Top Ad 728x90

Pengebom Bali Dihukum Mati


Beratus-ratus penyokong yang begitu emosi atas kematian tiga pengebom Bali bertempur dengan pihak polis, sebaik-baik sahaja dua jenazah pengebom tersebut tiba di kampung halaman mereka, hari ini.

Beratus-ratus polis yang lengkap bersenjata gagal mengawal hampir 500 orang ramai yang mengerumuni ambulans yang membawa jenazah Amrozi dan abangnya, Mukhlas.

Para penyokong tersebut kemudiannya melepaskan geram sambil bersorak “Jihad!” dan “Berambus!” kepada pihak polis yang terpaksa meninggalkan tempat kejadian.

Keadaan yang sama berlaku di pekan Serang di Barat Jawa apabila keranda yang bertutup dengan kain hitam yang bertulis ayat-ayat al-Quran membawa jenazah Imam Samudra diarak sepanjang jalan dari sebuah masjid menuju ke tanah perkuburan.

Namun mereka memberi laluan ketika keranda yang membawa jenazahnya itu dibawa ke tanah perkuburan.

Rakyat asing di kampung-kampung pengebom itu yang kelihatan berada di situ untuk menyaksikan jenazah mereka, dituduh kafir oleh para penduduk dan dihalau keluar dari kampung.

Ketiga-tiga pengebom tersebut dihukum tembak sampai mati oleh sepasukan penembak pada awal pagi ini setelah mereka didapati bersalah menyebabkan kematian seramai 202 orang dalam kejadian bom di Bali pada tahun 2002.

– AFP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90