Top Ad 728x90

Batuk - Sebab & Rawatan

Pengenalan

Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza

Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)

Alahan

Asma

Merokok

Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)

Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja

Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)

Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)

Tekanan

Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan

Kebanyakan batuk tidak berbahaya.

Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.

Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.

Berhenti merokok

Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu

Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?





Batuk yang mengeluarkan darah

Baru pulang dari perjalanan luar negara

Batuk berterusan lebih daripada dua minggu

Semput / sesak nafas, sakit dada

Demam yang berpanjangan

Mengandung

Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)

Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)

Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan



Pencegahan




Amalkan tabiat kebersihan yang baik

Minum banyak air

Tangani tekanan dengan baik

Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema

Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok

Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan

Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)


Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?





Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?

Tidak.

Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda mengantuk / lali.

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?

Tidak.

Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya.

1 Comment:

  1. assalamualaikum,salam sejahtera
    Nama sy nur arieyzna bt saifuddin
    Setelah membaca article anda mengenai batuk..dari situ sy ingin bertanya,
    saya telah mengalami batuk lbh daripada 3 bulan dan deman,selsema datang berulang kali.Dah pergi ke klinik dan diberikan pelbagai ubat yang berbeza setiap minggu, ubat yang telah diberikan minggu lepas adalah co amoxiclav, ubat batuk , ubat sakit tekak , ubat demam n vitamin c namun masih tiada kesan dan batuk semakin teruk terutama pada waktu malam serta sy berasa dada sy semakin sakit .Dan kebelakangan ini pelbagai gejala yang saya rasa seperti rasa letih dan lemah seluruh badan tanpa sebab ,sesak nafas dan sakit dada,sakit belakang dada,sakit bahu dan lengan,menggigil,pitam ,pening dan sering demam.Jd apakah sebenarnya yang sy alami,sbb sy risau dgn semua ini.
    dan melalui post anda saya ingin bertanya apakah kaitan batuk dengan simptom Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang) dan Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan .

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90