Top Ad 728x90

Cara Terbaik Mengawal Kehamilan

by
Oleh OTOMEN GIRL

1. Penggunaan Pil Pencegah Kehamilan
Komen: Berkenaan dengan pil ni, saya nasihatkan; JANGANLAH GUNA. Bukan apa, memang ada yg berhujah kata, cara nilah yg paling selamat. Tapi, harus diingatkan; kadang-kadang KITA MUNGKIN TAK SERASI dengan jenis-jenis pil ini di pasaran. Memang tak ada side effect yg teruk; namun kadang-kadang cuba kita tengok, ada kala tu wanita akan jadi GEMUK tak menentu ataupun jadi KURUS secara tiba-tiba. It depends dengan penerimaan tubuh badan individu itu sendiri. Mungkin "side effect" tu tak jadi sekaligus. Dan mak mertua saya selalu cakap pada saya, pil pencegah hamil ni "berair" lebih. Mungkin nanti lama-kelamaan suami tidak mendapat "nikmat" seperti sebelum kita gunakan pil ini. So, BEWARE! Jangan sampai suami rasa tak seronok lagi bila bersenggama dengan kita. Itu kena jaga; nanti bila suami mintak kahwin lagi mengamuk pulak!

Saya TIDAK NAFIKAN bahawa memang ada pil cegah hamil yg betul-betul bagus; tak berair & suami masih rasa "nikmat". Tapi... itu mungkin hanya setahun, dua tahun atau tiga tahun... lama-kelamaan, pasti ada side effect; tak itu, ini, tak ini, itu! Jadi, fikirkanlah nak guna ke tak nak guna.

2. Penggunaan IUD
Komen: Ini saya nak nasihatkan; kalau boleh elak, ELAKlah sebelum jadi apa-apa. Saya teringat lagi seorang kawan lelaki (bekas office mate) yg bila datang kerja "monyok" aje. Bila tanya, "mengapalah engko ni Awang oi? Monyok aje?" Dia jawab: "Aku cakap enko jangan marah yek! Aku ni dah sebulan tak dapat!"
"Ceh! Menyesal tanya!" So, bila dia tengok saya tak berapa nak marah, dia mula cerita; al-kisah isterinya beriya-iya nak cegah kehamilan; pasang IUD... nak tahu tak IUD tu pasang kat mana? IUD dipasang di faraj wanita. Kadang-kadang, kita ni buat kerja lasak. Angkat itu, angkat ini, dukung anak! So, tak ke benda tu nanti akan menyusahkan? Silap-silap jadi pendarahan tau! Itulah yg terjadi pada bini si "Awang" kawan saya tu! Rupa-rupanya, si isteri tu "bleeding" sebab IUD tu mengganggu farajnya. Especially bila bersenggama; as a result, dia jadi tak selesa & selalu nak elak dari bersenggama. Jadi "frust"lah di Awang ni. Dia tak tahu betapa deritanya si isteri bila bleeding. So, doktor tak bagi mereka bersenggama untuk jangka waktu yg agak lama; dua bulan! Maka monyoklah lagi si Awang. Saya ketawakan dia, bukan main marah dia! Kesian si Awang...

Mungkin ini hanya SATU contoh tapi kita tak tahu entah berapa ramai isteri yg menderita gara-gara IUD. Sang suami tahu "nikmat" aje. Si isteri menyorokkan "rahsia" yg dia bleeding. Asyiklah "avoid" dari dihampiri suami. Itu yg salah. So, fikirlah sama ada nak guna method ni ke tidak. Kesannya mungkin tidak terasa masa baru-baru; tapi lama-lama? Haru jugak!

3. Penggunaan Kondom
Komen: Tak nak komen banyak-banyak, Tapi nak komen jugaklah... Cara ni saya rasa, BAIK YG NIKAH HALAL; BAIK YG TAK NIKAH, semua guna benda ni yg memang VERY COMMON. Berkesan tu memang berkesan... tapi ada 3 consequences: (Maaf ya, mungkin agak "censored" sikit, tapi kena cakap jugaklah!)

1. Suami kurang mendapat nikmat sebab air mani tidak "terlepas bebas"... mungkin ada sedikit kurang selesa.
2. Isteri juga boleh jadi kurang nikmat sebab tak "original". Sorry to say that... tapi itulah hakikatnya.
3. Kondom itu pecah (yg low quality, mungkin) dan menyebabkan usaha cegah hamil tak berjaya.

JANGAN KETAWA! Memang ada kes kondom pecah. Saya tak naklah cerita macam mana kondom boleh pecah, tapi sendiri mau ingatlah... Ni semua "feedback" yg saya terima semasa mula-mula nak kumpul maklumat dari rakan-rakan office, rakan sekuliah; teman-teman rapat, kakak-kakak & sedara-mara. Mereka memang tahu saya ni suka buat research yg "pelik-pelik". So, senang nak dapat kerjasama dari mereka. Ada suatu kes, dia kata puaslah dia guna kondom nak cegah hamil; tapi kondom tu "tembus" pulak! So, tup-tup... kawan tu termengandung. Tak apalah REZEKI, saya kata kat dia... Jadi, saya tanya ke dia... nak harapkan kondom lagi ke nak jarak anak? "Tak payah!" jawabnya.

4. Cara "ikat" (Sorry, saya dah lupa istilah dalam English... banyak sangat nak ingat!)
Komen: Nak senang kata, cara ni saya tak tahulah sama ada doktor perlu bedah si isteri untuk mengikat nak mencegah kehamilan. Cara ni memanglah senang, buat macam mana pun tak hamil... tapi bila nak anak nanti, kena pulak "bukak" balik ikatan tu! Cara ni selalunya digunakan bagi wanita yg dah ramai sangat anak; so terpaksalah ikat supaya tak beranak lagi. Ni memang "tak aci". Sebelum tu anak dah rapat-rapat, susun paku. Alih-alih nak control kena ikat... TAK ACI! Saya strongly object to this method. Unless pasangan itu betul-betul tak mahukan anak langsung selepas tu... then it's OK.

Tapi, yg kita nak sekat ialah bukan tak nak beranak langsung, cuma nak jarakkan aje... So, cara ni jangan guna jika hanya untuk jarakkan anak. Cegah hamil untuk menjarakkan, jangan guna, tapi kalau LANGSUNG TAK NAK ANAK, gunalah. Saya ada suggestion, kalau suami tak nak anak, suami tu lah yg kena ikat. Bukan ikat yg "itu", tapi kena bedah agar sperma tidak disalurkan ke rahim isteri. Saya tak ingat bagaimana proses tu, tapi it's something like that. Siapa yg terror tu, tolonglah cerita sikit. Cuma yg bimbang ialah bila suami nak kahwin lagi, susah pulak nanti, tak dapat zuriat dengan isteri baru you! (Ni kang kena "fire" dengan rakan muslimat kang!)

5. Cara "pancut luar"
Komen: Saya tak tahu nak kata... kalau nak kata cara terbaik... TIDAK! Ni nak habaq mai... ada seorang kawan saya (wanita) yg bergaduh dengan husband dia sebab tak pasal-pasal dia mengandung. Dia kata, "awak ni betul ke pancut kat luar? Ke awak ni dah pancut sekerat, lepas tu sekerat lagi baru keluar? Saya dah mengandung nih! Mana mana nih? Awak biar betul-betul sikit!" Nak tahu tak apa husband dia jawab? "Awak tu agaknya yg entah buat dengan sesiapa!" Astaghfirullah! Nak tahu tak pula apa perasaan kawan saya ni? Menangis-nangis dia bila suami dia tanya macam tu! Ya lah..siapa tak sedih? Isteri tu punya taat & setia, alih-alih dituduh begitu; sedangkan husband tu yg "lalai". Itu yg leceh; nak salahkan siapa? Bukan nak kata; orang lelaki ni bila dia tengah seronok, cepat lupa! Itu yg bahaya tu! Maaf lah..ni memanglah "censor" sikit, tapi please be open-minded sikit... sebab hal ni perlu dibincangkan kerana takut peristiwa yg menimpa kawan saya ni akan menimpa rakan-rakan yg lain. Saya harap tiada rasa marah atau "sensitif" bila membicarakan hal begini. To me, it's important to share experience (setakat yg fakta tu,tak jadi problem, kan?)

As a result, rakan saya ni sampai kena buat DNA test; nak buktikan pada suami dia yg itu anak suami dia & dia tak curang! Adilkah begini? Suami yg syok, isteri yg kena tuduh berzina dengan jantan lain! Terbukti itu anak si suami dan sebelum tu, suami mencadangkan agar anak itu di'buang". Kawan ni dah pergi "injection" nak keluarkan janin tu! Punyalah suami tu tak nak ngaku itu dia punya zuriat! Itu pasal saya kata, cara ni KURANG BERKESAN.

Ingat; kalau tak silap saya..the first sperma yg keluar bagi pancutan yg awal itu akan menghasilkan benih... yg ni lah yg akan berenang-renang mencari "benih" dari isteri pula. Saya ni taklah pandai bincang bab-bab ni dalam istilah sains.. sebab bukan doktor. Jadi, kalau pilih cara ini, buatlah betul-betul..nak keluar, keluarkan betul-betul - jangan sekerat masuk, sekerat keluar, time isteri tengah subur, walau sedikit saja sperma termasuk dalam rahim isteri, sure "melekat" punya!

Habis, dah 5 cara asyik tak "selamat", apakah yg paling selamat?

Ni saya nak bagi tips... Alhamdulillah... mungkin Allah Ta'ala tahu akan kesibukan saya... dan niat saya untuk tidak mahu ada baby kecil buat masa ni. Apa yg saya dapat tips dari orang-orang tua... cubalah menyusukan badan kepada baby kita. Dengan cara ini, InsyaAllah anak dapat dijarakkan.

Saya & husband tak guna mana-mana cara untuk mengelakkan kehamilan.Hampir 4 tahun dulu selepas saya lahirkan anak kedua, saya menyusukan anak tu hingga umurnya 3 tahun. Memanglah terlebih had umur, tapi dah tak boleh nak pisah langsung... .! Dan susu pulak tu mewah... bukan senang nak dapat susu banyak bagi perempuan yg bekerja. So, disebabkan "istimewanya" dapat susu yg banyak, saya tak boleh pisahkan anak saya dengan susu. YAKINlah bahawa penyusuan badan akan MENCEGAH kehamilan & sekaligus menjarakkan anak. TAPI... ada jugak caranya. Sebab, bagi wanita yg TERLEBIH subur sangat, sukar jugak kalau menyusu badan masih tak boleh kawal. So, saya bagi tips di bawah ni:

(TIPS INI KHAS UNTUK WANITA MENYUSU BADAN)

1. Elakkan bersenggama waktu subur. Bagi wanita menyusu badan, memang tak akan datang bulan (HAID). Jadi, nak kira waktu subur tu memang susah. Saya dulu lepas baru bersalin terus bagi susu, dan saya tak period selama hampir 3 bulan. Risau jugak kalau "ter"sangkut. Tapi tak... Alhamdulillah.

Caranya begini; kalau tak period tak apa, cuma bila keluar cecair agak pekat seperti putih telur, minta suami elakkan dari "meminta" yg itu... ..! Jika keluar cecair itu, bermakna anda sedang subur. Beri masa lebih kurang 4 hari atau cecair tu betul-betul tak ada, lepas tu baru boleh...

2. Makan jamu yg akan membantu menepatkan kedatangan HAID. Actually, sepatutnya, semasa anak dara lagi kita kena make sure kedatangan HAID adalah tepat. Ini memudahkan apabila telah berkahwin, senang untuk ingat tarikh apabila kita telah didapati mengandung setelah berkahwin.

Semasa zaman anak dara dulu, saya memang rajin makan jamu yg boleh mengelakkan dari problem keputihan dan HAID. Kalau tak percaya, masa saya mengandung anak pertama, doktor jangkakan 4 April, memang betul-betul 4 April saya sakit dan ketuban pecah. It is important to memorise your own mences date supaya pengiraan juga boleh jadi tepat oleh doktor. Begitu juga dengan anak kedua saya, tepat seperti jangkaan doktor. Alhamdulillah... ..

3. Cara makan jamu - memilih jamu juga adalah penting. Ketika menyusu, elakkan dari memakan jamu yg kuat. Contohnya, jika jamu tu jenis yg "pure" dibuat di kampung, jangan makan berlebihan, takut baby berak-berak atau cirit-birit. Dan lagi satu, semasa makan jamu tu "ampu" buah dada & niatkan dalam hati bahawa jamu itu tidak mengganggu susu kita, dan selawatlah ke atas Nabi 3 kali. Jika kita "mengampu" buah dada, bukan setakat boleh mengelakkan bayi daripada cirit-birit, tapi buah dada akan tetap tegang, montok & cantik. Tak perlu risau seandainya kita susukan badan nanti buah dada tak cantik. Suami pasti suka kalau kita susukan anak, at the same time buah dada masih boleh kita cuba maintain bentuknya. Anak sihat, suami pun tumpang berkat!

Lagi satu tips, kurangkan "dosage" penggunaan jamu tu. Katakan arahan tu suruh kita makan 2 sudu besar dan 2 kali sehari; kurangkan dari 2 sudu ke 1½ sudu ka, at least taklah terlalu panas untuk baby. Dan, kalau boleh makanlah jamu even selepas pantang, jangan hanya makan jamu masa dalam pantang sahaja. Continue to consume jamu untuk kesihatan. (SAYA CUKUP MENYAMPAH & MELUAT BILA DENGAR PEREMPUAN YG TAKUT NAK SUSUKAN BADAN KERANA ALASAN TAKUT BUAH DADA JADI KENDUR, PANJANG, DAN MACAM-MACAM LAGI! Lagi satu, suami tolong bagi galakan sama, jangan dok fikir serupa macam bini fikir. Seeloknya, suami disedarkan bahawa memberi susu pada anak bukan saja anak dapat manfaat, tapi suami pun tentu seronok kalau bentuk buah dada isteri lebih montok dari mula-mula kahwin!) Maaf ya... . "terover" berleter sikit!

Rasanya saya dah bentang satu-persatu method yg selalu dibuat untuk mencegah kehamilan, jadi Tuan-tuan & Puan-puan fikirlah cara yg sesuai. Cuma, saya nak bagi tau, untuk yg ada anak dah besar & tak mahu lagi ada anak, then terpulanglah nak pilih yg mana, tapi bagi pasangan macam saya & suami yg tak mahu ada anak at the moment, so the best thing is, semasa lahirkan anak yg sebelum ni lagi kita dah buat langkah yg perlu. So far, Alhamdulillah, tak pernah "miss" mences dan suami pun HAPPY. Tak perlu pancut sana sini atau tak perlu guna "sarung". Penyusuan badan berjaya mengawal kehamilan, YAKIN BOLEH! InsyaAllah, tanpa ragu-ragu. Anak saya dah nak masuk 4 tahun dah... Harap-harap biarlah sampai dia dah sekolah, baru dapat adik lagi. Lagipun, masih muda you... !So, harap tips yg saya beri ni boleh dimanfaatkan. Maaf jika sekiranya ada perkara yg "sensitif", manalah tahu ada orang tak suka. Saya mohon maaf banyak-banyak seandainya ada yg tersinggung. Bawalah berbincang dengan isteri atau suami masing-masing, supaya dapat "mutual understanding". Especially bagi wanita yg berkerjaya & sibuk macam saya...

Merancang Jantina Bayi?

by
Merancang anak lelaki

Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan.

Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.


Merancang anak perempuan



Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’

3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.



Bila boleh tahu ?



Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantin bayi dalam umur kandungan antara 5-6 bulan.


Dalam keadaan biasa satu kembar akan berlaku daripada 80 kehamilan. Kejadian kandungan kembar sedikit dipengaruhi oleh baka dan keturunan.

Wanita-wanita yang sedang menjalani rawatan kesuburan, peluang dapat anak kembar bagi mereka yang makan pil subur (clomiphene) ialah antara 5-10% , sedangkan mereka yang menerima suntikan homon subur atau menjalani rawatan bayi tabung uji, peluang dapat anak kembar ialah 20-30%.

Anda boleh mencuba rawatan tersebut, tetapi rawatan suntikan hormon subur membawa risiko kembar sampai lapan yang akhirnya akan gugur.



Makanan terbaik untuk pembentukan otak.



Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar?

Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tahu juga baik bagi wanita-wamita hamil !

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

by
Assalamualaikum,

Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pengunjung blog ini. Mohon ampun dan maaf, zahir & batin jika ada sebarang kesalahan sepanjang saya mengendalikan blog ini. Terima kasih kerana sentiasa datang. Semoga anda semua berbahagia di hari raya ini.

MOHD. ADHA BIN MOHD. ZAIN

Pastikan Nombor Peribadi Anda

by
Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh.

Nombor 1

LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

Nombor 2

NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

Nombor 3

RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda.

Nombor 4

NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

Nombor 5

SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

Nombor 6

HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

Nombor 7

INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

Nombor 8

ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

Nombor 9

NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

Nombor 10 atau 0

SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.

Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

Aidilfitri disambut 1 Oktober

by
Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 1 Oktober 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

- Bernama

Jenaka Karam Singh Walia

by
WALAUPUN BELIAU SUDAH TIDAK INTERFRAME LAGI KAT TV3 (DAH KONO SOUND LE TU) SEBAGAI KENANG KENANGAN, DI BAWAH ADE BEBERAPA PEPATAH YANG SELALU DIGUNAKAN OLEH BELIAU SEMASA MEMBUAT LIPUTAN TV... ..(DGN. GAYA TANGAN) SO KALAU BLEH BACA DAN BUAT SEKALI DENGAN GAYA TANGAN YEE...

pepatah Melayu moden

1. kecil tapak tangan, tapak sleman saya tadahkan.

2. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah.

3. siapa yang makan nangka dia yg dapat biji nangka.

4. pucuk di cita ismet ulam raja.

5. sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.

6. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian cukai pendapatan.

7. tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

8. tiada rotan pelempang berguna juga.

9. biar lambat asalkan tak cepat .

10. biar putih tulang jangan kuning gigi.

11. DI mana ada gula di situ adalah gula-gula.

12. jauh dimata dekat di mata-mata.

13. kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

14. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock.

15. secupak takkan jadi 18 cupak

16. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggal dunia.

17. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.

18. harapkan pagar pagar tak boleh diharap

19. habis madu sepah jangan di buang merata-rata

20. alang-alang mandi biar guna sabun .

21. ayam terlepas tangan berbau ayam.

22. berani kerana benar takut kerana penakut.

23. berapa berat mata memandang berat lagi seguni beras.

24. cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.

25. diam-diam ubi berisi diam-diam orang bisu .

