Top Ad 728x90

Kerajaan Kelantan akui sukar banteras masalah moral

Kerajaan Pas Kelantan mengakui tidak berupaya menangani sepenuhnya masalah sosial di negeri ini, terutama yang membabitkan moral pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Nik Abdullah, berkata adalah mustahil menghapuskan sepenuhnya masalah membabitkan moral pelajar, namun ia boleh diminimumkan.

"Kita (kerajaan negeri) tidak boleh hendak kata semua ini tak ada masalahnya, tapi paling kurangnya, kalau boleh kita berusaha mengurangkan peratusannya.

"Nak pergi ke sifar adalah mustahil sebab zaman Nabi Muhammad SAW sendiri, ada yang buat maksiat tetapi peratusannya adalah minimum," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sepasang pelajar perempuan Tingkatan Empat bersama pasangannya seorang penuntut kolej ditangkap kerana berkhalwat dalam sebuah hotel murah di bandar ini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 9.15 pagi itu, pasangan pelajar terbabit cuba melarikan diri dengan memanjat siling dan bumbung hotel berkenaan sebelum penuntut kolej terbabit mengancam untuk terjun dalam usaha menyelamatkan diri menyebabkan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) terpaksa mendapatkan bantuan Bomba dan Penyelamat Kelantan.

Mohd Amar berkata, maksiat membabitkan golongan muda adalah antara gejala sosial yang dihadapi di negeri ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memberi peruntukan besar kepada sekolah agama di Kelantan bagi mengatasi gejala berkenaan.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90