialami oleh seorang pelajar lalu menyebabkan yang lain turut sama mengalaminya, adakah ia bermakna histeria satu gejala negatif yang berjangkit?

Tanpa mengambil kira histeria itu diakibatkan oleh mahkluk halus mahupun tekanan perasaan, segala langkah yang diambil oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran untuk mengatasi kejadian misteri itu wajar dipuji kerana mereka melihat perkara tersebut secara progresif.

Seperti yang ditekankan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff, beliau amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak sama ada mereka itu pakar psikitri mahupun pengamal perubatan tradisional yang ingin menawarkan bantuan.

Para pelajar

Selain itu, cadangan Jabatan Pelajaran untuk menukarkan para pelajar yang mengalami histeria ke sekolah lain turut dilihat bertepatan dengan keadaan kerana mangsa dilaporkan hanya akan mengalami kejadian misteri itu apabila berada di pekarangan sekolah.

Justeru, para ibu bapa yang masih keberatan membenarkan anak mereka yang diserang histeria bertukar ke sekolah lain wajar mengetepikan masalah pengangkutan atau anak mereka tidak sanggup berpisah dengan rakan-rakan mahupun guru SMK Tanjung Lumpur.

Sebaliknya, adalah lebih penting untuk mereka mengutamakan masalah pembelajaran anak masing-masing daripada mengambil kira keinginan berkawan para pelajar terbabit kerana pemikiran remaja tidak sejauh mentaliti golongan dewasa.

Bagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif, masih ada hikmah atau peluang ke arah yang lebih baik di sebalik kejadian itu.

Seperti kata seorang bapa pelajar sebelum ini, hati beliau tersentuh apabila hampir setiap hari pelajar dan guru sekolah berkenaan mengadakan program kerohanian seperti bacaan yassin, berzikir dan solat hajat yang turut disertai anak lelakinya.

Tambahnya, ekoran kejadian itu juga, dengan tidak semena-mena sekolah berkenaan memperoleh beberapa peralatan tambahan termasuk pemasangan lampu “sport light” serta peruntukan untuk mengubah suai tandas kerana perkara itu juga didakwa bermula di tandas.

Walau apapun pandangan, alam di sebalik alam nyata memang wujud sebagaimana yang difrmankan oleh Allah SWT iaitu ‘‘Tidak Ku jadikan manusia dan jin di langit dan di bumi semata-mata untuk beribadat.”
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

SMK TANJONG LUMPUR, KUANTAN said...

TERIMA KASIH DIATAS KEPRIHATINAN ANDA TERHADAP ISU INI BIAR PUN SUDAH BERLALU. ALHAMDULLILAH KEADAAN SUDAH KEMABLI SEPERTI BIASA. DAN RAMAI PELAJAR MANGSA HISTERIA KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH ASAL SELEPAS TERPAKSA DITUKARKAN ATAS DASAR KESELAMATAN.
KOMEN DARI:BLOGGER,
SMK TANJONG LUMPUR, KUANTAN
http://smktl.blogspot.com/


Thursday, February 5, 2009 at 1:06:00 PM GMT+8
Amri Claypot said...

sy sndri merupakan senior ketika itu (form 5 ) kami mnolong cikgu2 tuk mmbwa student yg ktika itu dirasuk ke tmpat yg diasingkan dri student lain..memg btul prubahan sikap n klakuan student waktu ktika itu...namun..smua itu tggal kenangan tuk sy dan skolah sy sndri :) mjulah SMK tanjung lumpur......


Saturday, December 3, 2011 at 7:13:00 PM GMT+8
Anonymous said...

Saya junior dri SMK Tanjung Lumpur.. sye amat takut apabila mendengar terdapat beberapa pelajar2 sekolah ini terkena HISTERIA... Walau bagaimanapun, sya bersyukur kpd Allah S.W.T kerana kes2 begini sudah tiada di sekolah ini lagi... Saya harap SMK Tanjung Lumpur x akan berlaku kejadian sebegini lagi...
~NUR AINAA ATHIRAH BT MOHD ASRI~


Monday, April 9, 2012 at 9:13:00 PM GMT+8
Anonymous said...

sya mohd izahar binm sulaiman yang berasal dari pontian johor darul takzim umur sya 29tahun no telepon sya mohd izahar bin sulaiman duduk di no 16 jalan seri memerah 2 tmn seri semerah parit semerah pontian klu ader jawatan kosong sebagai konstabel polis sila hubungi saya di talian 017 7942847


Saturday, October 12, 2013 at 7:38:00 PM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - Jawatan Kosong dan Info Pegawai Tadbir Diplomatik PTD | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO