Top Ad 728x90

Cara melakukan Pertolongan Cemas (CPR)

Jika berlaku kemalangan atau mangsa lemas, anda boleh menyelamatkan nyawa mangsa dengan melakukan perkara berikut:

1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.

2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.

3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.

4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).

5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati. Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.

7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

2 Comment:

  1. sekranya pesakit itu jatuh dari tingkat atas..apa langkah pertama yng perlu dibuat.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90