Top Ad 728x90

Jenis-jenis port komputer

ASAS-ASAS PORT

Definasi: Port yang terdapat pada komputer adalah peranti penyambung luaran yang digunakan untuk menyambungkan pelbagai jenis persisian ke komputer. Secara asas ianya adalah soket dan plug yang membolehkan peranti luaran disambungkan ke komputer (biasanya ke papan induk dan kad tambahan).

Port luaran komputer mempunyai beberapa ciri yang boleh dikenalpasti dan memberi perbezaan untuk setiap jenis port.

Bentuk dan saiz: Setiap port mempunyai bentuk yang spesifik untuk mengenalpastinya. Ada yang berbentuk bulat (PS/2), trapezoid (LPT, COM, SCSI) dan bersegi empat (USB dan FireWire). Mereka juga mempunyai pelbagai saiz; dari saiz sebesar syiling (untuk port yang bulat) hingga yang bersaiz sebesar plug elektrik (untuk bentuk trapezoid).


Simbol: Terdapat komputer yang mempunyai simbol di belakangnya untuk dikenalpasti seperti USB, COM, FireWire atau SCSI. Sebagai contoh untuk pencetak ialah port LPT atau untuk papan kekunci atau tetikus ialah port PS/2. Walaupun begitu, tidak ada ikon yang unik untuk port-port yang lain.


Selalunya simbol tersebut tertera di sebelah kanan lokasi port tersebut berada (selalunya di belakang sistem unit).

?Gender?: Untuk port juga mempunyai jantina atau dikenali sebagai ?gender?. Ianya samada ?female? ataupun ?male?. ?Male biasanya mempunyai pin manakala ?female? hanya mempunyai lubang untuk dimuatkan oleh pin tersebut. Jangan sesekali cuba memadankan plug ?male? dengan soket ?male? kerana ini akan merosakkan port anda.


Bersiri dan Selari: Terdapat dua jenis port yang biasa dikenali dengan nama LPT = selari dan COM = bersiri. Sebenarnya bersiri dan selari ini merujuk kepada cara port-port ini berkomunikasi dengan data yang akan dihantar. (Ingat bahawa port adalah peranti komunikasi!)

Dalam terjemahan teknikalnya, port bersiri bermaksud pengantaramuka berkomunikasi dengan menghantar data sebanyak satu bit dalam satu masa tanpa penyegerakan (serentak). Ini bermaksud port bersiri berkomunikasi dengan maklumat (masukan atau keluaran) sebanyak satu siri dalam satu masa.

Port selari pula secara teknikalnya bermaksud pengantaramuka berkomunikasi dengan menghantar data sebanyak beberapa bit dalam satu masa dengan cara apabila sesuatu data itu diterima atau dihantar, sebahagian nya pula akan menerima data yang lain dalam satu masa.

Untuk port selari, kita hanya akan membincangkan bahawa port selari (LPT) adalah untuk pencetak atau port SCSI (skuzzy). Port-port yang lain adalah jenis port bersiri.


Kebaikan & keburukan: Setiap jens port pasti mempunyai kebaikan dan keburukannya. Ada yang pantas (komunikasi), murah (port dan persisian, kabel, adapter dll).


Jenis persisian: Setiap port boleh digunakan untuk persisian tertentu sahaja, ada yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian dan ada pula yang hanya boleh digunakan untuk satu atau dua persisian sahaja.

Perlu diingatkan bahawa keadaan ini dinamakan ?kondisi dinamik?. Sebagai contoh ketika port COM mula-mula diperkenalkan, ianya digunakan secara meluas tetapi apabila PS/2 muncul, penggunaannya semakin lama semakin kurang (untuk tetikus) dan sekarang terdapat juga tetikus yang menggunakan port USB.