26. hendak seribu daya tak hendak tak apa .

27. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

28. hidup segan mati ditanam.

29. ikut hati mati, ikut rasa merasa.

30. ikut resmi padi semakin berisi semakin banyak burung mari.

31. kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.

32. lembu punya susu cap teko dpt nama

33. patah tumbuh hilang report polis

34. sambil menyelam tengok kapal selam

35. sehari selembar benang lama-lama benang habis.

36. jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak mengail dilaut.(beli le pukat tunda lagi baik)

37. membujur lalu melintang pukang.

38. berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

39. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

40. kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.

41. kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah.

42. alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai jadi masam.

43. paku dulang paku serpih, paku dinding pucuk paku.

44. kalau takut dilambung ombak, jangan cuba nak naik bot.

45. air yang tenang jangan disangka tiada ikan.

46. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, terlajak kapal terbang tiada gear reverse.

47. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

48. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

49. Biar mati bini jangan mati anak... (boleh kawin lagi... .)

50. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

51. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

52. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.

53. Biar korek hidung jangan korek tabung.

54. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

55. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

56. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia susukan anak dia)

57. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

58. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik pi negeri orang dapat emas.

59. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri kahwin.

60. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

61. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat tembak ajelah... .

62. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

63. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala masing-masing lah)

64. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.

65. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari... ... .(nak tak?)

66. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satey Kajang lagi best... ...

hehehe semoga terhibur... .

Sumber : Kamus Dewan Karam Singh Walia Jayenge..

The History of Yahoo! - How It All Started

by
Yahoo! began as a student hobby and evolved into a global brand that has changed the way people communicate with each other, find and access information and purchase things. The two founders of Yahoo!, David Filo and Jerry Yang, Ph.D. candidates in Electrical Engineering at Stanford University, started their guide in a campus trailer in February 1994 as a way to keep track of their personal interests on the Internet. Before long they were spending more time on their home-brewed lists of favorite links than on their doctoral dissertations. Eventually, Jerry and David's lists became too long and unwieldy, and they broke them out into categories. When the categories became too full, they developed subcategories ... and the core concept behind Yahoo! was born.

The Web site started out as "Jerry's Guide to the World Wide Web" but eventually received a new moniker with the help of a dictionary. The name Yahoo! is an acronym for "Yet Another Hierarchical Officious Oracle," but Filo and Yang insist they selected the name because they liked the general definition of a yahoo: "rude, unsophisticated, uncouth." Yahoo! itself first resided on Yang's student workstation, "Akebono," while the software was lodged on Filo's computer, "Konishiki" - both named after legendary sumo wrestlers.

Jerry and David soon found they were not alone in wanting a single place to find useful Web sites. Before long, hundreds of people were accessing their guide from well beyond the Stanford trailer. Word spread from friends to what quickly became a significant, loyal audience throughout the closely-knit Internet community. Yahoo! celebrated its first million-hit day in the fall of 1994, translating to almost 100 thousand unique visitors.

Due to the torrent of traffic and enthusiastic reception Yahoo! was receiving, the founders knew they had a potential business on their hands. In March 1995, the pair incorporated the business and met with dozens of Silicon Valley venture capitalists. They eventually came across Sequoia Capital, the well-regarded firm whose most successful investments included Apple Computer, Atari, Oracle and Cisco Systems. They agreed to fund Yahoo! in April 1995 with an initial investment of nearly $2 million.

Realizing their new company had the potential to grow quickly, Jerry and David began to shop for a management team. They hired Tim Koogle, a veteran of Motorola and an alumnus of the Stanford engineering department, as chief executive officer and Jeffrey Mallett, founder of Novell's WordPerfect consumer division, as chief operating officer. They secured a second round of funding in Fall 1995 from investors Reuters Ltd. and Softbank. Yahoo! launched a highly-successful IPO in April 1996 with a total of 49 employees.

Today, Yahoo! Inc. is a leading global Internet communications, commerce and media company that offers a comprehensive branded network of services to more than 237 million individuals each month worldwide. As the first online navigational guide to the Web, www.yahoo.com is the leading guide in terms of traffic, advertising, household and business user reach. Yahoo! is the No. 1 Internet brand globally and reaches the largest audience worldwide. The company also provides online business and enterprise services designed to enhance the productivity and Web presence of Yahoo!'s clients. These services include Corporate Yahoo!, a popular customized enterprise portal solution; audio and video streaming; store hosting and management; and Web site tools and services. The company's global Web network includes 25 World properties. Headquartered in Sunnyvale, Calif., Yahoo! has offices in Europe, Asia, Latin America, Australia, Canada and the United States.

Teori Letupan Besar

by
Teori ini dikemukan oleh ahli astronomi Belgium iaitu Abbe Lemaitre(1920-an). Teori ini mendapat perhatian dan diterima oleh kebanyakan ahli sains. Abbe Lemaitre telah mengandaikan pada asalnya semua jisim dan tenaga adalah satu benda yang padu dengan ketumpatan yang sangat tinggi pada satu titik. Pada keadaan ini suhu dan jisim bahan tersebut sangat tinggi manakala jejari bahan tersebut sangat kecil dan menghampiri sifar. Semua bahan tertumpu ke satu titik dan keadaan ini dinamakan primeval atom. Primeval atom mempunyai ketumpatan, suhu dan jisim infiniti manakala isipadunya hampir sifar, keadaan atom ini dinamakan 'ketunggalan' (singulariti) iaitu satu keadaan yang tidak dapat diterangkan oleh hukum-hukum fizik.

Kira-kira 15 billion tahun lalu atom primeval ini mengalami satu letupan yang sangat kuat dan dahsyat kemudian ia berpecah dan mengembang ke semua arah. Ketika letupan berlaku sebahagian tenaga ditukar kepada jisim. Suhu letupan sangat tinggi dan selepas letupan terbentuk foton, elektron, positron, nutrino, antinutrino, proton dan neutron. Semua zarah-zarah ini bergerak keluar. Pada masa 105 tahun selepas letupan proton menarik elektron mengorbitnya dan membentuk atom hidrogen.

Akibat dari daya tarikan graviti di antara jisim, berlaku pemampatan jisim dan berlakulah permulaan proses pembentukan galaksi. Didalam galaksi itu kemudiannya berlaku proses pembentukan bintang.

31 Ways To Make A Girl Smile

by
1. Tell her she is beautiful

2. Hold her hand at any moment . . . even if its Just for a second.

3. Hug her from behind

4. Leave her voice messages to wake up to.

5. Wrestle with her

6. Don’t go hang out with your ex when she’s not with you, you might not relize how badly it Hurts her.

7. If youre talking to another girl, when you’re done talking, walk over and hug her and kiss her….let her know she’s yours and they aren’t.

8. Write her notes or call her just to say “hi”

9. Introduce her to your friends . . . as your girlfriend.

10.Play with her hair.

11.Pick her up (she loves it)

12.Get upset if another guy touches her and she doesn’t like it

13.Make her laugh

14.Let her fall asleep in your arms.

15.If she’s mad at you, kiss her.

16.If you care about her, then TELL HER

17.Every guy should give their girl 3 things: a stuffed animal (she’ll hug it every time she goes to sleep), jewelry (she’ll treasure it forever), and one of his t-shirts (she’ll most likely wear it to bed) or sweatshirts sprayed with his cologne!! and flowers or something occasionally.

18.Treat her the same around your friends as you do when you’re alone.

19.Look her in the eyes and smile.

20.Hang out with her on weekends

21.Kiss her in the rain (girls love this)

22.Kiss her just for the heck of it

23.If your listening to music, let her listen too.

24.Remember her birthday and get her something, even ifnits simple and inexpensive, it came from YOU. It means all the world to HER.

25.When she gives you a present on your birthday, Hari Raya, or just whenever, take it and tell her you love it, even if you don’t (it’ll make her happy.)

26.Always call her when you say you will, it may not seem like it, but it does hurt her and makes her think you don’t care so call even if you can only talk for a minute. Girls don’t necessarily have to have hour long conversations every night but its nice for us to hear your voice even for a quick hello.

27.Give her wat she wants

28.Recognize the small things . . . they usually mean the most.

29.Dont hug her friends or your friends that are girls cause she’ll feel left out.

30.Hang out with her whenever you are free

31.If u care about her…SHOW her!

Some of the responses that I got from my friends when I send this to them “hmmh sampai ke tua tak kahwin aku kalau camni, hehe”. That only goes to show how unromantic they are. Don’t you think so? We need to show our deep loving care towards the sweet creatures, if you are expecting similar treatment.

Kita zuriat Adam, bukan zuriat Iblis

by
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI PERLIS

Allah mengulangi kisah Adam dan Iblis di beberapa tempat dalam al-Quran. Barangkali bagi mereka yang kurang memahami al-Quran akan menganggap itu adalah pengulangan biasa yang tidak memberikan apa-apa impak yang berlainan.
Sebenarnya, sudah pasti tidak! Al-Quran adalah kitab yang tersusun dengan segala mukjizat yang membuktikan kebesaran Allah Yang Menurunkannya. Pengulangan cerita itu disebabkan faktor-faktor tersendiri yang menuntut kisah Adam dan Iblis itu dibangkitkan semula. Kisah tersebut adalah tonggak panduan kepada kehidupan manusia atas muka bumi ini.

Kisah Adam dan Iblis diketahui oleh semua Muslim, bahkan ia juga terkandung dalam Bible. Ringkas ceritanya Iblis yang enggan memberikan penghormatan kepada Adam seperti mana yang Allah perintahkan. Bahkan dia mempertikaikan arahan tersebut. Lantas dia dihukum kufur dan dilaknat. Sementara Adam yang ditempatkan di syurga, kemudiannya telah ditipu oleh Iblis yang menyebabkan dia melanggar arahan Allah agar jangan mendekati pokok larangan. Kesannya, dia dihukum dengan ditempatkannya di atas muka bumi namun disertai dengan keampunan dan rahmat Allah. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 34-37: (maksudnya) Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”, lalu mereka semua tunduk melainkan Iblis; dia enggan dan takbur, dan menjadilah dia daripada golongan yang kafir. Dan Kami berfirman: Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah daripada makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu daripada golongan zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: Turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati). Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Pada mereka yang tidak faham kisah ini mungkin menganggap adanya ‘double standard dalam hukuman Tuhan terhadap dua makhluknya yang berbeza. Setiap mereka telah melakukan satu kesalahan, tetapi yang satu dihukum begitu berat sehingga kiamat, sementara satu yang lain dihukum dengan hukuman yang tidak kelihatan terlalu berat, bahkan diampun dan dirahmati. Sekali pandang tanpa penelitian, mungkin ada yang tersalah anggap, seakan Iblis memang sengaja hendak dihukum demikian rupa, sedangkan Adam pula diampunkan, padahal sama-sama melakukan satu kesalahan.

Penderhakaan
Sebenarnya tidak! Sama sekali tidak sama antara kesalahan Iblis dan Adam. Iblis menderhakai Allah atas kesombongan dan ketakburan. Dia bukan sahaja tidak taat kepada arahan Allah, tetapi dia mencabar peraturan atau hukum yang telah Allah tetapkan. Dia menganggap hukum itu tidak wajar, sekaligus dia mencabar kemutlakan hak Allah dalam menetapkan hukum. Sementara Adam melakukan penderhakaan disebabkan kecuaian, kesilapan dan mengikut perasaan sehingga melupai hukum. Dalam Surah al-A’raf, Allah menceritakan bagaimana jawapan Iblis terhadap penderhakaannya, firman Allah: (maksudnya): Apakah yang menghalangmu untuk sujud ketika Aku perintahkanmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah. (ayat 12). Namun Adam yang juga bersalah tidak pernah mencabar peraturan Allah. Adam tidak pernah menyatakan bahawa kewujudan pokok berkenaan di syurga amat tidak sesuai dan boleh mengelirukan maka dia tidak patut dianggap bersalah. Tidak pula Adam mempertikaikan mengapa Iblis itu diwujudkan dan diberi peluang menggodanya. Sebaliknya, dengan penuh keinsafan dan perasaan kehambaan akur atas kesalahan diri lantas memohon keampunan dan taubat. Dalam Surah al-A’raf juga Allah menyebut: (maksudnya) Dengan sebab itu dapatlah dia (Iblis) menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (daripada) syurga lantas Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan aku katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata? Mereka berdua berkata: Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalaulah Engkau tidak mengampunkan kami dan kasihani kami, nescaya kami tergolong daripada orang-orang yang rugi. (ayat 22-23).

Kesalahan memang kesalahan. Namun titik tolak kesalahan dan sikap atas kesalahan amat berbeza antara Iblis dan Adam. Iblis bukan sahaja menderhaka, bahkan mempertikaikan atau meremehkan peraturan Allah. Sedangkan Adam dan isterinya, apabila melakukan dosa, menginsafi diri dan memohon keampunan Allah atas dosa tersebut. Justeru itu, hukuman Allah ke atas dua makhluknya itu tidak sama disebabkan perbezaan nilai kesalahan, bukan kerana Tuhan itu menghukum secara double standard.

Kisah Iblis dan Adam diulang berkali-kali dalam al-Quran agar kita mengambil pengajaran dalam kehidupan. Setiap ulangan ada isu dan pengajarannya yang tersendiri. Kita seperti bapa kita Adam, terdedah kepada salah dan silap, cuai dan alpa yang akhirnya menjerumuskan kita ke dalam dosa. Namun, seperti mana bapa kita Adam, kita tidak akan mempertikaikan hukum atau peraturan yang Allah tetapkan. Kita akui kelemahan diri, tanpa kita menghalalkan kesalahan dan dosa dengan alasan yang menunjukkan kita meremehkan hukum Tuhan. Kita bukan Iblis yang apabila berdosa bersikap takbur dan enggan akur atas kelemahan diri, sebaliknya menuding kesalahan kepada peraturan yang Allah tetapkan. Sesiapa yang bertindak seperti Iblis, maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang bersikap seperti Adam, maka dia mendapat keampunan Tuhannya. Allah menceritakan kisah bapa kita Adam, agar kita mencontohinya apabila melakukan kesalahan. Melakukan kesalahan bukan perkara yang paling menimbulkan kemurkaan Allah, tetapi enggan akur dan bertaubat itulah membawa kemurkaan besar di sisi-Nya. Kita anak Adam, teladani sikap bapa kita. Sabda Nabi SAW. Semua anak Adam melakukan kesalahan. Sebaik-baik yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Kafir
Kisah Adam dan Iblis menjadi paksi dalam banyak episod kehidupan insan. Sebab itu dalam Islam sesiapa yang membuat dosa dan menghalalkan tindakannya maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang membuat dosa namun tidak menghalalkannya maka dia dianggap sebagai seorang fasik (ahli dosa), namun tidak membawa kepada kufur. Melainkan jika dia bertaubat. Ini seperti sesiapa yang tidak berpuasa Ramadan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak, maka dia berdosa dan menjadi fasik. Namun jika dia menghalalkan perbuatannya itu seperti menyatakan ‘bagi aku tidak salah jika aku tidak berpuasa pun’, atau dia mempertikaikan hukum seperti dia menyatakan ‘syariat puasa itu tidak sesuai atau tidak ada sebarang faedah untuk kita ikut’ maka dia menjadi kafir, terkeluar dari Islam. Ini kerana dia mempertikaikan atau mencabar Allah Yang Maha Agong. Perbuatan yang seperti itulah yang dilakukan oleh Iblis lalu dihukum kufur oleh Allah. Sama juga dengan pelaku dosa. Jika seseorang berzina maka dia berdosa dan fasiq (fasik). Namun, jika menghalalkan perbuatan zina seperti menyatakan ‘apa salahnya jika suka sama suka’, atau dia menyatakan ‘jika pasangan dah rela, mana boleh berdosa’, atau menyebut ‘zina macam sedekah, jika orang bagi tidak salah kita mengambilnya’ maka pengucap ungkapan-ungkapan yang seperti ini terkeluar dari Islam. Ini kerana dia telah mempertikaikan hukum Allah dan mencabar apa yang telah ditetapkan-Nya. Dia seperti Iblis, yang mempertikaikan arahan Allah. Melainkan jika dia hilang akal atau gila atau apa sahaja yang menunjukkan dia tidak bermaksud mempertikaikan, atau meremehkan hukum Allah sama sekali

Saya amatlah terkejut apabila ada ‘orang politik’ yang sanggup menyamakan zina yang dia akui melakukannya dengan sedekah yang disuruh oleh Islam. Sanggup dia menghalalkan perbuatannya yang buruk itu atas alasan dia diumpan oleh orang lain, maka itu baginya macam sedekah yang jika ‘diberi boleh diambil’. Alangkah buruk perbuatan dan akidahnya. Dia samakan perkara yang Allah murka dengan perkara yang Allah suka. Apa yang lebih pelik, tidak pula kedengaran dengan jelas tokoh-tokoh agama dalam kem politik ‘si celupar itu’ mengulas perkara ini. Padahal ramai di kalangan mereka yang begitu tangkas dan cepat bertindak jika ada ucapan-ucapan yang menyalahi agama dibuat oleh musuh-musuh politik mereka. Bahkan ucapan yang masih lagi samar dan boleh diberi maksud yang berbagai-bagai pun dibantai sampai tidak cukup tanah. Tiba-tiba apabila kena giliran sahabat sendiri yang mengucapkan perkataan yang buruk lagi parah itu, ramai yang menyepi diri. Tiada yang berani menyuruh dia bertaubat dan menarik balik secara terbuka, bukan menyuruh orang lain ‘berbahasa’ untuknya. Di mana isu-isu agama dan moral yang diperkatakan selama ini? Ternyata, hukuman politik berbau agama tidak sama dengan pendirian agama mengenai isu politik. Bukan saya ingin bermusuh dengan sesiapa. Kolum saya ini telah mengambil risiko menegur rakyat dan pemerintah. Apakah mereka hanya dapat terima apabila saya menegur pemerintah, tetapi membantah jika mereka ditegur? Atau apakah mereka hanya berani menegur pemerintah dan mendiamkan diri apabila kesalahan itu dibuat oleh ‘geng sendiri’? Sabda Nabi saw: Sesungguhnya yang membinasakan mereka yang terdahulu dari kamu adalah; apabila orang yang berkedudukan mencuri maka mereka biarkan, jika orang yang lemah mencuri maka mereka laksanakan hukuman ke atasnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berbalik kepada kisah Adam dan Iblis. Kisah ini menjadi teras dalam akidah Islam. Islam agama yang akur bahawa insan sentiasa terdedah kepada dosa dan kesalahan. Selagi mana insan insaf bahawa kesalahan itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia mempunyai ruang untuk kembali dan bertaubat kepada Allah. Namun apabila insan yang melakukan dosa itu sombong dan bongkak dengan merasakan dia tidak bersalah atas perbuatannya, maka tempatnya bersama dengan Iblis yang menghuni tetap neraka yang amat dahsyat. Firman Allah dalam Surah Sad: (maksudnya) (setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, – Melainkan Iblis; dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia dari golongan yang kafir. Allah berfirman: Hai lblis! apa yang menghalangmu dari turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah. Allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatKu terus menerus hingga ke hari kiamat!. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh, hingga ke hari yang termaklum. Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu (zuriat Adam) yang dibersihkan. Allah berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan hanya perkara Yang benar Aku firmankan – Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu daripada zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya. (ayat 73-85).

Setiap kita ini ada kelemahan diri dan kesalahan yang kita lakukan. Namun sebagai insan yang merupakan zuriat Adam, kita sentiasa akur atas kelemahan dan kesalahan, inginkan keampunan serta memohon kemaafan Tuhan selalu. Kita tidak akan mempertikaikan apa yang telah Allah nyatakan dalam kitab-Nya al-Quran atau dalam sunnah yang sahih daripada Nabi Muhammad saw Jika kita gagal melaksanakan perintah Allah, atau melanggar larangannya kita akan akui kelemahan diri, memohon agar dikurniakan taubat yang ikhlas. Sama sekali kita tidak kata hukum Allah tidak baik. Atau tidak sesuai. Atau halal dan haram itu sama sahaja. Atau, bagiku perkara yang Allah haramku itu tidak haram. Tidak! Sama sekali tidak! Hanya pengikut Iblis yang mengucapkan seperti itu. Kita akan menyebut apa yang Allah ajar: (maksudnya) Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. (Surah al-Baqarah, ayat 286).

JAWATAN KOSONG DI PEJABAT PEMBANGUNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia

Jawatan:
-ARKITEK (HIASAN DALAMAN) J41
-PEMBANTU TEKNIK (UKUR BAHAN) J29

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan:
http://www.pembangunan.uitm.edu.my

Tarikh Tutup: 20 Oktober 2008

Apa yang perlu dibuat di hari raya??

by
Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.

Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.

Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ

Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)


BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?


Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA


Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.



7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.



Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.



Selamat Hari Raya Idil Fitri

Lelaki Berbahaya! Adakah Anda Terlibat Dgn Mereka?

by
Ingin mencari pasangan hidup dan cinta sejati adalah lumrah kita sebagai manusia. Sebagai wanita pula, kerisauan takut tersilap pilih pasangan adalah lebih dari lelaki.

Ini kerana sekiranya wanita tersilap pilih lelaki, maka kesan buruk yang bakal dilalui dalam hidup memberi kesan dan trauma yang mendalam terhadap emosi dan kehidupan mereka seterusnya.

Walaupun semua wanita tahu wujudnya lelaki yang ‘berbahaya’ namun masih ramai wanita tanpa sedar atau tidak terlibat bertemu dan berpasangan dengan mereka.

Kenapa masih ramai juga wanita terlibat memilih lelaki berbahaya?

Adakah mereka sengaja melibatkan diri dengan mereka? Tak mungkin!

Adakah mereka dikaburi dengan perasaan kesunyian dalam hidup dan amat memerlukan cinta dan kasih-sayang sehingga membuat pilihan yang salah?

Adakah mereka mempunyai tabiat atau sikap yang tak disedari dari dulu lagi yang menyebabkan mereka sentiasa memilih dan terlibat dengan lelaki berbahaya?

Adakah cara mereka dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda dan kurang perhatian menyebabkan mereka cenderung ke arah memilih lelaki seperti ini tanpa mereka sedar?

Atau adakah dengan mudah kita nak menyatakan itu adalah takdir yang Maha Esa?

Saya tertarik untuk menulis artikel berkaitan dengan lelaki berbahaya ni sebab pada pandangan saya, (anda pun mungkin setuju..) semakin hari semakin ramai wanita yang terlibat berpasangan dengan lelaki yang berbahaya. Tak kiralah sama ada sebagai teman lelaki mahu pun wanita yang telah berumahtangga.

Satu perkara yang memang pasti, wanita Tak Sedar dan Tak Tahu pun pada awal perkenalan atau perhubungan bahawa lelaki yang menjadi pasangannya itu berbahaya.

Macamana nak tahu seseorang lelaki itu berbahaya atau tidak? Ada ramai lagi ke lelaki yang betul-betul baik dan “sihat” dalam dunia ni?

Ada, kalau anda sendiri “sihat” dari segi emosi dan mempunyai pengetahuan yang berkaitan.

Ini membolehkan anda sekiranya berjumpa dengan lelaki jenis ini dan mengenalinya, anda mampu menghadapi dan seterusnya menjauhkan dia dari hidup anda. Hasilnya, anda boleh menumpukan masa, tenaga dan emosi untuk memfokuskan kepada lelaki yang baik dan sihat emosinya.

Adakah anda memahami peranan dan keadaan diri anda seterusnya menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengubah keadaan supaya hidup anda berubah dan lebih selamat?

Artikel kali ini, saya terangkan dengan ringkas siapa dia yang dikatakan lelaki berbahaya supaya sekurang-kurangnya dapat membantu anda melihat dengan lebih luas lagi konsep tersebut.

Siapa lelaki yang berbahaya?

Lelaki yang boleh dikategorikan sebagai berbahaya kepada anda wanita ialah:

“Lelaki yang merosakkan/mengganggu/menyakitkan dan mendera pasangannya secara percakapan, emosi, fizikal, seksual, spiritual, undang-undang dan juga kewangan.”

Secara Percakapan termasuk mengugut anda, memaki-hamun, meninggikan suara seperti selalu menengking dan menghina maruah anda dengan perkataan.

Penderaan emosi pula termasuk mengawal dan mendominasi dengan tidak membenarkan atau memberi anda peluang untuk membuat pilihan. Contohnya, anda nak berpakaian pun nak kena ikut sedap mata dia saja malah cara anda berpakaian perlahan-lahan ditentukan olehnya.

Dia kerap mengkritik anda yang akhirnya membuatkan anda berasa terlalu rendah diri. Cemburu buta yang melampau sampai anda nak berkawan pun tak boleh. Segala yang anda buat mesti bagi tau dia dan mendapat izin darinya. Pendek kata putih kata dia maka putih la anda ikut.

Memalukan anda dan merendahkan anda di hadapan orang lain juga antara bentuk deraan emosi. Kadang-kala memandang anda macam “nak makan” supaya anda sentiasa patuh dan takut padanya.

Secara Seksual boleh dikatakan seperti memaksa pasangan/isteri melakukan hubungan seks di luar tabii, memaksa menonton filem lucah, dan memaksa pasangan/isteri melakukan seks di luar kehendak isteri sebagai contoh memaksa isteri melakukan seks sewaktu isteri dalam haid sedangkan isteri menolak.

Secara Kewangan pula faham-faham je la ya. Memang ada wanita malah ramai wanita yang membantu pasangannya dalam bentuk kewangan. Yelah, bukan apa, sesekali ‘top-up’kan ‘handphone’ contohnya, lagi pun bukannya orang lain..’boyfriend sendiri jugak.

Bagi wanita yang dah berumahtangga, membantu suami dalam bentuk kewangan sekiranya mampu dapat juga meringankan bebanan kewangan suami dan keluarga. Apatah lagi sekiranya suami mengalami masalah kewangan.

Sesekali itu biasa. Luar biasa jika sanggup berhabis untuk pasangan sampai hidup sendiri nak makan pun takde sedangkan lelaki itu terus-menerus “menyedut” anda sampai tinggal rangka!

Bagi wanita yang dah berkahwin pula, suami menghabiskan wang ringgit isteri sehingga tahap duit isteri duit dia, duit dia duit dia sedangkan dalam masa yang sama suami mampu berhibur dan berfoya-foya tanpa menghulur sesen pun nafkah untuk isterinya.

Antara tujuan lelaki seperti ini ialah supaya anda menjadi papa dan bergantung hanya kepada dia. Secara tak langsung anda dapat dikawal supaya tidak meninggalkannya kerana sumber kewangan anda hanya kepada dia. Situasi ini banyak terjadi kepada wanita yang telah berkahwin dan hanya sedar selepas keadaan menjadi parah.

Penderaan Fizikal seperti yang anda sedia maklum adalah tindakan ganas seperti memukul, menampar, menumbuk, menolak, menggunakan senjata, kunci anda dalam bilik, menarik rambut dan sebagainya yang berbentuk fizikal.

Secara Spiritual pula selalu menyatakan kepada isterinya bahawa isteri akan jadi derhaka sekiranya menentang atau melawan suami. Kebanyakan lelaki seperti ini menggunakan ayat ini untuk menakutkan dan melemahkan wanita. Dalam masa yang sama dia melayan isterinya dengan buruk dan tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami.

Suka juga saya tambah di sini, bagi yang sedang ‘bercouple’ tu, sekiranya ‘boyfriend’ anda merajuk atau marah kerana anda tolak kehendaknya, seperti mencium anda atau lebih jauh lagi melakukan hubungan sex sebelum kahwin, ini bermakna dia tidak menghormati anda sebagai wanita dan mempermainkan hak anda untuk mempertahankan kesucian diri seperti yang dituntut oleh agama.

