Top Ad 728x90

Kimia punca lelaki 'lembut'

Semakin ramai lelaki dan haiwan jantan menjadi 'lembut' kerana kehadiran ribuan bahan kimia akibat pencemaran alam sekitar yang mempengaruhi jantina, termasuk aspek perubahan perlakuan mereka.

Saintis Britain memberi amaran, pencemaran buatan manusia yang terlepas dalam persekitaran dan menyamai hormon seks wanita atau estrogen, lapor akhbar Daily Telegraph, semalam.

"Bahan pencemar ini didapati mengubah protein telur yang lazimnya disediakan wanita dan haiwan betina," kata penulis kajian, Gywenne Lyons daripada Chem Trust, kumpulan pencinta alam.

Penyelidik itu mendakwa, bahan kimia dalam bahan bungkusan makanan, cecair atau serbuk cucian, sisa kumbahan dan cat mencacatkan kemaluan, mengurangkan kiraan sperma serta 'melembutkan' lelaki. Ikan misalnya, terbukti terjejas teruk oleh bahan kimia pengubah jantina.

Dalam kajian, separuh daripada ikan jantan di kawasan datar Britain mempamerkan tanda 'betina' apabila bahan kimia yang menyekat hormon jantan androgen dilepaskan dan menyaksikan pembentukan telur dalam organ jantinanya.

Beberapa lipas jantan turut berubah sepenuhnya kepada betina selepas terdedah kepada sisa pil pencegah kehamilan yang dilepaskan ke dalam saluran kumbahan.

- Agensi

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90