Top Ad 728x90

Komputer riba Dell Latitude E4200 untuk golongan peniaga


Jalinan kerjasama dengan golongan profesional dalam bidang teknologi maklumat telah memberi inspirasi kepada Dell Asia Pacific Sdn. Bhd. (Dell Malaysia) menghasilkan sebuah komputer riba untuk kegunaan golongan peniaga.

Model yang melengkapkan siri Dell Latitude tersebut mengetengahkan pelbagai kelebihan menarik dari segi kuasa, rekaan dan juga fungsinya.

Antara keistimewaan yang ditampilkan adalah seperti jangka hayat bateri yang lebih lama, rekaan yang bergaya, lebih ringan serta menawarkan lima warna pilihan.

Menurut Pengurus Dell Malaysia, Pang Yee Beng, model terbaru itu direka untuk tujuan meningkatkan produktiviti kerja selain bersifat mudah alih sesuai untuk pengguna yang sentiasa sibuk.

“Untuk model Dell Latitude E4200, ia merupakan komputer riba komersial yang paling ringan pernah dihasilkan oleh Dell,’’ katanya.

Model lain yang dihasilkan adalah seperti Latitude E4300, E6400 dan E6500 yang setiap satunya menawarkan skrin seluas 13.3 inci, 14.1 inci dan 15.4 inci.

Dengan aplikasi teknologi terkini, pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan pada model tersebut seperti jangka hayat bateri sehingga 19 jam, rekaan diperbuat daripada aloi magnesium, kawalan konfigurasi pintar serta aplikasi sambungan dan keselamatan.

Melaluinya, penggunanya juga boleh mengakses beberapa aplikasi seperti e-mel dan kalendar tanpa perlu mengaktifkan sistem operasinya.

Apa yang menarik, untuk model Latitude E4200, ia menggunakan papan induk bebas halogen yang secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran kerana hampir 99 peratus material yang digunakan boleh di kitar semula.

Selain itu, model-model tersebut juga dilengkapi dengan perkhidmatan mobiliti ProSupport untuk melindungi maklumat rahsia yang disimpan.

Maklumat lanjut serta spesifikasi lengkap mengenainya boleh diperolehi di laman web www.dell.com.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90