Secara undang-undang pula berlaku sekiranya telah bercerai, lelaki tidak memberi nafkah kepada anak yang telah ditentukan oleh pihak mahkamah. Atau sengaja tidak hadir ke mahkamah dengan sengaja untuk melambat-lambatkan proses mahkamah dengan niat supaya isteri terpaksa menunggu lama untuk mendapat pembelaan dan sebagainya.


Seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai pilihan yang berbahaya untuk anda ‘dating’ atau berpasangan dengannya sekiranya dia:

• Mahukan anda berhenti kerja atau bertukar rakan-rakan hanya kerana dia sahaja.

• Tidak menghormati masa anda untuk bersendirian/‘privacy’. Apa anda nak buat semua dia nak tau. Kalau petang anda telefon dia, kena ‘hantar report’ apa yang anda buat sebelum tu dan apa yang anda nak buat selepas itu. Senang cakap apa saja anda buat dan nak buat dia nak tahu.

• Suruh anda buat perkara yang anda tak selesa buat seperti menipu bagi pihaknya, pinjamkan dia duit sedangkan baru seminggu dua kenal.

• Mendesak ingin selalu berjumpa anda. Hari ni baru jumpa, esok nak jumpa lagi. Dua tiga hari kemudian nak jumpa lagi. Anda kata sibuk atau ada hal, dia pujuk. Anda tetap kata tak boleh dia mendesak juga.

• Ada reputasi menipu.

• Kaki judi, peminum arak.

• Menggunakan dadah atau pil-pil khayal.

• Pernah gagal dalam banyak perhubungan cinta yang lepas dalam sejarah hidupnya. Berapa kali nak kata banyak ya? Kalau umur baru 25 tahun dah gagal bercinta 5-6 kali tu banyak tu… Cinta monyet tak kira!

• Tidak memuji malah menampakkan sikap tidak suka kepada kedua ibu bapanya sedangkan anda dapat rasa dan tau kedua ibu bapanya bukanlah orang yang jahat. Walau pun kedua ibu bapanya ada membuat kesalahan, memburukkan kedua ibu bapa sendiri lebih-lebih lagi pada peringkat baru anda kenali dia menunjukkan sesuatu yang tidak kena dengannya.

• Mempunyai sejarah telah didiagnosis mengalami masalah tekanan jiwa atau “mental illness”

• Tidak berkerja,(Sebab pemalas) Ada sahaja alasan sedangkan anda lihat dia bukanlah sakit atau bodoh.

• SELALU bertukar-tukar kerja atau dipecat dan SENTIASA memberi alasan menyalahkan orang lain sebab kehilangan kerjanya itu.

• Ingin mengawal fesyen rambut anda, pakaian anda, sikap dan cara anda, rakan-rakan atau dengan siapa anda berkawan dan kerja anda pun dia nak kawal juga.

• Menyembunyikan sesuatu maklumat penting tentang dirinya yang anda hanya tau kemudian. Sebagai contoh, dia kata dia bujang, rupanya duda, memanglah duda tu bujang..tapi kenapa tak cakap awal-awal dia pernah kahwin.

• Merasakan dirinya saja yang istimewa, unik dan lebih baik berbanding orang lain.

• Percaya undang-undang untuk orang lain, dia tak tertakluk pada undang-undang dan boleh buat apa yang dia suka.

• Terlalu menarik dan peramah lebih dari kebiasaan. Perlu ambil perhatian di sini, lelaki yang ‘handsome’, cute, ‘smart’, peramah dan boleh membuat perempuan tertarik padanya dengan cepat sekali dari segi penampilannya, caranya, fizikalnya atau apa saja pada dirinya, anda perlu berhati-hati.



Perbezaan di antara wanita yang bersama/berpasangan hanya sekali sahaja dengan lelaki berbahaya berbanding wanita yang kerap berjumpa/berpasangan/ dengan lelaki seperti ini ialah wanita yang pertama itu ‘terbuka’ untuk belajar dan kenal dengan cepat kesilapannya.

Wanita kedua pula tak mahu belajar, banyak memberi alasan atau gagal ‘membuka’ minda untuk mendapat pengajaran.

Hasilnya wanita yang pertama akan lebih kuat, berkeyakinan, berfikiran positif dan akhirnya mampu bertemu cinta sejati dengan lelaki yang ‘sihat dan selamat’.

Wanita kedua pula, akan terus derita..itu saja!

Anda dalam golongan yang mana?

Fikir-fikirkan!

Aqiqah Dan Hukum Yang Berkaitan Dengannya

by
Setiap anak damit dilahirkan dalam keadaan suci bersih, jauh daripada sebarang pencemaran akidah. Ibu bapa adalah orang pertama yang menunjukkan hala tuju anak tersebut, ke jalan yang mulia atau sebaliknya. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Setiap kelahiran (daripada bani Adam) dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah (yang menjadikannya) Yahudi, Nashrani atau Majusi." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Oleh yang demikian, ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mereka untuk mengenalkan Allah, mengajar serta membimbing mereka tentang suruhan dan laranganNya. Hal ini hendaklah diserapkan ke dalam jiwa dan minda mereka sejak dari kecil lagi, bahkan Islam telah menganjurkan kita supaya menyerukan azan dan iqamah di telinga anak damit itu sejak dari lahir lagi. Azan dan iqamah dilakukan supaya kalimah tauhid dan kalimah yang mengakui keagungan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan keesaanNya adalah perkataan yang mula-mula didengar oleh anak itu dan akan meresap ke hatinya yang suci bersih serta meninggalkan kesan yang amat bererti buat dirinya.

Selain dari itu, menyerukan azan dan iqamah juga adalah sebagai usaha untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, di mana dengan seruan azan dan iqamah ini syaitan akan lari dari anak tersebut. (Bujairimi ‘ala al-Khatib: 4/436-437) Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksdunya :

"Sesiapa yang dikurniakan anak yang baru lahir, maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqamah di telinga kiri, nescaya tidak akan menyakitinya Umm ash-Shibyan (pengikut jin atau penunggu atau suatu penyakit yang terkena pada kanak-kanak pada masa kecilnya)." (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu as-Sunni)

Demikian juga Islam menganjurkan supaya melakukan aqiqah bagi anak damit tersebut. Ini bertujuan untuk mezahirkan perasaan syukur ibu bapa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala di atas anugerah cahaya mata atau zuriat keturunannya.

Di samping itu daging aqiqah yang dimasak dengan sedikit rasa manis itu diharapkan agar perangai dan budi pekerti anak tersebut akan menjadi elok dan baik. (Al-Majmu‘: 8/322)

Pengertian Aqiqah Menurut Syara‘

Aqiqah dalam pengertian syara‘ ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Hukum Aqiqah

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain alaihimassalam. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda bersabda yang maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan baharulah ianya dipanggil aqiqah wajib.

Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

"Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis "anak tergadai dengan aqiqahnya" di sini. Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diaqiqahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diaqiqahkan. Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diaqiqahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini adalah pendapat yang terbaik. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)

Orang Yang Dituntut Melakukan Aqiqah

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.

Aqiqah tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak wajib ke atasnya memberi nafkah kepada anak tersebut melainkan dengan izin daripada orang yang wajib memberi nafkah (bapa atau ibu). Sebagaimana Nabi pernah mengaqiqah cucunda Baginda Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain sama ada dengan sebab izin daripada Sayyidina ‘Ali menantu Baginda ataupun ketika itu Sayyidina ‘Ali dan isterinya tidak berkemampuan lalu tertanggunglah nafkah tersebut ke atas Baginda Rasulullah.

Belanja untuk aqiqah itu hendaklah diambil daripada harta bapa atau ibu itu sendiri dan tidak boleh diambil daripada harta anak yang hendak diaqiqahkan itu. Ini kerana perbuatan aqiqah itu adalah merupakan tabarru‘ (sedekah).

Jika diambil perbelanjaan itu daripada harta anak tersebut, maka aqiqah yang dibuat itu tidak sah dan ibu atau bapa tersebut wajib menggantinya. (Al-Majmu‘: 8/324 dan Mughni al-Muhtaj: 4/369)

***************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Kedua)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Kemampuan Dalam Melakukan Aqiqah

Ibu bapa yang berkemampuan, adalah dituntut (sunat) melakukan aqiqah untuk anak mereka itu sehingga anak itu baligh. Jika anak tersebut sudah mencapai umur baligh tetapi ibu bapanya tidak melakukan aqiqah untuknya, maka sunat ke atas anak itu melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri dan gugurlah tuntutan sunat ke atas ibu bapa itu melakukan aqiqah anaknya yang sudah baligh itu.

Adapun yang dimaksudkan dengan kemampuan yang merupakan syarat untuk melakukan aqiqah itu ialah orang yang hendak melakukan aqiqah itu mempunyai wang belanja yang lebih untuk dirinya dan orang-orang yang di bawah tanggungannya sebelum berlalu jangka masa terpanjang bagi perempuan bernifas iaitu enam puluh hari.

Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas berlalu masa tersebut (sebelum itu dia tidak mampu, kemudian selepas enam puluh hari baharulah dia mampu), maka tidak disunatkan ke atasnya melakukan aqiqah.

As-Syeikh Muhammad al-Khathib as-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj mengatakan bahawa jika wali anak tersebut tidak mampu untuk melakukan aqiqah sebaik saja anak itu dilahirkan, kemudian dia mampu sebelum umur anak itu genap tujuh hari, maka sunat ke atas wali itu melakukan aqiqah untuk anaknya itu.

