Top Ad 728x90

Tip Menghadapi Pertengkaran

Pertengkaran adalah suatu perkara lumrah di dalam kehidupan berumahtangga.Sebenarnya bukan semua pertengkaran didalam rumahtangga itu tidak baik,tetapi kadangkala ianya juga boleh mendatangkan kebaikan kepada anda.

Sebenarnya pertengkaran adalah suatu permulaan di dalam kehidupan berumahtangga,iaitu proses penyatuan selera,tujuan dan keperluan hidup mereka.Jika sesuatu perselisihan itu tidak dibendung dari awal,dibimbangi akan mendatangkan masalah yang lebih besar di masa akan datang.Tetapi,seandainya masalah itu dapat diatasi,perhubungan suami isteri akan menjadi lebih erat.

Di sini diberikan beberapa tips menghadapi pertengkaran.

1. Bila berlakunya pertengkaran,janganlah hanya mencari kelemahan pasangan anda.Tiada gunanya sesuatu pertengkaran itu hanya untuk mencari kemenangan.Sebaliknya,cuba cari jalan penyelesaian bersama.

2. Sekiranya anda bertengkar kerana sesuatu topik,janganlah ditambah lagi dengan topik lain kerana ia akan menyebabkan masalah yang sedia ada menjadi lebih besar.

3. Jangan sekali-kali menggunakan fizikal atau melempar barang kerana akan membesarkan lagi masalah.Jangan juga menggunakan perkataan yang menyakitkan hati pasangan seperti ini semua salah engkau,engkau bod*h,engkau selalu melakukan kesalahan.Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti,saya menyesal dengan perbuatan saya,kamu tahu tak betapa hancurnya hati saya,dan sebagainya.

4. Bila terjadi pertengkaran,jangan biasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri dari pasangan anda.Perbuatan anda ini akan merugikan perhubungan suami isteri.

5. Jangan menggunakan wang atau seks untuk meleraikan pergaduhan kerana ianya akan mengundang pertengkaran yang lebih hebat.

6. Jangan biarkan pihak ketiga mencampuri urusan rumahtangga anda atau bila anda berdua bertengkar.Ini akan menambahkan kecurigaan dan api pertengkaran.Selesaikan secara baik antara anda suami isteri.

7. Jangan biarkan anak-anak anda melihat anda bergaduh kerana akan menjadikan mereka bingung dan tertekan.Bila ini berlaku,maka akan mengundang masalah lain pula.

Itulah sedikit petua yang boleh anda gunakan sekiranya terjadi pertengkaran di dalam rumahtangga anda.Semoga dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90