Sabtu, Februari 07, 2009

'3 Adun bebas tidak berpaling semula' - Najib

Tidak wakil rakyat bebas yang kini menyatakan sokongan kepada kerajaan baru BN di Perak tidak akan kembali kepada Pakatan Rakyat semula, tegas Datuk Seri Najib Razak.

Kelihatan tidak senang apabila ditanya kemungkinan ketiga-tiga berpaling tadah sekali lagi, timbalan perdana menteri dilaporkan berkata:

"Mengapa anda suka membuat spekulasi. Perkara itu tidak
mungkin terjadi dan jika ia berlaku, saya akan jawab."

Jamaluddin Mohd Radzi (asal PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (DAP-Jelapang) keluar parti-parti kerajaan campuran itu - yang kemudiannya mencetukan pergolakan politik Perak sekarang.

Bernama melaporkan lagi, sewaktu mengulas pemilihan barisan exco yang boleh mewakili masyarakat kaum India, Najib berkata perkara itu akan diumumkannya kelak.

BN masih mempunyai 27 Adun Melayu dan seorang wakil rakyat MCA. Sementara Pakatan mempunyai jumlah yang sama.

Ditanya bantahan penyokong Pakatan Rakyat menjelang dan ketika istiadat angkat sumpah menteri besar baru petang semalam, Najib berkata BN juga boleh berbuat perkara yang sama.

"Kita pun boleh buat tunjuk perasaan, kita pun banyak penyokong, tapi kita hormat undang-undang negara dan budaya yang mulia. Kita tak boleh buat tunjuk perasaan jalanan seperti ini sebab kita pentingkan suasana aman dan keharmonian negara kita," katanya.

- MALAYSIAKINI

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts