Top Ad 728x90

60,000 kerja kosong menanti graduan

Sebanyak 60,000 jawatan kosong tersedia untuk para graduan di negara ini yang berminat untuk menceburi kerjaya sebagai ejen pusat panggilan dengan gaji minimum RM2,000 sebulan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai permulaan kerajaan telah menyediakan subsidi sebanyak RM6 juta bagi melatih 1,000 graduan untuk mengikuti kursus jangka pendek bagi melayakkan mereka diiktiraf sebagai ejen pusat panggilan.

“Pameran bergerak di universiti akan diadakan tidak lama lagi bagi merekrut graduan terbabit dan mereka akan diberi latihan selama 10 minggu bermula Disember ini bagi membolehkan mereka menerima Sijil Pengoperasian Pusat Panggilan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Latihan Pusat Perhubungan Untuk Graduan My Career, My Future yang dianjurkan kementerian itu dengan kerjasama syarikat My-Partners Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Ejen pusat panggilan tempatan bertanggungjawab melayan pertanyaan melalui telefon yang dikemukakan oleh pelanggan syarikat-syarikat di luar negara yang telah membuat penyumberan luar di negara ini sebagai langkah menjimatkan kos.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90