Top Ad 728x90

, ,

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2009

Kementerian Pengajian Tinggi mempelawa pemohon lepasan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian untuk mengikuti Diploma Pendidikan (DPLI) :

BIDANG (GURU SEKOLAH MENENGAH):
-Sejarah
-Pendidikan Jasmani
-Geografi
-Pengajian Am
-Kaunseling
-Seni / Seni Visual
-Perdagangan / Perniagaan
-Pendidikan Moral
-Muzik
-Sivik & Kewarganegaraan
-Guru Al-Quran KAA
-Pendidikan Islam
-Pendidikan Khas
-Elektrik dan Elektronik
-Amalan Bengkel Mesin
-Kimpalan
-Automatif
-Penyejukan Penyamanan Udara
-Binaan Bangunan
-Ekonomi Rumah Tangga
-Sains Pertanian
-Computer Programming
-Kemahiran Teknikal
-Perdagangan / Keusahawanan
-Tanaman Makanan
-Lukisan Kejuruteraan
-Bahasa Arab
-Bahasa Cina
-Kesusasteraan Cina
-TESL

PENEMPATAN:
IPTA yang menawarkan DPLI:
- UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UIAM, UMS, UPSI, UiTM, UTHM, USIM dan UDM.

(Calon guru akan ditempatkan selama setahun di universiti tersebut mengikut bidang masing-masing)

* Calon akan menerima elaun sama seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

* Calon yang berjaya menamatkan kursus akan ditempatkan di sekolah menengah & vokasional

SYARAT AM
-Umur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh iklan.
-Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK (CGPA) sekurang - sekurangnya 2.75
-Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai
-Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai

SYARAT KHAS PROGRAM
-Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

-Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang dipohon akan diberi keutamaan.

-Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

SYARAT TAMBAHAN
-Pemohon yang telah tamat pengajian dan memiliki ijazah (skrol) sahaja yang akan dipertimbangkan.

-Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

-Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

-Sila semak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

-Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/ pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 12 Mac 2009.

Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :-
-Maklumat Permohonan
-Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon
-Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa
-Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan
-Akuan majikan (Jika Berkaitan)
-Salinan Transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda bagi 6 semester
-Salinan Ijazah/Skroll (jika ada)
-Salinan sijil Diploma/Sijil SPM

Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temuduga yang ditetapkan.

Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 13 April 2009 melalui laman web http://www.mpm.edu.my. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

Panggilan temuduga boleh disemak mulai 11 Mei 2009 melalui laman web http://www.mohe.gov.my atau http://upu.mohe.gov.my

Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Catatan:-

-Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan di IPTA.

-Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON:
Untuk memohon, beli no. PIN dengan no. MyKad (Kad Pengenalan) anda dengan harga RM20.60 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau Mesin ATM GIRO BSN.
Pilih Menu NO. PIN > IPTA > Diploma Pendidikan

TEMPOH PERMOHONAN:
9 Februari 2009 sehingga 9 Mac 2009

Isi Borang Permohonan On-line di:
http://upu.mohe.gov.my
https://upu.mohe.gov.my/portal_bpkp/online0910/dpli/mohon.php

Tarikh Tutup: 9 Mac 2009

PERHATIAN :


Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan;

-Pemohon Lepasan Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang - sekurangnya 2.75. mengemukakan permohonan mulai 9 Februari 2009 hingga 9 Mac 2009.

-Pemohon yang TIDAK mengemukakan permohonan sehingga permohonan akhir SAH & HANTAR seterusnya TIDAK akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA.

-Hanya satu (1) permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan

-Pengunaan No. Kad Pengenalan/ MyKad serta Kata Laluan, Nama Ibu & kod Imej ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan permohonan;

-Kata Laluan & Nama Ibu ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan pengemaskinian maklumat;

-Kata Laluan & Nama Ibu perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati.

KALENDAR PERMOHONAN DPLI :

9 Februari 2009 : Tempoh Permohonan On-line

9 Mac 2009 : Tarikh Tutup Permohonan On-line

12 Mac 2009 : Tarikh Tutup Penghantaran Salinan Sijil ke IPTA

13 April 2009 : Semakan untuk Ujian MEdSI

18 April 2009 : Ujian MEdSI

11 Mei 2009 : Semakan untuk Temuduga DPLI

Mei / Jun 2009 : Tempoh Temuduga DPLI

Julai 2009 : Kemasukan DPLI di IPTA

* Tertakluk kepada perubahan


SENARAI IPTA, ALAMAT & KOD PROGRAM

Senarai mengikut Universiti, Alamat, Nama Program, Kod Program & Syarat Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang sesuai dengan program tersebut


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

PENDAFTAR
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JALAN SLIM
TANJUNG MALIM
35900 PERAK


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - AT03D
Sains Sukan
Sains Kesihatan