LPT

Definasi: LPT biasanya dikenali dengan nama port selari dan digunakan untuk sambungan peranti pencetak. Jaraknya lebih kurang 20 kaki atau kurang. Lebih laju dari port COM selari tetapi harganya agak mahal. Secara tipikalnya, port LPT boleh mempunyai kelajuan 150kb/sec. Port COM ini ada kemungkinannya terdapat dua atau lebih pada papan induk dan dibezakan dengan nombor yang terdapat selepas perkataan ?LPT?. Biasanya untuk pencetak, port ini dikenali dengan nama LPT1. Ianya berbentuk seperti trapezoid dan mempunyai dua barisan pin; barisan pertama mempunyai 13 pin manakala sebelah lagi mempunyai 12 pin.

Gambar dan simbol: * Sila rujuk nota tambahan * Di belakang komputer anda, terdapat simbol ini. Ianya bermakna ?anda boleh menyambungkan kabel pencetak anda disini?

Kelebihan: Lebih laju dari port bersiri dan sesuai untuk semua jenis komputer. Juga sejenis port yang standard untuk kegunaan pencetak yang disambungkan ke komputer.

Jenis persisian: Biasanya pencetak menggunakan port LPT1.


FireWire

Definasi: Sejenis port terbaru dan terlaju untuk port jenis bersiri dan juga dikenali dengan nama i.Link (Sony) atau IEEE-1394. Dibangunkan oleh Apple dan Texas Instrument dan digunakan untuk kegunaan video dan audio samada untuk PC ataupun Mac. Juga boleh digunakan untuk menyambungkan pelbagai jenis peranti. Kelajuannya boleh mencapai sehingga 400mbit/saat atau mungkin lebih laju lagi untuk versi terbaru. FireWire dikatakan sebagai trademark untuk Apple tetapi bakal digunakan dengan meluas dan dikenali dengan nama IEEE-1394. Mempunyai 6 pin dan untuk soket ?female? di dalam komputer, berbentuk empat segi manakala penyambungnya pula berbentuk bulat. Mempunyai kemampuan ?hot plugging? iaitu kebolehan untuk ?plug? dan ?unplug? tanpa suis diOFFkan. Bakal menggantikan SCSI sebagai port luaran. Masih terdapat papan induk yang mempunyai port FireWire dan kebanyakannya dari jenis komputer Mac.

Kelebihan: FireWire menghantar data dengan kelajuan 400mbit/saat atau lebih. Mempunyai kemampuan ?hot plugging?.

Jenis persisian: Biasanya disambungkan untuk kegunaan kamera video digital kepada komputer. Dan berkemungkinan media audio dan video akan menggunakan FireWire pada masa akan datang.



COM

Definasi: Singkatan kepada ?communications?. Dikenali dengan nama port bersiri kerana ianya adalah port pertama yang digunakan untuk komunikasi. Meluas digunakan sejak PC menjadi keperluan semasa. Berharga murah dan boleh digunakan dengan kabel yang panjang berbanding dengan port selari. Berbentuk seperti port LPT iaitu ?trapezoid? tetapi kecil dengan penghujungya yang pendek dan mempunyai dua barisan pin; 5 pin barisan pertama dan 4 pin di barisan kedua (jangan keliru dengan port monitor yang hampir sama bentuk dan saiznya tetapi mempunyai lebih banyak bilangan pin dan hanya digunakan untuk monitor shaja). Biasa digunakan untuk tetikus, papan kekunci, modem kamera dan PDA terutamanya sebelum USB diperkenalkan. Terdapat lebih daripada satu port COM dan dibezakan dengan nombor yang tertera selepas perkataan COM. Biasanya terdapat COM1 dan COM2. COM yang tipikal berkelajuan 115Kb/saat.

Kelebihan: Port COM mempunyai kelebihan tersendiri dimana pelbagai jenis persisian (peripheral) boleh menggunakan port. Tetapi dengan munculnya port USB, maka kegunaan port COM semakin kurang.

Jenis persisian: Digunakan secara meluas untuk tetikus, papan kekunci, modem, kamera dan PDA


USB


Definasi: USB atau Universal Serial Bus adalah sejenis port bersiri dan gendernya adalah ?female? dan boleh digunakan untuk kegunaan samada PC dan Mac. Sejenis teknologi terbaru dan pantas. Walaupun ianya perlahan dari FireWire tetapi ianya memadai untuk jenis-jenis persisian yang direka untuknya.