Jika kemampuannya itu hanya wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan dalam masa isterinya sudah melalui semaksima hari nifas (enam puluh hari), maka kebanyakkan ulama muta’akhirin berpendapat tidak disunatkan ke atasnya aqiqah.

Adapun jika kemampuannya itu wujud selepas hari ketujuh daripada hari kelahiran anaknya dan isterinya masih dalam nifas, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Menurut pendapat Yusuf al-Ardabili di dalam kitabnya al-Anwar li A‘mali al-Abrar, beliau mentarjihkan (lebih cenderung kepada) pendapat yang mengatakan sunat ke atasnya aqiqah.

Dalam erti kata lain, jika wali itu tidak mampu sehingga habis masa nifas isterinya, maka gugurlah daripadanya hukum sunat melakukan aqiqah. (Mughni al-Muhtaj: 4/369-370)

Aqiqah Anak Zina

Menurut Ibnu Hajar adalah sunat ibu tersebut melakukan aqiqah bagi anak zina itu, akan tetapi aqiqah itu hendaklah dilakukan secara sembunyi-sembunyi (tidak dizahirkan) agar tidak menimbulkan keaiban. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/371)

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Hakim)

Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).

Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Jika tidak sempat melakukan aqiqah pada hari ketujuh, maka digalakkan juga melakukan aqiqah itu pada hari keempat belas daripada hari kelahiran. Jika tidak sempat melakukannya juga, maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Begitulah dengan seterusnya boleh dilakukan setiap kali berlalunya tujuh hari yang berikut, seperti pada hari kedua puluh lapan, tiga puluh lima dan seterusnya. (Al-Majmu‘: 8/323-324)

Di dalam kitab Kifayah al-Akhyar ada menyebutkan bahawa masa untuk menyembelih aqiqah (bagi yang mampu) itu hendaklah jangan melebihi tempoh sehingga kering darah nifas ibu yang bersalin. Jika tidak dilakukan aqiqah setelah kering darah nifas, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berhenti menyusu (dalam tempoh dua tahun daripada hari kelahiran). Jika tidak dilakukannya juga, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berumur tujuh tahun. Jika tidak dilakukannya juga sehingga anak itu berumur tujuh tahun, bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi sebelum anak itu mencapai umur baligh. Jika anak itu mencapai umur baligh, maka pada masa itu diberi pilihan kepada anak tersebut untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri. (Kifayah al-Akhyar: 534)

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. (Al-Majmu‘: 8/323)

Adapun menurut Ibnu Hajar, tidak disunatkan aqiqah itu bagi anak keguguran melainkan jika ditiupkan padanya roh. Jika anak keguguran itu tidak ditiupkan padanya roh, maka tidaklah dibangkitkan dan tidak memberi manfaat anak itu di akhirat kelak. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258)

Manakala anak damit yang mati sebelum atau selepas hari ketujuh daripada kelahirannya dan dia berkemampuan untuk menyembelih binatang, maka sunat diaqiqahkan anak tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 2/526 dan al-Majmu‘: 8/323)

*************************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Ketiga)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Binatang Aqiqah Serta Syarat-Syaratnya

Binatang yang sah disembelih untuk aqiqah itu sama seperti binatang-binatang yang sah dibuat korban. Untuk lebih jelas lagi disebutkan syarat-syarat binatang yang sah untuk dibuat aqiqah itu ialah:

1. Binatang aqiqah itu hendaklah binatang ternakan (na‘am) seperti unta atau yang sejenisnya, lembu atau yang sejenisnya seperti kerbau dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu". (Surah al-Hajj:
34)

Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud aqiqah, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadis:

Maksudnya: "Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (dari Madinah) mengucapkan tahlil (Lailahaillallah), dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah". (Hadis riwayat Muslim)

Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah aqiqah tersebut.

Afdhalnya binatang yang dibuat aqiqah itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

2. Binatang aqiqah itu hendaklah cukup umur, sebagaimana disyaratkan di dalam korban. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadis riwayat Muslim)

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang aqiqah itu ialah:

a. Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.

b. Lembu dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.

c. Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin
2/518)

3. Binatang aqiqah itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Daripada hadis di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan aqiqah itu ialah:

i. Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat aqiqah.

ii. Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat aqiqah.

iii. Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat aqiqah.

iv. Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.

v. Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.

vi. Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat aqiqah.

vii. Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat aqiqah.

viii. Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.

ix. Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)

****************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Keempat)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258 dan Mughni al-Muhtaj: 4/370) Ini Kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka pada yang manis, sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka yang manis dan madu." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan ad-Darimi)

Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.

Adapun jika dimasak dengan tidak ada rasa manis seperti dimasak dengan rasa yang masam, maka tidaklah ianya menjadi makruh kerana tidak ada larangan mengenainya.

Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdhal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Adapun pangkal paha kambing di sebelah kanan sunat disedekahkan dalam keadaan mentah kepada bidan yang menyambut kelahiran anak tersebut. (Bughyah al-Mustarsyidin: 258) Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh puteri Baginda Sayyidatina Fatimah Radhiallahu ‘anha melakukan yang demikian itu dengan sabda Baginda:

Maksudnya: "Timbanglah rambut Husain dan sedekahkan perak dengan seberat timbangan rambutnya itu dan berikan kepada bidan kaki aqiqah." (Hadis riwayat al-Hakim)

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.

Demikian juga, daging aqiqah itu sunat dihadiahkan kepada orang kaya, dan dia memiliki apa yang dihadiahkan kepadanya itu.
(Mughni al-Muhtaj: 4/370) Dengan maksud memiliki itu adalah orang kaya tersebut boleh memakan atau menjualnya. Akan tetapi daging aqiqah itu haram diberi atau dijual kepada orang kafir.

Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." (Hadis riwayat al-Hakim)

Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Adapun jika dipecah-pecahkan tulang aqiqah itu, maka tidaklah ianya menjadi makruh akan tetapi hanyalah menyalahi yang utama
(khilaf al-awla). (Al-Majmu‘: 8/322)

Aqiqah Nazar

Apa yang dimaksudkan dengan aqiqah nazar itu sama keadaannya dengan korban nazar. Iaitu binatang sembelihan bagi aqiqah itu menjadi wajib apabila ia dinadzarkan, sama ada nadzar itu nadzar yang sebenar (nadzar hakikat) ataupun nadzar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Sesiapa yang bernadzar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatiNya". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan dengan nadzar yang sebenar itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nadzar’. Sebagai contoh orang yang beraqiqah itu berkata: "Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai aqiqah", ataupun dia berkata: "Aku bernadzar untuk menyembelih kambing sebagai aqiqah anakku."

Adapun bernadzar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata: "Aku jadikan seekor kambing yang aku pegang ini untuk aqiqah anakku", ataupun dia berkata: "Ini adalah aqiqah anakku", maka dianggap sama seperti bernadzar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘yin) binatang tersebut. (I‘anah ath-Thalibin: 2/526)

Oleh itu, menurut Ibnu Hajar bahawa aqiqah wajib yang disebabkan oleh nazar atau ta‘yin itu wajib disedekahkan kesemuanya dengan mentah. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/372) Sementara menurut Khatib Syarbini dan ar-Ramli bahawa tidak wajib disedekahkan kesemuanya dalam keadaan mentah bahkan sunat dimasak. (Nihayah al-Muhtaj: 8/146-147 dan Mughni al-Muhtaj: 4/370)

*********************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Kelima)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Bilangan binatang yang hendak disembelih

Jika anak yang dilahirkan itu lelaki, maka yang afdhalnya disunatkan menyembelih dua ekor kambing yang sama keadaan keduanya (besarnya). Manakala bagi anak perempuan, memadai dengan seekor kambing sahaja. Ini berdasarkan hadis daripada Ummi Kurz al-Ka‘biyyah katanya:

Maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Antara sebab aqiqah untuk anak lelaki itu sebanyak dua ekor kambing adalah kerana menunjukkan tanda syukur dan kegembiraan atas kelahiran anak tersebut dan kegembiraan atas kelahiran anak lelaki itu lebih tinggi, maka oleh itu sembelihannya lebih banyak.
(Al-Majmu‘: 8/318)

Pada perkara membuat aqiqah itu, yang lebih afdhal ialah dengan menyembelih tujuh ekor kambing, kemudian seekor unta, kemudian dengan seekor lembu atau kerbau, kemudian dengan seekor kibasy, kemudian dengan seekor kambing, kemudian dengan satu pertujuh unta dan seterusnya dengan satu pertujuh lembu atau kerbau. (Al-Majmu‘:8/290 dan 321)

Oleh kerana itu, jika seseorang itu mempunyai harta yang banyak, adalah lebih afdhal lagi dan dituntut supaya dia melakukan aqiqah bagi seorang anak dengan tujuh ekor kambing atau dengan seekor unta atau lembu.

Memadai dengan seekor kambing

Jika seseorang itu tidak berkemampuan untuk melakukan aqiqah bagi anak lelakinya dengan dua ekor kambing, maka memadailah dengan seekor kambing atau satu pertujuh daripada seekor unta, kerbau atau lembu. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri membuat aqiqah untuk cucunda Baginda dengan menyembelih seekor kambing. Sebagaimana hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib katanya:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dengan seekor kambing." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Seekor kambing untuk dua orang anak

Jika seseorang itu mempunyai dua orang anak, lalu dibuatkan aqiqah untuk mereka dengan berkongsi seekor kambing adalah tidak sah aqiqah tersebut. Ini kerana seekor kambing itu hanya memadai dengan seorang sahaja melainkan unta atau lembu, kerana ianya boleh dikongsikan sehingga tujuh bahagian. Sebagai contoh, seekor unta atau lembu disembelih untuk dikongsikan bagi tujuh orang kanak-kanak.

