Top Ad 728x90

Lelaki berpendirian antara ciri idaman wanita

Anda masih tercari-cari lelaki sejati untuk menjalin hubungan?

Jika jawapannya belum dan masih meneruskan misi mencari lelaki yang bakal membahagiakan, barangkali anda me letakkan ciri-ciri tertentu kepadanya.

Memiliki keperibadian menarik, terserlah sifat kelelakian dan karisma lazimnya membuatkan wanita sering teruja.

Barangkali panduan berikut mungkin sesuai dijadikan renungan untuk mencari lelaki idaman, antaranya:





Lelaki tulen

Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki justeru, mereka bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar daripada kategori lelaki.


Lelaki yang berharga

Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan dirinya tidak berharga.


Lelaki yang teguh jiwa

Tidak mudah mengalirkan air mata. Apabila lelaki me nangis, harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.


Lelaki yang sederhana

Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.


Lelaki yang cantik

Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada pe rangainya dan kebersihan hatinya.


Lelaki yang ada pendirian

Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan me nunaikan janji apabila berjanji.


Lelaki yang kemas bersih

Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.


Lelaki yang cerdik

Cepat faham apa yang dikehendaki wanita tanpa perlu disebutkan.


Lelaki yang cekap

Segera memberikan wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dulu.


Lelaki yang bijak

Tidak suka bercerita mengenai kelebihan atau ketampanan dirinya.


Lelaki yang tabah

Tidak mudah hilang akal apabila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut apabila berdepan suasana yang menekan, kesuntukan masa atau cemas.


Lelaki berwawasan

Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objektif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masanya digunakan untuk perkara yang produktif.


Lelaki yang baik

Tidak suka hidup berfoya-foya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.


Lelaki yang sopan

Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.


Lelaki yang mengasihi

Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu, suatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.


Lelaki yang ceria

Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90