Kekufuran adalah kegelapan

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Thursday, January 1, 2009

ALLAH pelindung (yang mengawal dan menolong) orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (al-Baqarah: 257)

Hanya Allah SWT yang berkuasa memberi hidayat kepada hamba-hamba-Nya. Ia berkuasa mengeluarkan manusia daripada kekufuran kepada keimanan. Iman kepada Allah berpaksikan akal yang waras mendorong manusia tunduk dan patuh kepada syariat Allah.

Namun terdapat segolongan manusia yang melanggar batasan agama.

Mereka menjadikan berhala sebagai dewa dan memimpin manusia ke arah kekufuran, inilah yang disebut dengan perkataan taghut. Pimpinan sebegini pastilah akan menjadikan tempat yang terang kembali gelap.

Cahaya terang akan diselimuti kabut yang membawa kegelapan kerana mereka mewarnainya dengan perlakuan fitnah, hasad dengki, perzinaan dan pelbagai maksiat yang sukar dibendung.

Mereka inilah penghuni neraka dan kekal selama-lamanya. Balasan tersebut adalah setimpal dengan perlakuan jahat mereka semasa di dunia.

Allah berkuasa atas segala-galanya, memberi cahaya petunjuk setelah melalui kegelapan. Namun terdapat segolongan manusia yang kembali kepada kegelapan akibat kekufuran terhadap Allah SWT. Neraka Jahannam merupakan tempat tinggal mereka yang abadi.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 

KATEGORI

Artis (284) Astronomi (79) Berita (1896) Bolasepak (114) DPLI (39) Dunia (855) Ekonomi (787) Gempar (206) Hiburan (486) Islam (2228) Isu Semasa (114) Jawatan Kosong (1489) Keluarga (270) Kerjaya (1797) Kesihatan (977) Kewangan (356) Komentar (155) KPLI (91) KPLSPM (27) Mistik (49) Motivasi (620) Pendidikan (1115) Pentadbiran (219) Personaliti (220) Politik (1693) Sastera (77) Sejarah (208) Soal Jawab (88) Teknologi (766) Temuramah (19) Umum (946) Undang-Undang (225)

BLOG TERKINI