Top Ad 728x90

Pelan prabayar DiGi lebih fleksibel

Dalam usaha memperkukuh- kan lagi kedudukan sebagai salah satu pembekal perkhidmatan mudah alih prabayar terkemuka di negara ini, DiGi Telecomunication Sdn. Bhd. (DiGi) telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pelan prabayar terbarunya 'DiGi I Like' baru-baru ini.

Pelan terbaru itu dikatakan menawarkan fleksibiliti serta nilai pilihan mengikut keperluan pengguna selain menetapkan kadar rata yang terendah tanpa sebarang ikatan.

Ini bermakna, pengguna berpeluang untuk menggunakan talian pada kadar caj yang terendah dan rata untuk membuat panggilan serta Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) terhadap rangkaian mobil yang sama ataupun berbeza.

Menariknya, menerusi pelan tersebut, pengguna tidak perlu menambah nilai kredit sekiranya tempoh aktif talian sudah tamat.

Ini kerana, pelan tersebut sah digunakan dalam tempoh setahun tanpa perlu diaktifkan menerusi penambahan kredit.

Ketua Pegawai Komersial DiGi, Tom Schnitker berkata, inisiatif ini adalah bagi memberi kebebasan kepada para pengguna, ini kerana buat masa ini pelanggan prabayar bagi semua rangkaian masih terikat dengan syarat-syarat serta perjanjian sebelum berpeluang untuk menikmati kadar yang rendah dan rata.

"Menerusi pelan ini, pengguna berpeluang untuk menikmati kadar panggilan serendah 36 sen seminit dan 10 sen bagi SMS yang dibuat kepada mana-mana rangkaian di seluruh negara,'' katanya ketika melancarkan pelan 'DiGi I Like' di ibu pejabatnya baru-baru ini.

Di samping itu, pelan tersebut turut membolehkan para pengguna untuk memilih mana-mana satu nilai pilihan daripada tiga yang ditawarkan iaitu 'SuperSMS', 'Super FnF' (Freinds & Family) ataupun 'Super Talk' mengikut keselesaan dengan tujuan membantu pelanggan untuk berjimat.

Selain itu, pelanggan pelan ini juga berpeluang untuk menukar nilai pilihan mereka setiap bulan, sebagai contoh sekiranya pelanggan telah memilih 'SuperSMS', maka pada bulan seterusnya pelanggan tersebut boleh bertukar kepada 'Super Talk' sekiranya ingin mendapatkan kadar panggilan yang lebih murah.

Bagaimana ia menjimatkan?

Bagi 'SuperSMS', pelanggan hanya perlu menghantar SMS sehingga mencapai kadar RM0.50 dan selepas itu setiap SMS yang dibuat terhadap rangkaian DiGi adalah percuma.

Sementara itu, bagi yang memilih 'Super FnF' pula, pelanggan berpeluang untuk membuat panggilan serendah 15 sen seminit terhadap 15 nombor pada mana-mana rangkaian telekomunikasi yang dipilih dan didaftarkan oleh pelanggan tersebut.

Dalam pada itu, 'Super Talk' pula telah direka khusus bagi pengguna yang banyak membuat panggilan.

Ini kerana menerusi nilai pilihan ini, pengguna berpeluang untuk mendapatkan kadar panggilan serendah 25 sen seminit sekiranya penggunaan membuat panggilan telah melebihi RM100.

Menariknya, tiada bayaran akan dikenakan bagi panggilan yang dibuat terhadap rangkaian DiGi sendiri sekiranya pengguna telah melebihi RM100 dan ini juga termasuk SMS percuma sekiranya pelanggan tersebut telah membelanjakan RM200.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90