Virus serang Internet sempena April Fool

Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Wednesday, April 1, 2009

Para pemilik komputer disaran supaya berwaspada berikutan virus Conficker dipercayai akan menyerang Internet hari ini bersempena 'hari penipuan' atau April Fool, lapor sebuah akhbar semalam.

Virus yang sudah menjangkiti lebih 10 buah komputer di seluruh dunia itu dibimbangi boleh melumpuhkan sistem jaringan Internet.

Pakar-pakar memberi amaran virus itu boleh digunakan untuk mencari dan mencuri nombor dan kata laluan kad kredit atau melumpuhkan laman web seperti Google.

"Komputer-komputer yang dijangkiti Conficker akan menjadi rangkaian komputer zombie dan boleh digunakan untuk menghantar e-mel atau menyerang laman web lain," kata seorang pegawai di firma keselamatan Internet Sophos, Graham Cluley.

Pengeluar perisian komputer terbesar di dunia, Microsoft sudah menawarkan perisian percuma untuk memusnahkan virus itu.

- AGENSI

Sementara itu, Pusat keselamatan siber khas negara, CyberSecurity Malaysia memberi amaran serangan cecacing terbaru yang dijangka melanda pengguna komputer Malaysia hari ini dengan kodnya, Conficker.C.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt Kol Husin Jazri, serangan cecacing dari kategori 'malware' itu diprogramkan untuk berhubung dengan alamat 'domain' pengguna yang mampu berjangkit sekiranya komputer tidak diperbaharui dengan anti-virus terkini.

"Situasi masih dalam kawalan dan kami sudah menjalin kerjasama dengan pendaftar domain .my serta rakan kongsi antarabangsa lain bagi menyekat virus Conficker.C ini," kata Husin.

Sementara itu, jurucakap vendor perisian keselamatan, Trend Micro Inc, memaklumkan jangkitan Conficker.C atau dikenali Worm_downad ini mampu merebak ke lebih 15 juta komputer seluruh dunia dengan paten bermula 5.885.00.

Oleh itu, Trend Micro menasihatkan pengguna agar mengikut beberapa langkah keselamatan termasuk menetapkan laman web ke 'Web Reputation Service', memastikan definisi virus diperbaharui dan melaksanakan imbasan sistem secara penuh bagi mengelak jangkitan.

Sekiranya pengguna ingin memaklumkan sebarang virus, anda boleh melayari laman web Cybersecurity Malaysia atau menghantar e-mel ke cyber999@cybersecurity.my

{ 1 comments... read them below or add one }

SABAHKITA said...

Thank you for the info.

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




 

KATEGORI

Artis (286) Astronomi (79) Berita (1900) Bolasepak (114) DPLI (39) Dunia (855) Ekonomi (789) Gempar (206) Hiburan (486) Islam (2233) Isu Semasa (114) Jawatan Kosong (1495) Keluarga (270) Kerjaya (1804) Kesihatan (978) Kewangan (356) Komentar (155) KPLI (91) KPLSPM (27) Mistik (49) Motivasi (620) Pendidikan (1117) Pentadbiran (219) Personaliti (223) Politik (1693) Sastera (77) Sejarah (208) Soal Jawab (88) Teknologi (767) Temuramah (19) Umum (946) Undang-Undang (225)

BLOG TERKINI