RM77 juta perbanyak Taska Permata


Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM77 juta untuk menaik taraf 200 Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara kepada Taska Pusat Anak Permata Negara (Permata) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, peruntukan oleh Kementerian Kewangan itu bertujuan untuk memperluaskan program Permata di Taska Kemas.

''Saya berharap peruntukan ini dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan perkembangan awal kanak-kanak di bawah umur empat tahun secara holistik terutama untuk kanak-kanak di kawasan luar bandar.

''Saya yakin Kemas akan dapat melaksanakan peluasan program Permata dengan jayanya demi manfaat pewaris negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Permata Kemas di Tabika Kampung Bukit Bayas dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan isteri Menteri Besar Terengganu, Toh Puan Norliza Mahmud.

Rosmah berkata, pihaknya juga merancang untuk menubuhkan 16 buah lagi Taska Permata di seluruh negara pada tahun ini.

''Sebanyak 300 taska kini menggunakan program Permata hasil peluasan program tersebut di Taska Kemas, Taska Perpaduan, Taska Komuniti, Taska Tempat Kerja dan Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)," ujarnya.

Beliau memberitahu, ketika ini, Permata menyediakan pendidikan kepada 380 kanak-kanak dengan 80 tenaga pendidik terlatih dan berkelayakan sekurang-kurangnya di peringkat diploma.

- Utusan

1 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000