Top Ad 728x90

,

Sup belut & haruan di Bangsar

Sungguh mudah mencari makanan Barat dan restoran mamak di sekitar Bangsar, namun apabila tekak terasa ingin menikmati masakan Melayu, kita akan tercari-cari kerana kurangnya restoran yang menyediakan hidangan itu.

Menyedari hakikat itu, dua anak muda mengusahakan Restoran D’Telawi Village sejak awal tahun ini bagi memberi pilihan kepada penduduk dan pekerja Melayu di Bangsar.


Muhamad Suhaili Joli, 30, dan Amir Hasanudin Abdul Latip, 28, mengenengahkan kelainan hidangan menerusi makanan eksotik, sup belut dan sup haruan yang direncah dengan ramuan tersendiri.

Percubaan itu ternyata berjaya apabila menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang bukan saja dari sekitar Bangsar, malah sekitar Lembah Klang, Klang dan Banting.

Belut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengatasi masalah kurang darah merah dan penyakit lelah, manakala haruan pula baik untuk menyembuhkan luka pembedahan atau wanita ketika berpantang selepas melahirkan anak.

Belut dan haruan yang menjadi sajian istimewa di restoran itu bukan yang dipelihara, sebaliknya bekalan dari sawah. Dalam sehari, lima hingga enam belut dimasak bagi memenuhi pesanan pelanggan. Selain dimasak sup, belut boleh dimasak paprik, goreng kunyit dan masak pedas manakala haruan boleh dikukus.

Menurut Suhaili, mereka mendapat idea menghasilkan sup belut dan haruan bagi membantu suami yang perlu menyediakan makanan itu untuk isteri yang baru bersalin atau mereka yang baru menjalani pembedahan.

“Ada suami tidak tahu cara memasak makanan itu. Sudah tentu dengan adanya menu ini di D’ Telawi Village akan memudahkan mereka menyediakan hidangan berkenaan untuk isteri.

“Sup belut dan haruan, jika tidak betul cara rebusan atau memasaknya, akan berbau hanyir dan menyebabkan pelanggan tidak lalu makan, tetapi kami jamin masakan kami tidak hanyir,” katanya.

Menurutnya, belut dan haruan liar itu terjamin kesegarannya kerana apabila ada pelanggan ingin membuat pesanan, baru ia diambil dari akuarium untuk dimasak.

D’Telawi Village dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 malam setiap hari. Restoran itu menyediakan sarapan pagi, tengah hari, petang dan malam.

Sajian tengah hari ialah nasi campur iaitu masakan Melayu, masakan panas ala Thai, sajian Barat, ikan bakar, ayam kampung goreng, buah-buahan dan rojak.

Untuk makan petang, pelanggan boleh memesan mi kari, mi rebus, mi sup, laksa, soto ayam, bubur, pisang goreng dan cempedak goreng, manakala untuk makan malam, masakan panas ala Thaliand, char kuetiau, nasi lemak istimewa (ayam rempah/rendang) dan makanan Barat disediakan.

Selain itu, Tom Yam Pok Tek atau dalam bahasa Melayu, Tom Yam Perahu Pecah adalah menu kesukaan ramai. Antara ramuan ialah makanan laut seperti ketam, udang dan sotong yang dibumbu dengan isi ikan siakap sebagai perencah.

Makanan yang turut digemari ramai ialah ikan pari, ikan siakap masak tiga rasa, sup ayam kampung, nasi goreng Telawi istimewa mengandungi telur dadar dan ayam yang digoreng dengan kayu manis.

Minuman yang popular di D’Telawi Village ialah ‘air botol bodoh’ yang mempunyai perisa oren, ais krim soda dan sarsi yang mengimbas nostalgia lama.

“Seingat saya, ketika 1980-an, harganya 30 sen. Bagaimanapun, di sini, ia kini dijual RM2 sebotol,” katanya.

Jus timun sama ada dibubuh susu atau ‘O’ baik untuk kesihatan iaitu menyejukkan dan dan dipercayai dapat mengurangkan kolesterol.

D’Telawi Village juga menyediakan khidmat penghantaran makanan secara percuma sekitar Bangsar.

- HARIAN METRO

2 Comment:

  1. Saya memang suka sup belut dan haruan. Kalau balik Kedah memang senang dapat belut dan haruan. Perghhhh terangkat

    BalasPadam
  2. Sy liyana, bolekah sy dapat kan alamat penuh sup haruan yg tertera di atas?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90