KAUNSELING - AT04D
Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia

TESL - AT06D
Bahasa Inggeris

SAINS PERTANIAN - AT09D
Pertanian
Perhutanan
Kejuruteraan Pertanian
Bioteknologi

COMPUTER PROGRAMMING - AT20D
Kejuruteraan Komputer
Kejuruteraan Perisian
Sains Komputer
Teknologi Maklumat

PERDAGANGAN / PERNIAGAAN - AT21D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan Perakaunan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

MUZIK - AT22D
Muzik
Seni Persembahan

SENI / SENI VISUAL - AT23D
Seni Halus
Seni Kreatif
Seni Lukis
Seni Visual

SEJARAH - AT32D
Sejarah
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

GEOGRAFI - AT33D
Geografi
Kejuruteraan Alam Sekitar
Perancangan Bandar dan Wilayah

PENDIDIKAN ISLAM - AT35D
Pengajian Islam
Pengajian Islam / Bahasa Arab

PENDIDIKAN MORAL - AT41D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - AT45D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan Perakaunan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

BAHASA ANTARABANGSA B. ARAB - AT49D
Bahasa Arab
Pengajian Islam / Bahasa Arab

BAHASA CINA - AT50D
Bahasa Cina

PENGAJIAN AM - AT58D
Undang-undang
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

EKONOMI RUMAH TANGGA - AT63D
Hospitaliti
Kejuteraan Proses & Makanan
Sains Makanan
Teknologi Makanan

KEMAHIRAN TEKNIKAL - AT71D
Arkitektur
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Bangunan
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Pembuatan
Kejuruteraan Reka Bentuk
Teknologi Kejuruteraan
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Teknologi Kejuruteraan Elektronilk

KESUSASTERAAN CINA - AT73D
Bahasa Cina
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Sejarah

SIVIK & KEWARGANEGARAAN - AT74D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) - AT76D
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA
BATU PAHAT
86400 JOHOR


LUKISAN KEJURUTERAAN - BT52D

AMALAN BENGKEL MESIN - BT65D

KIMPALAN - BT66D

PENYEJUKAN PENYAMANAN UDARA - BT68D

BINAAN BANGUNAN - BT69D

KEMAHIRAN TEKNIKAL - BT71D

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK - BT72D

Kejuruteraan Awam/Civil Engineering
Kejuruteraan Reka bentuk
Teknologi Kejuruteraan/ Engineering Technology
Kejuruteraan Mekanikal/Mechanical / Mechanical Engineering
Kejuruteraan Mekanikal(Perkapalan)/ Mechanical (Shipping)Engineering
Kejuruteraan Automotif/Automotive Engineering
Kejuruteraan Aeronautikal/Aeronautical
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektrik Atau Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Mekatronik
Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Bangunan
Kejuruteraan Pembuatan
Teknologi pengeluaran dan pengurusan
Kejuruteraan maritim
Kejuruteraan elektronik


UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA (UDM)

TIMBALAN NAIB CANSELOR
AKADEMIK & ANTARABANGSA
CANSELORI
UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA
JALAN SULTAN MAHMUD
KUALA TERENGGANU
20400 TERENGGANU


PENDIDIKAN ISLAM - DT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab
Syariah Islamiah
Usuluddin


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

KETUA
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
BANGUNAN UITM INTERNATIONAL CENTER (UIC)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SHAH ALAM
40450 SELANGOR


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - ET03D
Sains Sukan
Pengurusan Sukan
Sains Kemasyarakatan/Kemanusiaan

TESL - ET06D
Pengajian Inggeris / English Literature

SENI / SENI VISUAL - ET23D
Reka Bentuk
Seni Halus
Seni Halus (Grafik, Komunikasi, Lakonan dan Pengarahan)
Seni Kreatif
Seni Lukis dan Seni Reka (Grafik/Perindustrian)
Seni Lukis dan Seni Reka (Logam Halus/Seramik)
Seni Lukis dan Seni Reka (Rekaan Fesyen/Tekstil)

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - ET45D
Perdagangan
Pentadbiran Perniagaan
Pengurusan Perniagaan
Perakaunan
Pengurusan Sistem Pejabat
Sains Pentadbiran/Pentadbiran Korporat


UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ARAS 3 BLOK UTARA BANGUNAN CANSELORI
BEG BERKUNCI 2073
KOTA KINABALU
88999 SABAH


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - HT03D
Sukan & Rekreasi
Sains Sukan
Pengurusan Sukan

TESL - HT06D
TESL/ ESL/ EFL
Pengajian Bahasa Inggeris/ Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Bahasa Inggeris

SEJARAH - HT32D
Sejarah
Perhubungan Antarabangsa
Sains Politik
Muzium Dan Antikuiti
Arkeologi

GEOGRAFI - HT33D
Geografi
Perancangan Bandar dan Wilayah
Alam Sekitar
Geologi
Pertanian
Perhutanan


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
43600 SELANGOR


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - KT03D
Sains Sukan

PENDIDIKAN ISLAM - KT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab/ Pengajian Islam
Pengajian Islam/ Bahasa Arab

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - KT45D
Perniagaan/ Perdagangan
Perakaunan
Ekonomi
Kewangan

MASALAH PEMBELAJARAN - KT76D

MASALAH PENDENGARAN - KT77D

MASALAH PENGLIHATAN - KT78D

Sebarang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian


UNIVERSITI MALAYA (UM)

DEKAN, FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
50603 KUALA LUMPUR


PENDIDIKAN ISLAM - MT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

BAHAGIAN AKADEMIK
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
SERDANG
43400 SELANGOR


PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN - PT03D
Sains Sukan

KAUNSELING - PT04D
Bimbingan dan Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia
Pengajian Islam

TESL - PT06D
TESL/ ESL/ EFL
Pengajian Bahasa Inggeris/ Bahasa Inggeris
Kesusasteraan Bahasa Inggeris
Komunikasi
Sains Sosial

SAINS PERTANIAN - PT09D
Pertanian
Perhutanan
Kejuruteraan Pertanian
Bioteknologi

PENDIDIKAN ISLAM - PT35D
Usuluddin
Syariah
Pengajian Islam
Pengajian Islam / Bahasa Arab

PENDIDIKAN MORAL - PT41D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

EKONOMI RUMAH TANGGA - PT63D
Fesyen dan Tekstil
Sains Makanan
Pembangunan Manusia
Hospitaliti
Teknologi Makanan


UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN AKADEMIK
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU NILAI
NILAI
71800 NEGERI SEMBILAN


PENDIDIKAN ISLAM - QT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab/ Pengajian Islam
Syariah Undang - Undang

BAHASA ANTARABANGSA B. ARAB - QT49D
Bahasa Arab
Bahasa Arab / Pengajian Islam


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 PULAU PINANG


TESL - ST06D
Bahasa Inggeris

SEJARAH - ST32D
Sejarah
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

GEOGRAFI - ST33D
Geografi
Kejuteraan Alam Sekitar
Perancangan Bandar dan Wilayah

MASALAH PEMBELAJARAN - ST76D
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia

MASALAH PENGLIHATAN - ST78D
Sastera dan Sains Kemasyarakatan
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

PENDAFTAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
UNIT KEMASUKAN DAN REKOD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTM SKUDAI
81310 JOHOR


PENDIDIKAN ISLAM - TT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab

EKONOMI RUMAH TANGGA - TT63D
Fesyen dan Tekstil
Sains Makanan dan Pemakanan
Hospitaliti
Teknologi Makanan

AMALAN BENGKEL MESIN - TT65D
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Mekanikal

KIMPALAN - TT66D
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Kejuruteran Kimpalan
Kejuruteraan Mekanikal

AUTOMOTIF - TT67D
Kejuruteraan Automotif
Teknologi Kejuruteraan Automotif
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik (Automotif)
Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Automotif)
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

PENYEJUKAN PENYAMANAN UDARA - TT68D
Teknologi Kejuruteraan Penyejukan Penyaman Udara
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Mekanikal

KEMAHIRAN TEKNIKAL - TT71D
Teknologi Kejuruteraan Awam
Teknologi Kejuruteraan Bangunan
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk
Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
Teknologi Kejuruteraan Rekabentuk
Kejuruteraan Mekanikal
Rekabentuk Industri
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Mekatronik
Kejuruteraan Pertanian
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Pembuatan
Kejuruteraan Rekabentuk
Kejuruteraan Awam

ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK - TT72D
Teknologi Kejuruteraan Elektrik
Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Teknologi Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Mekatronik


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SINTOK
06010 KEDAH


KAUNSELING - UT04D
Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia

TESL - UT06D
Bahasa Inggeris

PERDAGANGAN / PERNIAGAAN - UT21D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan
Perakaunan
Keusahawanan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

PENDIDIKAN ISLAM - UT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab
Usuluddin
Syariah
Fiqh
Al –Quran dan Al Sunah
Ilmu Wahyu

PENDIDIKAN MORAL - UT41D
Pengajian Islam
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan

PERDAGANGAN / KEUSAHAWANAN - UT45D
Ekonomi
Kewangan
Pengurusan
Perakaunan
Keusahawanan
Perniagaan / Perdagangan
Sastera Ikhtisas

SIVIK & KEWARGANEGARAAN - UT74D
Psikologi
Kaunseling
Pembangunan Manusia
Sastera dan Sains Kemasyarakatan


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

UNIT KEMASUKAN,
PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
P.O BOX 10
50728 KUALA LUMPUR


KAUNSELING - YT04D
Kaunseling
Psikologi
Pembangunan Manusia

TESL - YT06D
Bahasa Inggeris

PENDIDIKAN ISLAM - YT35D
Pengajian Islam
Bahasa Arab

GURU AL QURAN KAA - YT36D
Pengajian Islam
Bahasa Arab
Pengajian Al-Qur’an

BAHASA ANTARABANGSA B. ARAB - YT49D
Bahasa Arab
Pengajian Islam / Bahasa Arab



* Sila tuliskan "DIPLOMA PENDIDIKAN" di kiri atas sampul surat

Untuk mendapatkan maklumat mengenai IPTA pilihan anda, sila ke :
http://upu.mohe.gov.my

* Lihat Bahagian "Mengenai IPTA"

279 Comment:

  1. Akum..saya nak tanya klu kite x hantar salinan sijil ke universiti seperti yang diminta tu makananya permohonan kita ni diterima atau tak ek
    saya xtau plak kena hantar..bila masuk n baca blog ni baru tau...

    BalasPadam
  2. w'salam
    kemasukan DPLI adalah bulan Julai
    kemungkinan result keluar akhir bulan Jun
    biasanya tak lama, antara 2-3 minggu sebelum tarikh melapor diri
    kalau nak masuk lewat tu, kena hubungi pihak Kementerian & IPTA la

    ambilan DPLI Jan 2010 insyaAllah akan keluar 3 Mei ini

    BalasPadam
  3. w'salam
    peraturan dia, memang kena hantar salinan sijil2 ke IPTA

    BalasPadam
  4. saudara adha saya ada masalah terlepas pandang mengenai permohonan dan salinan2 sijil dan kad pengenalan yg perlu dihantar ke ipta yg diplih, saya tak perasan jadi tak hantar sampai sekarang..so mcaman kes saya ni..adakah sy perlu hantar kesemua item yg diminta walaupun dah tamat tempoh 12 mac 2009? saya dah menduduki medsi 18april ari tu..adakah disebabkan hal ini nanti saya tak dapat diterima?

    BalasPadam
  5. Hai ......
    Saya nak tanya, saya terlepas pandang untuk menghantar salinan sijil ke IPTA tetapi saya sudah menduduki ujian Medsi pada 18 April yang lalu...macam mane ye situasi saya sekarang?

    BalasPadam
  6. DPLI...PEROSAK PENDIDIKAN NEGARA, PENGHANCUR MASA DEPAN GURU LEPASAN IJAZAH!!!

    BalasPadam
  7. Alahai..tertangguh la plak nk tgk result panggilan temuduga..punye la semangat nk cek arini...

    BalasPadam
  8. assalamualaikum encik adha...

    alhamdulillah saya telah melepasi peringkat 1 :ujian medsi pada 18hb april 2009 baru2 ni.berdasarkan pembacaan saya tentang isu2 dan pandangan yang terdapat dalam blog ini saya telag berjaya menduduki peperiksaan tersebut dan dapat menjawab soalan2 dengan yakin serta sebaik2 mungkin...

    kini saya menunggu utk ke peringkat 2: iaitu temuduga medsi....

    so, atas budi baik dan pengalaman encik adha berkenaan medsi besar harapan saya sekiranya encik adha dapat berkongsi dan memberi tips / pandangan bernas serta berguna untuk disampaikan kepada saya dan mungkin sahabat2 lain sebagai bekalan menghadapi temuduga nnt.

    saya ingin mengetahui mengenai :
    1.apakah soalan2 yang sering ditanya oleh penemuduga / atau soalan selalunya berkisarkan tentang aspek apa? cth: adakah ia berkisar atau berkaitan dengan bidang pengajian kita nnt atau umum...

    2. apakah yang sering kali dititikberatkan pandangan penemuduga selain penampilan, dan tertib? mksudnya dari segi menjawab soalan...

    3. sekiranya soalan yang ditanya diluar pengetahuan saya atau saya tidak pasti, apakah jawapan yang sesuai untuk saya utarakan dan masih dianggap berpeluang??

    4.apakah bentuk bacaan atau pengetahuan yang penting perlu saya titikberatkan / fokus sebelum temuduga nnt?adakah soalan2 nnt lebih kepada pendidikan sahaja??


    terima kasih kerana mmber peluang saya untuk mengutarakan persoalan .dihrap en.adha dapatkan emailkan kepada saya di :

    sharifah.azma@yahoo.com

    assalamualaikum..

    BalasPadam
  9. En. Adha, kpli ni yg belum konvo dapat tak masuk?

    BalasPadam
  10. salam...en. adha
    sya nk tnya...ade tk kes student lepasan DPLI yg tk dapat posting and still menganggur????

    BalasPadam
  11. Cikgu Adha,saya ada sedikit pertanyaan dan harap cikgu sude memberi jawapan kepada beberapa soalan saya dan ucapan ribuan terima kasih saya sertakan disini.

    1. Sekiranya seseorang sudah ditawarkan temuduga kpli, adakah secara automatik seseorang tersebut akan dibatalkan kelayakannya untuk temuduga dpli walaupun telah berjaya dalam kedua-dua ujian mtest dan medsi?

