Top Ad 728x90

,

Peluk Irma tak jejas ekonomi negara - Nabil


Seperti yang dijangka, Nabil telah pun dipilih sebagai bintang paling popular. Populariti yang dimiliki oleh Nabil mampu mengalahkan nama-nama besar seperti Mawi, Siti Nurhaliza dan lain-lain. Namun, di sebalik itu ramai yang terkejut apabila melihat Nabil dengan spontan memeluk seorang pelakon yang tidak kurang cantiknya selepas diumumkan sebagai bintang paling popular.

Tindakan Nabil memeluk Irma Hasmie, kekasihnya itu mengundang rasa kurang senang peminat. Ada yang berkata, adakah artis kita sudah jadi artis Hollywood yang tidak tahu adab sopan?

Malah ada juga yang berkata, tindakan beginilah yang merosakkan nama baik artis lain yang jauh lebih bersopan. Ada juga berkata, kasihannya artis kita yang hilang akal.

Walaupun ada yang menyokong tindakan itu, tetapi Nabil juga terus menerima kritikan terhadap tindakannya itu yang dilihat sangat sumbang dan biadab.

Ketika dihubungi, Nabil menjelaskan kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI apa yang telah berlaku.

Apa komen Nabil bila orang mengkritik perbuatan Nabil memeluk Irma?

Saya dah agak akan menjadi isu. Saya sendiri tak sangka perkara ini boleh berlaku. Seingat saya memang saya terperanjat sangat dengan kemenangan tersebut. Perkara tersebut berlaku secara spontan dan memang tidak dirancang. Tapi tidak menyesal dengan perbuatan itu.

Takkan tak rasa menyesal sedikit pun?

Saya memang tak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sayang sangat pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena.

Saya tak kisah apa orang nak cakap. Lagipun saya dah tahu mesti ada orang yang akan cakap perkara ini selepas ini. Jadi sebelum orang lain cakap-cakap belakang baik saya cakap dulu. Tapi bukan niat saya nak tunjuk kepada orang lain kemesraan kami.

Adakah Nabil akan minta maaf kerana telah mencemarkan nama seorang artis Melayu dan Islam?

Saya tidak membuat kesalahan yang besar. Kalau saya minta maaf orang akan ingat hina sangat perlakuan saya itu terhadap dia. Saya cuba ingin berkongsi perasaan seronok dengan orang keliling sahaja. Kalau peluk lelaki dengan lelaki orang akan cakap benda yang sama juga.

Bukankah ada cara lain untuk meraikan kegembiraan, kenapa berpelukan itu juga yang dipilih?

Betul, tapi semua itu berlaku dalam keadaan terkejut dan dia sendiri berada di sebelah saya. Berpeluk itu hanya sekadar ekspresi perasaan dan tak lebih daripada itu.

Saya bukan berpeluk dalam perasaan yang memberahikan. Dah siaran langsung dalam televisyen, takkan saya nak peluk dan buat hubungan kelamin pula. Saya juga boleh fikir apa kesan yang akan saya terima.

Tidakkah ini akan memberikan kesan yang buruk kepada Nabil nanti?

Saya tak boleh cakap apa-apa kalau tindakan saya itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang sehingga menjejaskan ekonomi negara. Kalau nak diikutkan banyak lagi siaran televisyen yang memaparkan adegan yang tidak sepatutnya di kaca televisyen termasuklah adegan ranjang. Itu sebenarnya lagi buruk daripada apa yang saya lakukan. Saya yakin orang Malaysia mampu berfikir dengan waras dah tidak akan membuat pengadilan yang teruk kepada saya. Bagi saya kanak-kanak akan melihat saya dari sudut yang lain. Jadi mungkin tidak timbul isu seperti yang dinyatakan.

Mungkin penonton fikir Nabil dengan Irma sudah berkahwin sebab itu berpeluk sakan. Apa sebenarnya status Nabil dan Irma sekarang?

Dia kekasih saya. Saya memang sayang sangat dengan dia. Tapi baru empat lima bulan berkawan rapat.

Bila lagi nak kahwin?

Saya rasa belum tiba masa untuk saya kahwin. Kalau boleh saya nak bina dulu kerjaya saya sehingga ke peringkat yang tertinggi. Hidup sebagai insan seni ini ada pasang dan surutnya. Kalau kita tak bersedia terimalah padahnya nanti. Lagipun saya lebih suka menyiapkan keperluan ibu dan ayah serta keluarga terlebih dahulu. Saya nak hantar mereka pergi haji dan selesaikan apa yang patut dahulu.

Adakah keluarga menerima pilihan Nabil?

Keluarga saya tak kisah dengan siapa juga pilihan saya. Mereka tak ada masalah. Memang mereka ada cakap umur macam saya ni dah boleh kahwin. Tapi duit masih tak cukuplah. Biar saya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin ni.

- UTUSAN

18 Comment:

  1. nabil....nabil...baru je jadi bintang da wat perilaku camtu...siap xnak mintak maaf lagik...xde rasa bersalah langsung...ni bukan raja lawak...libatkan agama...xpaham tol....

    BalasPadam
  2. jgn samakan dgn ekonomi dgn akidah/agama. lagi pun pompuan yg nmpk w/pun sehelai rambut pun dikira haram. inikan pula berpelukan dgn bukan muhrim.

    ops! saya bukan ahli pakar agama, just bagi pandangan.