Seekor unta atau lembu itu juga, dagingnya boleh dikongsikan sama ada kesemua daging itu khusus untuk aqiqah atau pada sebahagiannya untuk daging biasa sahaja ataupun untuk daging korban, asalkan pembahagiannya itu bertepatan iaitu setiap seekor unta atau lembu tidak melebihi daripada tujuh bahagian.

Bilangan binatang bagi anak yang khuntsa

Bagi anak khuntsa (anak yang tidak diketahui jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan), para ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan binatang aqiqah yang hendak disembelih untuknya.

Ibnu Hajar berpendapat bahawa anak khuntsa sama seperti anak perempuan iaitu memadai disembelih dengan seekor kambing sahaja. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/371) Manakala Imam ar-Ramli mengatakan bahawa bagi anak yang khuntsa sunat disembelih dua ekor kambing sama seperti anak lelaki atas jalan berhati-hati (ihtiyathan). (Nihayath al-Muhtaj: 8/149)

Cara menyembelih binatang aqiqah

Cara penyembelihan binatang aqiqah itu sama keadaannya dengan penyembelihan binatang korban, demikian juga perkara-perkara yang disunatkan serta adab-adabnya ketika penyembelihan itu dijalankan.

Menyembelih binatang aqiqah itu ialah dengan memotong kesemua halqum dan mari’ sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau (bukan tulang atau kuku). Halqum itu ialah tempat keluar masuk nafas dan urat mari’ itu pula ialah tempat laluan makanan dan minuman yang terletak di bawah halqum.

Adalah wajib bagi orang yang menyembelih itu memotong halqum dan mari’ itu. Jika ditinggalkan sebahagian daripada halqum atau mari’ itu (belum putus) dan mati binatang tersebut dalam keadaan yang demikian, maka tiada sempurna sembelihan itu dan ia adalah dikira bangkai. Begitu juga jika telah berhenti gerak binatang yang disembelih itu padahal halqum atau mari’ belum putus, kemudian dipotong semula halqum atau mari’ yang tertinggal itu, maka yang demikian itu pun adalah menjadi bangkai (tidak boleh dimakan).

Disyaratkan binatang yang disembelih itu ada hayat mustaqirrah ketika mula-mula disembelih iaitu ia akan hidup jika tidak disembelih ketika itu. Di antara tanda adanya hayat mustaqirrah itu ialah kuat geraknya ketika dipotong halqum dan mari’nya, dan menyembur darahnya. Mengikut Imam An-Nawawi memadai dengan kuat geraknya ketika disembelih.

Ketika hendak menyembelih binatang aqiqah, sunat dibaca seperti berikut:

Sila lihat lampiran = Aqiqah_01.jpg (http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/Image1.jpg)

Ertinya: "Dengan nama Allah Maha Besar (kerajaanNya). Ya Allah, mohon kurniakan selawat, rahmat dan kebesaran kepada Sayyidina Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Ya Allah, ini aqiqah si Polan."

Binatang yang panjang lehernya seperti unta, sunat disembelih di pangkal leher yang bawah (berhampiran dada) dengan memotong halqum dan mari’, kerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Yang demikian itu juga akan memudahkan roh binatang itu keluar. Sementara binatang yang pendek lehernya seperti lembu, kerbau dan kambing disembelih di hujung leher (yang atas).

Sunat disembelih lembu, kerbau atau kambing dengan dibaringkan binatang itu di atas tanah sebelah rusuk kirinya dan diikat kakinya, sementara kaki kanannya bebas lepas tanpa diikat supaya binatang itu dapat berehat dengan menggerakkan kaki kanannya itu. Sementara unta pula, sunat disembelih dengan didirikan binatang itu. Jika tidak mampu untuk disembelih dalam keadaan unta tersebut berdiri, maka sembelihlah dalam keadaan unta itu duduk. (Mughni al-Muhtaj: 4/341)

***************************

AQIQAH DAN HUKUM YANG BERKAITAN DENGANNYA
(Bilangan 135 Bahagian Akhir)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Perkara Sunat Selain Aqiqah Pada Hari Ketujuh

Selain daripada aqiqah yang disunatkan pada hari ketujuh itu ialah sunat dicukur keseluruhan rambut anak yang diaqiqahkan sama ada anak itu lelaki ataupun perempuan. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324-325)

Sehubungan dengan itu, meskipun amalan bercukur itu adalah sunat, namun terdapat bentuk-bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ ( ). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Semua ini dinamakan qaza‘.

Sementara mencukur keseluruhan rambut tidak disunatkan kecuali bagi orang-orang yang mengerjakan haji atau umrah atau orang yang baru masuk Islam atau anak yang dilahirkan. Manakala perempuan makruh mencukur rambut kecuali dalam keadaan darurat.
(Bujairimi ‘ala al-Khatib: 4/437-438)

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang maksudnya :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang maksudnya :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan.

Hal ini bersandarkan kepada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Ali bin Abu Thalib katanya yang maksudnya:

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah beraqiqah untuk Hasan dengan seekor kambing dan Baginda bersabda: "Wahai Fatimah! Cukurlah kepalanya (rambutnya) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya itu dengan perak." (‘Ali) berkata: "Lalu dia (Fatimah) timbang (rambut anaknya itu), maka beratnya adalah satu dirham atau setengah dirham." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sunat dilumuri kepala kanak-kanak itu dengan wangi-wangian seperti za‘faran (kuma kuma) atau khaluf (daripada wangi-wangian yang berwarna kuning dan merah. Makruh dilumuri kepala kanak-kanak itu dengan darah binatang aqiqah. (Al-Majmu‘: 8/324) Sebagaimana di dalam hadis yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin Buraidah katanya yang maksudnya :

"Aku pernah mendengar Abu Buraidah berkata: "Kami pada zaman jahiliyyah, apabila salah seorang daripada kami dikurniakan seorang anak lelaki, disembelih seekor kambing dan dilumuri kepalanya (anak itu) dengan darahnya (kambing). Ketika Allah mendatangkan Islam, kami menyembelih seekor kambing dan mencukur rambutnya (anak itu) serta melumurinya (kepala anak itu) dengan za‘faran (sejenis wangi-wangian)." (Hadis riwayat Abu Daud)

Sunat memberi nama anak yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada kelahiran. Sebagaimana di dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada bapanya daripada datuknya yang maksudnya :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar memberi nama kepada anak yang baru lahir pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya (mencukur rambut) dan membuat aqiqah untuknya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Bolehlah juga diberi nama anak tersebut pada saat hari dia dilahirkan. Sebagaimana di dalam hadis daripada Anas Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: "Anakku lahir pada malam tadi, maka aku beri nama dengan nama datukku iaitu Ibrahim." (Hadis riwayat Muslim dan selainnya)

Bolehlah juga diberi nama anak tersebut sebelum hari ketujuh atau pun selepasnya. (Al-Majmu‘: 8/326)

Jika anak yang meninggal kerana keguguran dan sudah ditiupkan roh ke dalamnya, maka sunat diberikan dia nama. Apabila tidak dikenali apakah dia lelaki atau perempuan, maka diberi nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan seperti Talhah, ‘Umairah dan sebagainya. Demikian juga sunat diberi nama anak yang belum sempat diberikan nama sebelum dia meninggal dunia.

Sunat mengadakan walimah (kenduri) bagi aqiqah itu. Kerana ianya termasuk dalam salah satu yang sunat diadakan kenduri, seperti kenduri kahwin, selepas melahirkan anak, selesai membina bangunan, orang yang terkena musibah, orang yang balik daripada musafir, kenduri kerana hafaz dan khatam al-Qur’an dan berkhatan. (Raudhah ath-Thalibin: 5/646)

Sunat mengkhatan anak damit itu pada hari ketujuh daripada kelahirannya jika anak itu tidak lemah ataupun ianya terdaya untuk berkhatan. (Al-Majmu‘: 1/367) Sebagaimana di dalam hadis Jabir katanya yang maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengaqiqahkan Hasan dan Husain dan mengkhatankan keduanya pada hari ketujuh."
(Hadis dikeluarkan oleh al-Baihaqi)

Perbezaan Antara Aqiqah Dan Korban

Kebanyakkan daripada hukum aqiqah dan korban itu mempunyai persamaan, sama ada dalam hukum sedekah, hadiah, makan, menyimpan daging dan menentukan kadar daging yang dimakan adalah sama dan tiada perbezaan di dalamnya.

Walaupun yang demikian itu, ada sedikit perbezaan hukum antara aqiqah dan korban tersebut. Seperti daging aqiqah itu hendaklah dimasak terlebih dahulu, sedangkan korban diberikan dalam keadaan mentah. Daging aqiqah jika diberikan kepada orang kaya nescaya akan menjadi miliknya, manakala daging korban jika diberikan kepada orang kaya tiadalah orang kaya itu memilikinya, hanya untuk dimakannya sahaja.

Demikian juga, ada perbezaan dari segi waktu. Amalan berkorban itu dituntut waktunya pada Hari Raya Adha dan hari-hari Tasyriq iaitu hari ke sebelas, dua belas dan tiga belas daripada bulan Zul Hijjah. Sementara aqiqah pula tidak terikat dengan waktu.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90