    2. Bagi lepasan ijizah yang mengambil dpli dan kpli, setelah tamat pengajiannya, adakah gaji dan gred yang ditawarkan adalah berlainan kerana terdapat ura-ura yang mengatakan lepasan ijazah yang mengambil dpli mendapat gaji yang kurang daripada kpli?
    -candy-

    BalasPadam
  12. Encik Adha, saya ada beberapa persoalan dan berharap Encik Adha boleh meluangkan masa untuk menjawap soalan saya dan saya serta ucapan ribuan terima kasih dahulu.

    1. Sekiranya seseorang tersebut sudah ditawarkan temuduga kpli, adakah orang tersebut akan dibatalkan kelayakannya untuk temuduga dpli walaupun telah berjaya dalam kedua-dua ujian medsi dan mtest?

    2. Adakah gaji dan gred bagi lepasan dpli dan kpli berlainan sedangkan kedua-dua program pendidikan hanya boleh dipohon oleh lepasan ijazah dan kelayakan untuk memohon dpli adalah lebih tinggi dan susah berbanding dengan kpli dan mengapakan lepasan kpli boleh mendapat gaji dan gred yang lebin tinggi daripada lepasan dpli?
    -Candy-

    BalasPadam
  13. salam EN.ADHA..bile permohonan dpli dan jqaf kpli untuk 2010 kuo....risaula...

    BalasPadam
  14. en adha...thanks 4 your info

    BalasPadam
  15. macam manakah saya boleh dapatkan "surat akuan calon ditempatkan di kawasan pedalaman setelah tamat kursus perguruan" ini yang dikehendaki disahkan dan diserahkan semasa kpli temuduga yang akan datang.

    BalasPadam
  16. Selamat pagi saudara Adha,

    Saya nak tanya bidang kursus saya di uni ialah teknologi makanan dan bioproses.Apakah kursus yang sesuai untuk saya ambil?kalau nak apply kat IPTA hanya dibenarkan satu IPTA ataupun kita boleh hantar beberapa buah permohonan ke beberapa IPTA?thank you.

    BalasPadam
  17. Selamat pagi saudara Adha,
    Boleh saya bertanya kalau bidang saya ialah teknologi makanan dan bioproses, apakah kursus yang sesuai diambil oleh saya?Kalau kita buat permohonan di IPTA hanya dibenarkan untuk satu IPTA atau kita boleh buat beberapa permohonan untuk kursus yang sama tapi di beberapa buah IPTA yang berlainan. Terima kasih saudara Adha

    BalasPadam
  18. askum...
    saya nak tanye, lau ada diploma drpd politeknik leh apply tak dpli?

    BalasPadam
  19. Salam En Adha,

    Bakal guru intake jun 2009 ini khabarnya akan mengikuti kursus selama 1 tahun setengah dan kesemuanya akan dihantar ke sabah & srwk. Betul ke? Setahu saya kursus kpli adalah selama setahun saje dan kenapa untuk intake jun 2009 ini berbeza dari intake sebelumnya?

    BalasPadam
  20. salam..
    katne nak tgk semakan temuduga dpli ye..
    tgk kat upu.mohe.gov.my xde link pun..
    leh tolong tak?

    BalasPadam
  21. dah bleh tgk ke keputusan medsi n temuduga dpli?? ari ni kan?? saya msuk laman web dier tp x de apa2 pun. ade sape2 dah tgk?

    BalasPadam
  22. Hi En.Adha,

    I applied for both kpli and dpli for jun and july intake consecutively....now, im shorlisted for an interview for dpli- computer programming as i have IT background...but i failed to be shorlisted in kpli...this is kinda sad and im in dilemma as i prefer kpli than dpli and dpli-computer programming is difinitely not what i wanted as im trying to get myself out of the IT world...if i realli get the offer in this computer programming..would i be 4eva stuck in this programming world????Pls do give me some advice...Thank you..

    BalasPadam
  23. Good day Mr. Adha,

    I am a graduate student with degree in IT..I applied for both kpli and dpli but sadly i din get shorlisted for an interview for kpli...however, i got shortlisted for dpli-computer programming which is my second choice after TESL...I am very keen to become a teacher as this is ambition but somehow and somewhere i got myself in IT world...I am more interested in becoming an English teacher rather than teaching programming....can u please kindly advise me on which path should i take????Thank you very much..

    BalasPadam
  24. akum,,saya nk tanya surat peniktirafan jpa untuk interview dpli july 2009 kena ambil kt putrajaya ke? ataupn kena print dr laman web jpa je..ataupn x pyh surat sbb dari ipta.

    BalasPadam
  25. salam en adha atau kwn2 yang tahu,,saya nk tanya mengenai jumlah elaun sebenar yang dibayar untuk DPLI.saya dah dipanggil temuduga untuk kemasukan Julai ni,nak tahu untuk cinfirmkan elaun sebenar,takut xleh nk survive plak,,ada yang ckp selama setahun dibayar hanya 2600 sahaja,maknanya 1300 untuk satu semester...adakah benar???huhu

    BalasPadam
  26. Salam bro Adha..

