Top Ad 728x90

Soalan penting bagi orang yang hendak kahwin

SOALAN 1
“ saya ada simpanan sikit dalam bank, tetapi kurang pasti cukup atau tidak”
Ramai yg kurang jelas dengan jumlah sebenar untuk membuat majlis kahwin. Khususnya bagi bakal pengantin lelaki. Hendak meminta ibu bapa menghantar cincin tunang pun boleh buat kecut perut. Bukan apa, takut terkejut dengan jumlah yang bakal diminta oleh bakal ibu dan bapa mertua.

Kita sepatutnya sudah punya tabiat suka menyimpan semenjak sekolah lagi. Sebab itu ketika di sekolah dulu selalu ada kakitangan kerajaan datang buat kempen menabung. Hendak tarik perhatian pelbagai jenis tabung dijual , ada berbentuk gajah , harimau, unta dan lain-lain. Jadi sepatutnya dari awal lagi anda sudah mempunyai wang simpanan.

Tidak kira sama ada anda sudah punya kekasih hati atau tidak, anda sediakanlah wangnya. Jika jodoh masih belum sampai, masih boleh digunakan jika berlaku kecemasan.

SOALAN 2
“berapa ramai orang hendak diundang? Jemput ramai-ramai nanti, banyak pula belanja yang keluar”


SOALAN 3
“dimanakah hendak diadakan majlis? di rumah, dewan atau hotel?”
Siapa yang tidak inginkan majlis perkahwinan yang gilang gemilang seperti perkahwinan kerabat diraja. Tetapi itu pastinya memerlukan jumlah belanja yang tinggi. Jika anda memilih untuk melakukan majlis perkahwinan di hotel, cubalah mengelak dari menganjurkannya ketika musim puncak (peak season), kerana kos bayarannya lebih mahal dan berlipat kali ganda. Musim puncak ini selalunya jatuh pada musim cuti sekolah.

Mengapa orang suka mengadakan majlis perkahwinan di hotel pada waktu malam? Sedangkan harga untuk majlis pada waktu malam, khususnya kos bayaran makan dan minumnya lebih tinggi. Jika dilangsungkan pada waktu siang, harganya lebih rendah sedikit.

Jika budget anda tidak mengizinkan majlis perkahwinan di hotel, apa kata jika anda adakannya di dewan. Jika inginkan suasana mewah seperti hotel, pastikan anda memberi tumpuan lebih kepada dekorasi/hiasan. Dari segi hiasan meja makan, pelamin dan ruang legar haruslah punya aura seperti majlis di hotel.

Tetapi apa kurangnya jika dibuat rumah? Rasanya suasana majlis kahwin dirumah lebih meriah. Kosnya jauh lebih murah berbanding majlis di hotel mahupun di dewan. Cuma penatnya apabila majlis selesai apabila hendak mengemas dan membersihkan rumah. Tetapi kebiasaannya saudara – mara dan jiran terdekat akan membantu mengurangkan beban tersebut.


SOALAN 4
“berapa dulang hendak dihantar? Hendak beli yang berjenama atau yang biasa-biasa sahaja?”

Dan adakalanya disebabkan ingin nampak banyak, si pengantin mengambil mudah kandungan isi dulang. Yang dihantarnya fabrik tidak berkualiti, barangan kulit yang mudah rosak dan sebagainya. Bukanlah saya meminta anda mengagungkan barangan berjenama, tetapi jika anda ada lebihan budget lebih elok dibelanjakan untuk barangan yang boleh digunakan bagi jangkamasa yang panjang.

Sebenarnya cukuplah jika anda menghantar yang asas sahaja. Jika anda ingin menghantar kasut atau beg, sebaiknya pilihlah yang berjenama. Walaupun harganya mahal, namun kualitinya elok dan tahan lama. Boleh disarung atau dijinjit sapai ke tua. Sekurang – kurangnya masih tersimpan lagi kenangan hantaran semasa kahwin. Pertimbangkan lima dulang berbalas tujuh dan paling banyak pun tujuh dulang berbalas Sembilan.

SOALAN 5
“benarkah, kalau buat satu majlis serentak dapat menjimatkan belanja?”
Tidak dapat disangkal, majlis kahwin yang diadakan serentak dapat menjimatkan belanja. Kos untuk makanan, persalinan,dekorasi dapat diselaraskan dalam satu masa sahaja. Bayaran pun lebih murah khususnya soal makan dan minum. Namun anda mesti menitikberatkan lokasi rumah anda dan pasangan. Jika seorang di utara dan seorang di selatan, di manakah lokasi yang paling sesuai untuk membuat majlisnya? Mungkin ada yang berkata elok dibuat di Kuala Lumpur.

Terletak di tengah – tengah Semenanjung Malaysia, barulah adil dan sama rata. Tetapi sebenarnya, masih ada lagi kos – kos tambahan yang terpaksa dikeluarkan seperti kos pengangkutan dan tempat tinggal untuk saudara mara yang dating meraikan majlis. Mungkin ada saudara mara yang ingin mengeluarkan belanja sendiri, tetapi hakikatnya ia sedikit sebanyak telah membebankan mereka.

Jika rumah anda dan pasangan tidak jauh jaraknya dan saudara mara pun mudah datan bertandang lebih baik anda satukan sahaja majlis kedua belah pihak. Selain suasananya lebih meriah, saudara mara pun dapat berkenal mesra. Perbalanjaan pun dapat dijimatkan, begitu juga dengan tenaga.
Mana yang lebih menjadi keutamaan anda dan pasangan? Jumlah dulang atau isi dulang?. Pada pandangan saya, sebaiknya perhatian lebih diberi kepada isi atau barang yang akan menghiasi dulang – dulang tersebut. Apalah guna jika anda menghantar berdulang – dulang tetapi isinya berulang – ulang.
Ini yang selalu menjadi persoalan utama bila hendak dibuat majlis kahwin. Kalau boleh semua yang kita kenal, tidak kira walaupun tidak rapat pun hendak diundang. Kahwin pun sekali seumur hidup (InsyaAllah), dan lebih bermakna jika majlis itu ramai yang hadir meraikannya. Kata orang, bertambah berkat perkahwinan itu.

Tetapi hendak mengundang orang perlu juga dirujuk pada belanjawan perkahwinan. Jika akaun mengizinkan, bolehlah anda mengundang ramai, tetapi jika sebaliknya cukuplah sekadar menjemput saudara-mara dan jiran tetangga. Apalah guna jika mengundang ramai orang, tetapi disebabkan kewangan tidak mengizinkan anda terpaksa menghidangkan lauk pauk yang kurang sedap. Lebih malang lagi apabila makanan tidak mencukupi. Kempunan tetamu nak makan nasi minyak.

Bagi majlis kahwin yang diadakan secara sederhana, basanya seramai 300 – 500 orang diundang. Harga catering di Kuala Lumpur sekitar RM10 – RM20 untuk seorang. Katakan anda memilih set catering RM15 untuk seorang, maka jumlah bayaran catering untuk 500 orang tetamu adalah RM7,500. Dan harga catering untuk seorang (satu kepala) mungkin akan berkurangan jika semakin ramai tetamu diundang .

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90