Top Ad 728x90

Cermin mata sofistikated untuk wajah berbeza


Trend memakai cermin mata hitam bukan sesuatu yang asing jika anda peminat fesyen. Bukan sahaja melindungi mata daripada pancaran sinar matahari, ia juga ibarat aksesori yang perlu ada khususnya untuk masyarakat di Barat menjelang musim panas dan luruh. Namun, pembeliannya bukan sekadar suka-suka tetapi perlu serasi dengan raut wajah anda.

Bagi peminat cermin mata hitam, gaya ini sebenarnya sesuai dengan iklim tropika negara yang dapat memelihara mata daripada sinaran ultraviolet (UV) dan infra merah (IR).

Penggunaan aksesori ini bukan sahaja terhad pada waktu siang, malah anda boleh meningkatkan penglihatan pada waktu malam.

Selain nampak bergaya, ia dapat meningkatkan kualiti penglihatan mata. Percaya atau tidak, dengan penggunaan cermin mata hitam pada siang hari dapat meningkatkan kadar penglihatan pada waktu malam. Namun, jangan pula memilih cermin mata hitam yang tidak secocok dengan penampilan dan tidak berkualiti yang mungkin menjejaskan penglihatan. Pilihlah cermin mata mengikut panduan yang betul.

Jika diperhatikan, trend cermin mata hitam kini berbentuk lebih besar dan tidak terikat dengan bentuk bulat. Fesyen ala tahun sekitar 1950-an hingga 1980-an antara gaya yang kembali semula.

Sempena pembukaan pusat optikal, Optical Gallery di aras Explore, Starhill Gallery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, menyaksikan paparan cermin mata jenama antarabangsa yang bukan sahaja ada stail tetapi lebih eksklusif.

Jenama seperti Dior, Bottega Veneta, Giorgio Armani, Alexander McQueen, Gucci, dan Marc By Marc Jacobs hadir dengan produk cermin mata terkini khusus untuk wanita dan lelaki.

Marc By Marc Jcobs, misalnya, hadir dengan koleksi era 1960-an yang tampak lebih glamor, menghasilkan pantulan yang bersinar dan rekaan asli pereka mengikut bentuk dan bermutu tingi.

Tidak ketinggalan, koleksi Gucci menghasilkan rekaan imej rock n roll yang lebih elegan dan seksi. Manakala koleksi cermin mata hitam untuk lelaki diilham daripada gaya tahun 1950-an.

Alexander McQueen juga tampil dengan rekaan cermin mata yang lebih kontemporari dengan rekaan yang inovatif di samping gabungan material yang berkualiti.

Seperti jenama lain, Giorgio Armani juga menampilkan gaya cermin mata hitam yang kontemporari, glamor dan memiliki tarikan retro.

Bagi tahun 2009, Bottega Veneta pula tampil dengan rekaan sofistikated dan luar biasa tanpa mengabaikan kualiti.

Mereka yang inginkan gaya yang lebih menggoda dan mewah, Dior menyediakan rekaan dengan gaya yang lebih feminin pada tahun ini.

Rangkaian jenama ini mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk merayakan Tahun Baru Cina. Selain terikat dengan pakaian tradisonal, ceongsam yang kini lahir dengan idea lebih kontemporari, cermin mata hitam boleh dijadikan aksesori tambahan yang lebih sofistikated dan elegan serasi dengan peredaran fesyen yang lebih global.

Sementara itu, mereka yang inginkan pilihan pakaian sambutan tahun baru yang lebih kontemporari, bolehlah singgah di Butik Shanghai Tang yang terletak di pusat membeli belah Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Koleksi yang membawa tuah ini lebih unik mengikut fesyen terkini.

Kesesuaian cermin mata hitam mengikut bentuk muka;

Bujur - Tulang pipi yang tinggi dan dagu yang sempit berbanding dahi yang lebih lebar. Kebanyakan rangka bingkai cermin mata hitam sesuai dengan bentuk muka ini.

Segi empat - Tulang pipi dan dagu yang luas serta bersudut empat. Rahang mulut juga nampak lebar. Bentuk muka ini digalakkan memakai cermin mata hitam yang tidak besar.

Bulat - Untuk mengurangkan wajah yang kelihatan bulat, pilih rangka bingkai cermin mata hitam yang bersudut atau lurus.

Berlian - Dahi yang kecil, bahagian tengah muka besar dan dagu yang sempit. Tulang pipi juga tinggi. Rangka bingkai cermin mata hitam perlu menyerlahkan mata yang besar dengan melebarkan dahi dan rahang mulut. Bentuk rangka cermin mata hitam yang bersudut, bujur, tanpa bingkai dan lurus di bahagian atas tetapi lekuk di bahagian bawah adalah amat sesuai. Empat segi panjang - Ukuran kelebaran bentuk muka ini nampak sama di bahagian dahi, pipi dan rahang mulut. Seseorang itu perlu memilih jenis rangka bingkai yang memendekkan wajah dan lebar supaya nampak seimbang. Rangka bingkai yang bulat dan bersudut amat sesuai dipadankan untuk melembutkan wajah.

Segitiga - Bentuk muka ini adalah yang terbaik bagi semua jenis rangka bingkai cermin mata hitam. Rangka bingkai jenis up swept cat eye adalah yang paling tepat untuk menimbulkan unsur keseimbangan.

Segitiga terbalik - Dahi yang lebar tetapi bentuk mulut dan dagu yang kecil. Pilih cermin mata hitam yang sama lebar dengan kelebaran dahi. Rangka yang tidak berbingkai juga sesuai. Bentuk rangka yang bulat dan bersudut adalah yang terbaik.

2 Comment:

  1. kalau disertakan dengan gambar lg mudah untuk saya faham ttg cara kesesuaian pemakaian cermin mata..

    BalasPadam
  2. kalau disertakan dengan gambar lg mudah untuk saya faham ttg cara kesesuaian pemakaian cermin mata..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90