    Alhamdulillah, saya dpt tmdga tuk DPLI pd 27 Mei ni utk sub Computer programming. Bleh x bro bg tips tuk intbiu tu nnti?

    BalasPadam
  27. Salam saudara Adha,

    Alhamdulillah, saya dapat tmdga DPLI pd 27 Mei ni tuk Computer Programming. Mmm, ade tips x utk tmdga tu?

    TQ

    BalasPadam
  28. assalamualikum en. adha..
    berkenaan dgn surat pengiktirafan JPA tu mmg kene bawak ke time interview?

    BalasPadam
  29. en adha..saya nak tanya..saya dh lulus exam DPLI..
    n 24 mei ni saya kene attend inteview DPLI kt itm s.alm..tp sy ade satu kemuyskilan berkenaan akuan majikan. saya adalah kakitangan kerajaan..dan pada surat panggilan temuduga mengkehendaki pengesahan akuan majikan..Ini bermakna adakah saya perlu mendapatkan laporan nilaian prestasi tahunan dan kenyataan perkhidmatan dikemaskini dr jabatan saya atau saya just dptkan surat pengesahan majikan saya berserta persetujuan dr majikan jika saya ditawarkan DPLI ini? saya sangat kompius skang ni..mohon en adha mmbantu memberi pendapat brkenaan masalah ini..tq

    BalasPadam
  30. tolong ym saya..rosma_1411@yahoo.com..ada banyak benda nk tanya

    BalasPadam
  31. sepanjang kursus dpli diadakan...bolehkah saya mengandung.

    BalasPadam
  32. Saya akan menghadiri temuduga dpli pada 27hb ni,leh tak sy nak mintak pandangan atau pengalaman sesiapa yg pernah menghadiri temuduga dpli?temuduga in english atau ikut subjek yg dimohon?

    BalasPadam
  33. Salam Encik Adha. Saya Fariza.. Saya ingin mencuba untuk memohon DPLI yang akan datang. Subjek apa yang bersesuaian dengan course Multimedia.

    BalasPadam
  34. salam...
    En Adha..
    nk tnye ckt..
    DPLI ni tkde rayuan ker?
    n 1 more thing,just nk inform y bru hari ini saya tahu KPLI lebih baik ckt dr DPLI,,hehe,,
    apepun klu saya diberi peluang, dua2 pn ok sb y pntg skg niat sya y btl2 nk jdi ckgu niih..
    moga dipermudahkan..amin...
    ni nk tgu kptsn rayuan KPLI,moga dapat>>

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum saudara adha,
    Saya dah lulus untuk test Medsi.So saya dipanggil interview Ahad ni. saya pilih option masalah pembelajaran n kemahiran teknikal. Soalannya untuk perform skill mengajar saya nak kena perform untuk option 1 ke 2.lagi 1, masalah pembelajaran selalunya apa silibus dia

    BalasPadam
  36. hi saya nak tanya sikit.. kalau tak hantar maklumat dan sijil yang berkaitan ke IPTA selepas permohonan takpe ke?

    BalasPadam
  37. incek ADHA..
    saya baru sahaja interview KPLI dan DPLI serentak pada minggu ini.. 2 interview dalam satu minggu..

    seandainya 2-2 saya berjaya bagaimana ya? adakah mustahil saya berjaya 2-2 interview itu.. atau seperti fiza cakap.. kalau satu dpt, satu lagi mungkin tak dapat!

    bingung ni..
    contohnya kalau results temuduga KPLI saya berjaya... and keputusan KPLI keluar dulu.. and DPLI keluar lambat bagai mana?

    sebab saya sebenarnya lebih berminat dgn DPLI.. boleh tarik diri ke dari KPLI dan masuk ke DPLI?

    BalasPadam
  38. nak tanya ,apakah gaji permulaan lepasan DPLI?
    adakah berbeza dengan lepasan KPLI?

    BalasPadam
  39. nak tanya, bilakah akan tahu keputusan temuduga DPLI Julai 2009?

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum..
    Saya nk tnye..Camne kte nk tau result dpt ke tidak DPLI lps interview?
    Secara online ke atau pihak berkenaan akan anta surat kpd kte?

    BalasPadam
  41. betul3x. saya pun nak tanya agak2x sape ada info pasal bila result interview akan keluar n bila intake julai akan start. takut xsempat notis, karang x pasal2x kena potong gaji plak.hari2 nak tanya interview tp segan.

    BalasPadam
  42. agak2 bile ye kptusan interview DPLI akan keluar? ade yg ckp pertengahan jun...betul ke?

    BalasPadam
  43. agak2 nye bile nye kptusan interview DPLI akan kuar? dgr cite pertengahan jun...btul ke?

