SEMAKAN PERMOHONAN & TEMPAT UJIAN MEdSI DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2009

Pemohon yang telah memohon Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2009 boleh menyemak status permohonan dan tempat Ujian MEdSI di Laman Web MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)
http://www.mpm.edu.my/medsiregter/index.php

* Sila cetak Tiket Panggilan Ujian dan bawa bersama pada hari Ujian MEdSI 18 April 2009 (Sabtu) Jam 9.00 Pagi


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MPM)

http://www.mpm.edu.my

PANDUAN UJIAN MEdSI

1. Calon boleh menyemak sama ada LAYAK atau TIDAK untuk menduduki MEdSI di laman Web www.mpm.edu.my mulai 13 April 2009.

2. Tarikh Menduduki MEdSI untuk seluruh negara adalah pada 18 April 2009.

3. NAMA TEMPAT untuk menduduki MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI ketika mengisi permohonan on-line kemasukan pelajar melalui laman web upu.mohe.gov.my

4. SEMAKAN TEMPAT menduduki juga melalui laman web MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia).

5. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

6. MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 sahaja ketika permohonan on-line.

7. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

8. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM.

9. JAWAPAN perlu diberi dalam bentuk YA atau TIDAK sahaja.

10. Ujian MEdSI hanya diadakan apabila pengambilan pelajar dibuka dan secara AUTOMATIK ujian MEdSI akan ditawarkan jika calon memohon Program Pendidikan pada pilihan 1 dan 2 bergantung kepada kelayakan calon samada memenuhi syarat program yang dipohon atau tidak.

11. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

12. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dan DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah).
Next Post Previous Post
216 Comments
  • libra_gurlz
    libra_gurlz Selasa, 2 Jun 2009 pada 4:47:00 PTG SGT

    salam..tmpg tye..saya ni lpsn stpm 2008..dan saya ada memohon ijazah pndidikan khs mlalui upu..bru2 ni saya telah mnghdiri ujian medsi alhamdulilah..seterusnya saya telah berjaya dipanggil utk temuduga di udm...disni saya ingin berty..adakah dgn mghadiri tmdga..saya akn terpilih nanti..bb sye btul2 mnt dgn kos ni..adakah pluang saya cerah...

  • lisa
    lisa Khamis, 18 Jun 2009 pada 9:05:00 PG SGT

    kpli n dpli ambilan 2010 daa kuar ker??

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 25 November 2009 pada 9:19:00 PTG SGT

    assalamualaikum..
    harap dapat bantu saya..
    saya ingin tahu tarikh permohonan menduduki ujian medsi bagi tahun 2010 bile..

  • aisyah
    aisyah Khamis, 15 April 2010 pada 3:26:00 PTG SGT

    kt mana ujian medsi tu ek? kul bpe kena g? xda tulis pn dlm semakan td...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Khamis, 15 April 2010 pada 11:57:00 PTG SGT

    Salam, en.Adha.alhamdulillah dpt jgk test medsi..sy doa semua yg dpt medsi kali ni dpt jgk utk temuduga hendaknya.insyaAllah,Amiinnn~~~

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 16 April 2010 pada 11:58:00 PTG SGT

    sy pun xdpt gak..xtau la di mane silpnye..sblum ni 2x mintk lps je g exm..kali ni lak xlps...sedih rs

    hope medsi bt cm mtest aritu...buat 2x..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 20 April 2010 pada 11:56:00 PTG SGT

    salam..msih ade lg ke blog ni?sy pnh mmberi komen pd thn semasa mndpt exam medsi..sy gagal dlm exam tersebut dan thn 2010 ni sy dipnggil utk memdudukinya sekali lg..jika ada yg bole mmberi pnpdt silalah bg tau ye...kpd en.adha..msh merajuk lg ke?biar lah ape yg mereka katakan...asl kn niat encik tu bagus..

  • silent reader
    silent reader Khamis, 13 Mei 2010 pada 3:18:00 PTG SGT

    SITTI AZIAH
    Saya nak tanya sikit nie,saya ada tolong adik saya buat semakan ujian medsi baru2 nie,tp dia tak terpilih untuk mengikuti temuduga pendidikan tue...jadi saya nak tolong dia buat erayuan lah tp masalahnya sekarang,dia ckp kat sana mklumat anda tiada dlm senarai(lebih kurang gitulah)...boleh tolong tak bagitau mcm mana nak buat rayuan agar adik saya tu dapat masuk kat u...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 20 April 2011 pada 10:12:00 PTG SGT

    bgsnya En.Adha nie byk membantu memberi tips2 untuk bakal pendidik. saya nak tahu betul ke KPLI senang nak posting atau dgn kata lain senang jadi cikgu daripada DPLI. DPLI lepas habis kursus kena menggangur dulu sebelum dpt posting?

    Sori le nak tanya EnAdha nie guru lulusan KPLI atau DPLI atau pegawai tinggi kerajaan?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 25 April 2011 pada 10:51:00 PG SGT

    Salam...
    saya nk tau bagaimana nk dptkan buku panduan ujian medsi...terbitan ape?dan siapa pengarangnya?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 27 April 2011 pada 10:16:00 PTG SGT

    Ujian medsi nie ade soalan math ke kalau pelajar tu ltk pendidikan bm dgn geo ?

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Sabtu, 16 Julai 2011 pada 10:00:00 PTG SGT

    salam...saya lepasan matrikulasi dan telah mnjalani ujian dan temuduga medsi..keputusan upu sudah keluar dan adakah keputusan upsi untuk ismp jugak dibawah upu??????atau boleh semak di laman web upsi sendiri?????-nur-

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 14 Mac 2012 pada 12:46:00 PTG SGT

    Salam,sy lepasan stpm 2011 dan baru mndpt kptsn stpm pd 7 mac yg lalu.Sy sgt brminat untuk mjdi seorg pdidik.utk makluman,sy pnah mmohon utk mgikuti kplspm sbyk 2 kali.dan kptsnnya amat mgecewakan.sy tdk mdpt tempat pun utk mghadiri t/duga.kptsn spm sy tdk jga truk.sy mperolehi 6a 2b 2c dan sy mrupakan bkas plajar aliran sains.nmun,sy tdk brpts asa dn ksungguhan utk mjd seorg pdidik masi ada dlm dri sy hingga saat ini.Syukur alhamdulilah,sy berjaya mdpt kptsn stpm cgpa4.00.dan sy bru ja mmohon upu dn memilih kos pdidikn sbg pilihan ptama sy.Sy ingin mdpt maklumat dr encik mgenai ujian medsi dn apa yg perlu sy lakukn utk mpersiapkan diri sy utk mghadiri ujian medsi yg bakal djalankan pd bulan april nti.sebarang informasi dn maklumat mgenai ujian medsi dan bdg pdidikan dr encik amat sy hargai.ini email sy Sitinorshidaida@yahoo.com.sekian,trima ksih.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 8 April 2012 pada 4:27:00 PTG SGT

    Aswt...

    Saya ada mohon utuk PISMP Ambilan Jun 2012. Sekiranya saya dipanggil utk temuduga, adakah saya akan dikehendaki mengambil apa2 peperiksaan?

    wasalam..

    Rosha Adlina Raja Rosdi

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 25 April 2012 pada 10:59:00 PTG SGT

    assalamualaikum encik. maafkan saya jika menganggu
    saya terbaca laman blog encik. untuk pengetahuan encik saya disenaraikan dalam ujian bertulis medsi. tapi apa yang merisaukan saya apabila ada satu komponen pilihan jawapan yang terdiri daripada tidak setuju, sangat tidak setuju, setuju, sangat setuju. saya keliru dengan komponen soalan ini

    saya berharap encik boleh memberikan tips untuk saya kerana saya sangat susah hati. saya memang benar-benar ingin menjadi seorang pendidik. harap dapat bantu saya. terima kasih

  • Unknown
    Unknown Sabtu, 16 Mei 2015 pada 5:34:00 PTG SGT

    Salam,
    Saya mahu tanya sesuatu mengenai medsi test. Kepada yang tidak berjaya mendapat medsi test untuk bulam mei 2015.... bolehkah mereka membuat rayuan untuk mengambil medsi lagi? Saya diberitahu bahawa boleh membuat rayuan untuk the next batch tetapi saya tidak berapa faham bagaimana dan caranya jika ada...

Add Comment
comment url