Boleh menggantikan penggunaan port LPT (selari) dan port COM (bersiri) termasuklah pencetak, papan kekunci dan tetikus. Lebih pantas dan berkelajuan melebihi 12mbit/saat. Soketnya berbentuk empat segi dan leper (dipanggil Siri A) dan berukuran � inci x 1/8 inci dan diletakkan di belakang sistem unit. Ada juga terdapat port USB yang diletakkan di hadapan sistem unit (komputer Mac di dalam). Jika anda diberi pilihan, gunakan dahulu port di belakang dengan itu port yang terdapat di depan boleh digunakan untuk peranti mobil seperti kamera.

Kelebihan: Mempunyai kelebihan ?hot plugging?. Pada hari ini terdapat papan induk yang mempunyai 2 port USB samada untuk PC ataupun Mac. Port USB senang dikenali kerana sifat PnPnya (Plug and Play) iaitu proses ?install? dan konfigurasi persisian USB menjadi mudah.

Kabel USB juga mempunyai kuasa jadi tidak perlu penambahan kabel dan transformer. Port ini juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian USB. Adalah ?hot-swappable? iaitu pemasangan dan pengeluaran peranti tanpa suis OFF.

Kekurangan: Hanya menyokong sistem pengoperasian Windows 98 keatas dan Windows NT tidak boleh digunakan.

Jenis persisian: Walaupun port ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian, biasanya digunakan untuk pencetak, kamera digital dan tetikus.


PS/2

Definasi: Sejenis port yang direka khusus untuk digunakan oleh tetikus dan papan kekunci. Dikenali sebagai port tetikus yang standard. Portnya berbentuk bulat dngan ukuran � inci dan mempunyai 6 pin metal didalamya (jangan keliru dengan pin untuk papan kekunci yang lama; 5 pin dan besar). Jenis penyambung ini biasa digunakan untuk semua jenis komputer sejak tahun 1995.

Kelebihan: Port PS/2 biasanya boleh digunakan untuk pelbagai jenis komputer. Murah jika dibandingkan dengan harga port yang lain. Direka untuk kegunaan tetikus dan papan kekunci.

Jenis persisian: Biasanya disambungkan dengan tetikus dan papan kekunci.

SCSI

Definasi: SCSI bermaksud Small Computer System Interface dan dipanggil skuzzi (scuzzy). Port ?male? dan port bersiri boleh digunakan untuk menyambungkan pelbagai jenis peranti ke komputer. Sejenis port yang pantas sebelum kemunculan USB dan FireWire. Digunakan dengan pemacu CD-ROM dan pengimbas. Biasa terdapat pada komputer Mac yang lama. Seandainya anda mahu menggunakannya pada PC, penambahan kad diperlukan kerana ianya jarang didapati pada PC.

Port SCSI biasanya berkelajuan antara 5 hingga 10mbit/saat. SCSI biasanya digunakan untuk komputer yang besar seperti server dan kerangka utama (mainframes). Memandangkan sekarang terdapat banyak port yang fleksibel seperti USB dan FireWire, port SCSI sudah jarang digunakan lagi.

Kelebihan: Port SCSI sangat pantas dan boleh digunakan bersama peranti-peranti lain dalam satu masa. Walaupun begitu, kebanyakan digunakan untuk pencetak dan pemacu luaran terutamanya pada komputer Mac dan server yang besar.

Kekurangan: Tiadanya standard yang tetap untuk pihak pengeluar jadi ini menyebabkan terdapatnya pelbagai jenis port skuzzi di pasaran. Tambahan pula ianya sangat mahal, begitu juga dengan kabel, persisian dan adapternya. Sebab itu ianya tidak banyak digunakan untuk kediaman.

Jenis persisian: Walaupun port ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis persisian, biasanya digunakan untuk pencetak dan pemacu luaran.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90