    BalasPadam
  44. salam semua,saya syah disini....saya begitu tertarik dgn blog dan isu yang dibincangkan,,,sekadar ingin berkongsi pengalamn,saya dah grad pada bulan mac yang lepas dan saya dah lulus medsi dan dah dipanggil untuk temuduga dpli,namun kemusykilan saya skrg ni adalah bimbang subjek yang saya ambil adalah tidak berkaitan dengan ijazah saya.untuk makluman en adha n kwn2 saya punyai ijazah komunikasi dan mengambil subjek sivik dan kewarganegaraan..adakah pilihan saya ini memang sesuai dengan bidang ijazah saya?
    saya berkongsi sedikit pengalamn dgn kwn2..untuk ujian medsi anda perlu fokus dan menjiwai dirio seorang guru barulah anda akan lulus,soalan yang ditanya adalah untuk menguji diri kita samada sesuai menjadi guru atau tidak,masa yang diberi hanya 1 jam dan soalan 300 soalan,namun xjd masalah kalau anda semua peka dan letakkan diri anda sebagai guru.soalan ada yang perlu jawab ya atau tidak dan ada juga tepatmsangat tepat dan tidak tepat.lebih kurang camtu je soalan dia..
    lepastu untuk temuduga saya ingin berkongsi dengan kwn2, anda perlu yakin dengan diri,bercakap dgn lantang, guna bahasa melayu dengan betul dan bersedia untuk jawab soalan dlm english.soalan dlm english kebiasaanya akan ditanya berdasarkan apa yang ada pada diri kita,sbg contonhnya,saya skrg bekrja seorang wartwan so dia tanya can u compared about working as journalist and working as a teacher??camtu je soalan dia,,senang kan?huhu,yang penting keyakinan diri,bercakap dgn lantang,antara soalan lain yang ditanya kpd sy ialah apakah kelebihan yang ada pada diri anda untuk melayakkan anda dipilih menjadi guru sivik dan kewarganegraan??jawapan perlula jelas, tepat dan menjawab soalan ok,,apapun sy sgt berpuas hati dgn interviu tu,,sangat best pengalaman ni..doakan saya dapat jadi cikgu ni,xsabar tunggu result temuduga bulan 6 ni,,hehee..

    BalasPadam
  45. salam...17 julai tarikh permohonan DPLI tu memang confirm betul ke???sebelum ni...ad kua gak tp smpi masanya takde lak...tolong bgtau kepastian ye bg sesape yg tau..tq

    BalasPadam
  46. salam sy bru lepas intiview 27 mei hr tu...
    sy x antr pn borang permohonan n maklumat yg kena pos ke universiti....adakh ia diambil kira utk sesi pengambilan...adakah sy perlu antr dr pd ms skg...

    BalasPadam
  47. panggilan DPli akan kuar pd 17 Jun ni..so sape2 yg bkenaan leh la cek nnt..

    BalasPadam
  48. Salam,
    agaknyer bile result temuduga dpli akan keluar..
    sama ada akhir bulan 6 atau awal bulan 7? saya try search kat moe & mohe tapi xjumpe?

    BalasPadam
  49. bile agak nyer result temuduga dpli julai 2009 akan keluar?

    BalasPadam
  50. intake julai 2009 bila agaknya result akan keluar???

    BalasPadam
  51. Bila keputusan yang lulus temuduga keluar ek?

    BalasPadam
  52. Salam Saudara Adha,

    Saya ialah pemegang Diploma dlm bidan gkejuruteraan Komputer. Blh ke saya apply utk DPLI ni & pengambilan Jan 2010 dah keluar ke borang?

    terima kasih.

    BalasPadam
  53. salam cikgu adha...

    nk tnya sket..sy dgr kpli abis kursus terus posting berbanding dgn dpli kena tggu kekosongan br posting..btl ke? agak2 lama ke untuk tggu? TQ

    BalasPadam
  54. salam saudara adha,

    nk tnya sket..btl ke dgr kata kpli terus posting slps abis kursus, tp lepasan dpli kena tggu ada kekosongan br posting..

    BalasPadam
  55. assalamualaikum...
    saya ingin bertanya dalam soal gajinyer mcm ner?kpli better or dpli better?
    tq.

    BalasPadam
  56. saya gagal untk mendapat tempat dalam kemasukan DPLI 2009 ni.boleh tak buat saya membuat rayuan? boleh tolong advice cara untuk membuat rayuan?

    BalasPadam
  57. Salam Saudara Adha,
    thanks panduan dlm blog saudara dan komen2 dari para visitors mmg berguna.saya dah pun check dan berjaya dpt dpli wlaupun first time cuba.

    dari stat saya nak apply sampai skrg sy sentiasa rujuk blog ni utk baca komen2 org lain.
    terima kasih kepada semua.saya harap saya akan menjadi cikgu yg berdedikasi nnti.

    http://1001rahsiadiri.blogspot.com/

    BalasPadam
  58. Salam...

    Nak tanye skit...yang ambilan Jan 2010 bile blh apply...kt web MOHE xbole link ke Diploma Pendidikan la...ke dah tutup utk ambilan tuh?

