Top Ad 728x90

,

PRK KT : Kemeriahan kempen masih belum berada pada tahap sebenar?

Sejak selepas hari penamaan calon hingga setakat malam tadi (8 Jan 2009), suasana kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu masih belum rancak seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini.

Beberepa orang jentera pilihan raya yang ditemui jam 2.00 pagi tadi di beberapa Unit Peti Undi (UPU) sekitar Bandar, Ladang dan Wakaf Mempelam menyatakan hal demikian kepada Harakahdaily.

"Saya merasa agak pelik kerana hingga ke hari ini, kempen agak kurang meriah berbanding kalau kita imbas kembali beberapa kempen pilihan raya kecil sebelum ini yang rancak sejak awal lagi," kata Mohammad Awang.

Walaupun terdapat kerja-kerja pemasangan bendera di lakukan sejak pagi hingga ke malam, namun kemeriahan sebenar suasana kempen seperti sebelum ini seolah-olah tidak berlaku, kata Mohammad.

Beliau berkata, meskipun calon-calon yang bertanding tidak kira PAS, BN mahupun Bebas telah mula menggerakan kempen bertemu pengundi, namun kerancakkan dilihat masih berada pada tahap yang hambar.

Ujar Mohamad, kelesuan sedemikian mungkin disebabkan kesibukan pada hari-hari bekerja.

"Mungkin malam esok hingga Ahad ini kempen dan suasana lebih rancak lagi sebab biasanya dah nak sampai hari mengundi lagi hebat," katanya.

Sementara itu seorang lagi petugas, Alwi Jusoh pula melahirkan pandangan bahawa perang bendera dan poster pada kali ini amatlah berkurangan.

Ujar beliau, mungkin disebabkan terdapatnya larangan menampal dan menaikkan poster di kawasan-kawasan tertentu termasuk di jambatan menyebabkan keindahan itu berkurangan.

"Biasanya bendera dipasang sepanjang jambatan, namun kerana terdapatkan pergeseran berhubung pemasangan bendera di jambatan pada pilihan raya umum lalu, kawasan itu kini mejadi kawasan larangan," ujarnya.

Begitupun beliau mengharapkan kemeriahan sebenar kempen pilihan raya kali ini bakal hadir dalam ehari dua lagi.

- Harakah Daily

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90