Top Ad 728x90

Rebut peluang kerja di Iskandar Malaysia - MB Johor

Rakyat negara ini yang berdepan masalah kemungkinan diberhentikan kerja di Singapura wajar merebut peluang pekerjaan yang terbuka luas di wilayah pembangunan Iskandar Malaysia.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana kerajaan memerlukan ramai pekerja mahir dan separuh mahir bagi menjayakan projek mega itu.

"Buat masa ini pun kita terus melatih sumber manusia untuk memenuhi keperluan pekerjaan yang ada di Iskandar Malaysia.

"Kita masih memerlukan banyak pekerja mahir dan separuh mahir menerusi projek itu, bagaimanapun, terserah kepada mereka untuk memilih kembali bekerja di Johor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi taklimat kepada bakal haji di kediamannya di Saujana di sini hari ini.

Abdul Ghani mengulas laporan akhbar hari ini yang menyatakan ribuan pekerja dari negara ini berdepan kemungkinan diberhentikan kerja di Singapura ekoran negara jiran itu dilanda kemelesetan ekonomi.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk perojek pembangunan infrastruktur Iskandar Malaysia.

Menurut beliau, semua projek pembangunan di koridor wilayah selatan itu kini telah dikenal pasti dan kebanyakannya di peringkat pelaksanaan.

"Semua tender sudah diputuskan atau dalam proses penilaian sebelum ia dilaksanakan bermula akhir tahun ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Ghani memberitahu, sehingga kini, kerajaan negeri masih lagi menerima pelaburan asing dalam sektor perindustrian termasuk elektronik, minyak, gas dan pembuatan walaupun ekonomi dunia tidak menentu sekarang.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan jumlah pelaburan yang diterima itu.

3 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90