    BalasPadam
  59. salam..
    saya ade beberapa soklan nk tnye..

    1)bley tlg bgtau x tangga gaji terkini bg guru lepasan KPLI,DPLI n guru lepasan KPLI/DPLI yg ade master.

    2)brape mase yg diambil utk pengesahan jawatan sbgai ckgu?3bulan ke?

    3)posting untuk lepasan KPLI n DPLI,comfirm ke keluar dpt posting.

    BalasPadam
  60. salam...
    boleh saya tahu bila intake 2010 untk dpli/kpli...
    adakah saya sudah terlepas?
    bila akan di iklan dan biasanya bulan berapa?
    saya selalu terlepas, sedih sangat..

    BalasPadam
  61. askum..saya bekas guru kpli ambilan julai 2007.. selalunya ambilan kpli yg baru akan dibuat sama ada bulan 2 @ 3 sebab mtest akan dijalankan waktu cuti sek. namun begitu, mengikut maklumat intake kpli akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2012 @ 2013. (ini x pasti lagi:maklumat dari kpm). bagi dpli, terpulang dgn kpt

    bagi yg berkerja dgn gov & dpt tawaran kpli @ dpli, sila mohon surat cuti belajar. apabila sudah konvo, sila kirimkan salinan sijil ikhtisas anda dan surat iringan pergi bahagian sumber manusia tmpt kerja anda untuk mohon pertukaran kementerian (kena urus sendiri. kalau x faham, cuba tanya hep di IPG @ U masing2)

    BalasPadam
  62. salam....saya nk tya berkaitan isu penempatan student DPLI untuk 2010...adakah ia dilambatkan atau secara berperringkat....ada ura2 mengatakan bahawa penempatan student DPLI ni akan dilambatkan kerana lambakan student KPLI.....Kalo KPLI ynag belamabak nape DPLI yang dapat kesannya....

    BalasPadam
  63. salam saudara adha, saya dah pon mohon KPLi n sekarang berminat nak mohon DPLI nanti..saya ada degree mass communication major broadcasting ape subjek sesuai untuk saya mohon DPLI?

    BalasPadam
  64. Sy ade degree business computing kursus ape yang sesuai dgn saya utk apply dpli?
    Blogger ade tips2 persedian dpli ke?

    Thankss..

    BalasPadam
  65. kirenye nak masuk usm ni kene lebih 2.75 la kan pointer? untuk semue cos?untuk lepasan diploma..thanks

    BalasPadam
  66. salam saudara adha,
    saya baru habis praktikum DPLI bulan mei 2010. saya nak tanya bila agaknya kami akan dapat mengetahui status penempatan kami.
    Harap dibantu. Terima kasih

    BalasPadam
  67. salam saudara adha,
    saya baru habis praktikum DPLI bulan mei 2010. saya nak tanya bila agaknya kami akan dapat mengetahui status penempatan kami.
    Harap dibantu. Terima kasih

    BalasPadam
  68. Salam

    Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep) Pengkomputeran Perniagaan dari UiTM. Saya dapat A1 dalam subjek Bahasa Inggeris SPM dan MUET Band 4 Saya nk tanya boleh ke saya mohon untuk subjek Bahasa Inggertis dengan pencapaian tersebut walaupun subjeg Bahasa Inggeris tidak berkaitan dengan bidang ijazah saya? Tlg jawab persoalan ni sbb berminat sangat nak jadi guru Bahasa Inggeris. Terima Kasih :)

    BalasPadam
  69. nak tye...kalau lepasan ijazah sn komputer kan cume subjek programmming je yg related...tapi kalu nak minx subjek laen yg diminati bleh x??atau mmg x bleh lgsung...

    BalasPadam
  70. salam...saya ada degree dlm development managment.agak2 ape subjek yang sesuai kalo saya mohon dpli or kpli ni?-diana-

    BalasPadam
  71. helo.. sy dari uitm n i take dploma in art and design,, so apa subjek yg sesuai untuk sy ambil,,, :)

    BalasPadam
  72. helo nk tnya nie,,, hmmm adakah student uitm mempunyai peluang yg cerah untuk mesuk ke dpli or kpli

    BalasPadam
  73. klu dlploma unikl mfi x bleh apply jd guru ke..bahagian workshop kimpalan di sekolah vokasioanal ke..x bleh ke..klu nak smbung degree 75k baii..dploma pon dah 50k..x bleh consider ke..

    BalasPadam
  74. Biasanya notis berjaya atau tidak antara 2 minggu sehingga sebulan sebelum lapor diri.


    Untuk menjadi guru, hanya untuk lepasan ijazah sahaja.

    BalasPadam
  75. salam,kalau saya degree bahagian senireka(rekabentuk industri) boleh x memohon utk diploma pendidikan kemahiran teknikal?

    BalasPadam
  76. Selalunya bulan berapa start blh beli pin num???

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90