Top Ad 728x90

,

Belajar muqaddam digital


Sebuah syarikat pereka dan teknologi maklumat yang berpangkalan di Terengganu, IGate Design Solutions memperkenalkan program e-Muqaddam iaitu perisian komputer untuk pembelajaran muqaddam secara interaktif untuk semua peringkat umur terutama kanak-kanak.

Pengarah syarikat itu, Dr. Zaidi Abdullah berkata, beliau mendapat idea untuk membina perisian komputer tersebut selepas melihat kejayaan anak-anak Terengganu khatam al-Quran selain keinginan kerajaan negeri melahirkan generasi ulul albab.

''Selain itu, penggunaan komputer di kalangan kanak-kanak secara meluas sekarang memberikan idea kepada saya untuk membina perisian komputer yang dapat membantu dalam pembelajaran muqaddam," katanya pada satu sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh.

Beliau berkata, e-Muqaddam berbeza dengan produk digital lain kerana ia bersifat interaktif yang akan memudahkan kanak-kanak menghafal surah.

''Tafsiran dalam bahasa Malaysia juga akan dapat membantu semua golongan belajar dan memahami maksud surah dalam muqaddam. e-Muqaddam mengandungi suara dan bunyi untuk diikuti pada setiap ayat siap dengan baris pada setiap huruf supaya memudahkan sebutan mengikut tajwid," ujarnya.

Zaidi memberitahu, sebanyak 5,000 salinan e-Muqaddam diedarkan melalui kerjasama dengan syarikat jualan kasut, Kasut You sebagai pengenalan kepada pelanggan.

''Para pelanggan Kasut You boleh mendapatkan e-Muqaddam pada harga RM1 dengan pembelian RM100 ke atas dan setakat ini sambutan yang diberikan amat tinggi," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya kini melihat permintaan ke atas produk berkenaan dan mereka menjangka e-Muqaddam akan dipasarkan secara meluas pada tahun depan.

Dalam pada itu, Muhammad Ramli berkata, e-Muqaddam merupakan satu produk yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar terutama kepada kanak-kanak berusia antara tiga hingga empat tahun.

''Saya akan memperkenalkan produk ini kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk digunakan dalam pembelajaran muqaddam di Taska Hadhari," katanya.

1 Comment:

  1. salam.. ni 1st sy msuk laman saudara.
    bgus dgn pgisian cma terkilan sikit sbb
    saudara turut mpromosikn filem " a christmas Coral" dlm lmn nie..

    sptutnya kita kn sensitif hal2 bkaitan agma n akidah. tue je.

    sy harap saudar tidak kecil ati atu marah dgn komen sy nie. sy syg islm n smua umatnya...

    wasslm

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90