    BalasPadam
  3. faham lah..nilai setiap org b'beza.. knapa msti menghukum..nasihatlah dengan cara yang betul.. cubalah letakkan diri anda di tempatnya
    ini hanya pndangan sy
    sy sgt x suke org yg yg suke menghukum tpi x pnah nk mbantu..

    BalasPadam
  4. masya Allah..Astaghfirullah al-azhim..
    nape la ko nabil,rs x bersalah bila berpelukan dgn bukan muhrim,klu ko dah kawin tak kisah ko nk buat ape pun kat dia..
    berdosa,haram..memang semua artis yg berperangai mcm ko tu pun semua haram bila berpelukan b4 kawin,ko faham Nabil?
    Harap Nabil,Lu Pikir La sendiri

    BalasPadam
  5. pada mY saRa, sekarang bukan masalah menghukum, tp dah sampai masalah agama. tak kan tau langsung kot selama 26tahun Nabil hidup atas muka dunia milik Allah S.W.T ini, berpeluk b4 kawin haram?

    BalasPadam
  6. biasala.kita ni buruk orang kita selalu nampak. kan?

    BalasPadam
  7. inilah dunia akhir zaman, bila hukum tuhan diadili dengan akal fikiran, menghalalkan yang haram, bila berpelukan dengan bukan muhram dah jd mm adat resam...

    BalasPadam
  8. Inilah dia perangai artis Melayu cepat lupa diri lupa agama..... soal agama jgn buat main-main ikut sedap mulut nak cakap.
    Artis Melayu memang dah jauh menyimpang daripada ajaran Islam.... fikirle..

    BalasPadam
  9. 1. bukan menghukum, tapi dah mmg hukum agama bukan muhrim kan haram berpelukan..ramai nye yg sependapat dgn nabil ? Islam hnya pd nama...

    2. bukan buruk org kita nampak,tp dah nama khalifah di bumi Tuhan , perkara yg berdosa berhak ditegur, otherwise, kita dituduh bersubahat

    3. kesimpulan, artis Melayu Malaysia mmg toksah ditegur sbb bijak sgt menjawab, bukan bijak berfikir.

    wallahu'alam

    BalasPadam
  10. ni sebab aku boikot artis malaysia....macam takde agama..
    kalau menang anugerah,kat mulut bunyi allhamdullillah,syukur kepada allah(poodah),ini semua aku percaya lakonan semata mata,munafik,hipokrik artis ni..mulut lain,perbuatan 'gerak' lain..

    BalasPadam
  11. Kalau awak tu dah jadi perhatian orang berjaga-jagalah sikit tingkah laku.kalau org tak kenal x jadi masalah.
    Tapi hakikatnya yg haram tetap haram biar apa pun alasan.
    TAKUT TUHAN

    BalasPadam
  12. nabil ooi..nie mmgla xde kaitan langsung dgn
    ekonomi negara...
    tp kalo dh nama pown negara islam, cubela berperilaku mcm org islam...
    kononnye xnk hipokritla kot...

    BalasPadam
  13. dengar tu Nabil
    ramai yang bagi nasihat ni
    lain kali jangan suka2 nak peluk anak orang
    panas2
    hehe

    BalasPadam
  14. mana boleh bersalah.. kan aku tengah terima kejutan budaya ni.. masa aku jadi mat despatch.aku tak rasa ni semua..sekarang aku terkenal.. kekasih aku lawa..sexy.. ini dunia aku sekarang..peduli apa orang lain.. nak minta maaf buat apa bukan aku sorang saja buat..orang lain pun sama.

    itu laa umat akhir zaman kita sekarang..
    taat kepada Allah tu hanya lakonan saja.. hati dah jadi itam..masyallah..

    ya Allah..selamatkan anak anak aku dari menjadi sebahagian dari mereka yg tiada perasaan malu ini.. malu kepada Mu ya Allah

    BalasPadam
  15. menyampah aku nengok artis srkg..nabil x sdr diri ni..ko syg pun kt dia..agak2 le..live siot rancangan tu..aparaa..anak aku pun tgk..artis skrg pandai ckp..komen...otak tu x bole pk ke?poyo ahh lu mamat..lu pikirlah sendiri..pondok2 konon..ewah2 konon..studio nabil konon..citt porahhh

    BalasPadam
  16. biasala.kita ni buruk orang kita selalu nampak. kan?

    Buat nurain :- hanya yang x tengok saja tak nampak yang nabil buat
    Untuk Nabil,
    Berhati-hati dijalan raya ketika menghantar surat begitulah buat masa kini berhati-hati ketika berkata-kata dan melakukan sesuatu sebab nabil dulu dan sekarang tak samaNabil dah jadi tersohor.Berhati-hati hati hati hati Nabil oii dosa tetap dosa, jangan marah kalu org bagi nasihat sepatutnya kita kena terma kasih kpd para penasihat. Yang lepas tu buat lah teladan jangan lakukan lagi.

    BalasPadam
  17. macam la korg xpna pelok awek/pakwe kot.. haha jgn hipokrit beb! aku bukan nak bekap ape..tp kekadang,yg komen2 pon ag terok dari ape yg nabil wat.. tepok dada,tny la selera..

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90