Top Ad 728x90

KALENDAR & PERISTIWA PENTING BULAN MEI 2009

by
KALENDAR & PERISTIWA PENTING BULAN MEI 2009

1 MEI 2009 : Hari Pekerja ------
1 MEI 2009 : Semakan Status Kemasukan ke IPTA (Lepasan SPM) ------
1 - 2 MEI 2009 : Karnival SuaRasa TV9 di Kota Bharu, Kelantan ------
5 - 22 MEI 2009 : Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Jun 2009 ------
6 - 10 MEI 2009 : Ekspo Perdagangan Barangan Buatan Malaysia di Persada Johor, Johor Bahru ------
8 - 9 MEI 2009 : Cub Prix Malaysia AAM Petronas di Kuala Terengganu ------
9 MEI 2009 : Hari Wesak ------
11 MEI 2009 : Semakan Temuduga Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Julai 2009 ------
12 - 14 MEI 2009 : Temuduga Terbuka Jawatan Kontrak di Kementerian Pelajaran (KPM) di SMK Presint 18, Putrajaya ------
15 MEI 2009 : Hari Belia Negara ------
15 - 17 MEI 2009 : Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2009 di PWTC Kuala Lumpur ------
16 MEI 2009 : Sambutan Hari Guru (Peringkat Kebangsaan) di Kuala Terengganu ------
17 MEI 2009 : Hari Keputeraan Raja Perlis ------ 17 MEI 2009 : Perlawanan Akhir Badminton Piala Sudirman ------
20 MEI 2009 : Semakan Temuduga bagi Calon Rayuan KPLSPM Julai 2009 ------
21 MEI 2009 : Semakan Temuduga bagi Calon Rayuan KPLI Jun 2009 ------
22 - 23 MEI 2009 : Karnival Pengajian Tinggi di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) ------
27 MEI 2009 : Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) ------
30 - 31 MEI 2009 : Karnival JomHeboh di Teluk Danga, Johor Bahru

Statistik pendengar radio

by
Apabila kaji selidik Nielsen Media Research mengenai rating stesen radio dikeluarkan, beberapa stesen bangga dengan peningkatan jumlah pendengarnya.

Walaupun masih tidak mampu untuk menduduki tangga pertama namun setiap satu peningkatan adalah satu kejayaan peribadi kepada sesebuah stesen.

Misalnya stesen radio Suria FM yang diketuai Ketua Pegawai Operasinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang berjaya meningkatkan jumlah pendengar lebih 200,000 iaitu daripada 569,000 ke 747,000 pendengar.

Begitu juga dengan stesen retro, Sinar FM yang sememangnya boleh berbangga apabila berjaya melonjakkan diri ke tangga kedua berbanding sebelum ini dan seterusnya menewaskan kedudukan stesen radio popular, Hot FM.

Pun begitu, radio Era terus berada dalam kelasnya sendiri kerana biarpun terdapat penguncupan jumlah pendengar namun mereka masih berada di kedudukan paling atas - sebagai stesen radio nombor satu negara!

Buat kali ke-19, Era terus berada di puncak. Tahniah buat Era walaupun jumlah pendengar mereka berkurangan 0.5 juta daripada 4.5 juta kepada empat juta pendengar.

Namun ada stesen swasta mendakwa mereka nombor satu. Walaupun kedudukan nombor satu itu adalah bagi sesetengah segmen yang dikendalikan stesen radio masing-masing.

Hot FM awal-awal lagi dah buat kenyataan bahawa mereka masih nombor satu. Sebab kekal bagi kali kedua sebagai stesen radio bagi kategori pendengar di bawah lingkungan umur 35 tahun dan terus mendominasi pendengar urban.

Bukan itu sahaja, segmen pagi AM Krew yang dikendalikan penyampai Faizal Ismail dan Fara Fauzana juga sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan sebagai nombor satu bagi rancangan pagi di negara ini.

Pun begitu, hakikatnya, secara keseluruhan kedudukan mereka jatuh ke tangga ketiga dengan jumlah pendengar menguncup 0.6 juta iaitu daripada 4.3 juta pendengar, jatuh ke angka 3.78 juta.

Malah rasanya Hot FM perlu melakukan sesuatu bagi menjamin semula nama serta melonjakkan kembali kedudukan mereka.

Ini kerana segmen Sinar Pagi yang dikendalikan Krill, KE dan SY makin hari makin digemari dan menjadi rancangan pagi ke-2 popular di negara ini dengan perbezaan jumlah pendengar yang amat dekat iaitu kurang 67,000 pendengar berbanding AM Krew.

Dan mengikut catatan rekod pengukuran pendengar radio yang dibuat, program Sinar Pagi itu kini mempunyai dua juta pengikut, bertambah hampir 384,000 orang berbanding kajian sebelum ini.

Secara keseluruhannya, Sinar FM kini mempunyai 3.8 juta pendengar berbanding sebelum ini, 3.3 juta dengan jumlah peningkatan hampir 500,000 pendengar.

Menariknya, Wanda dapat tahu bahawa pada setiap segmen di Sinar FM turut menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.

Mungkinkah penurunan jumlah pendengar di kedua-dua stesen radio popular Era dan Hot FM gara-gara ramai yang beralih ke Sinar FM?

Kerana selain celoteh trio Sinar Pagi yang dinantikan, kemasukan Linda Onn ke stesen retro itu mungkin menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan jumlah pendengar mereka.

Perlu diingat, Linda Onn mempunyai pengaruh yang kuat ke atas pendengar radio. Peminat setia Linda Onn bukan seorang dua.

Wanda percaya, ia telah memberikan satu kesan positif kepada rating stesen itu.

- UTUSAN

Kanser lidah

by
LIDAH adalah salah satu organ deria manusia. Ia mengandungi tunas-tunas rasa yang membolehkan kita merasa makanan dan seterusnya memberikan kualiti hidup lebih baik.

Betapa ramai manusia telah kehilangan nikmat merasa ini baik akibat kerosakan tunas-tunas rasa, masalah ketumbuhan pada lidah, kecederaan akibat kemalangan jalan raya mahupun gangguan pada saraf yang bertanggungjawab menerima rangsangan sensori daripada apa yang kita makan.

Selain untuk merasa, lidah juga berfungsi untuk mengawal atau mengaturletakkan bolus makanan yang terdapat dalam rongga mulut kita.

Misalnya, sewaktu kita makan, makanan setelah dilumatkan akan dibentuk menjadi suatu gumpalan.

Bolus makanan ini akan ditolakkan ke belakang dengan menggunakan lidah bagi memulakan proses menelan.

Lidah yang mempunyai struktur normal dan berfungsi dengan baik juga akan membantu proses percakapan atau artikulasi bunyi-bunyi yang dikeluarkan dari peti suara.

Gangguan padanya akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menuturkan bunyi atau perkataan yang dapat difahami oleh rakan yang mendengar. Begitu besarnya nikmat anugerah lidah ini kepada manusia.

Kanser lidah

Kanser lidah adalah sejenis penyakit yang bukannya jarang berlaku dalam praktis otorinolaringologi.

Golongan yang berusia antara 50 hingga 70 tahun kerap ditemui menghidapi kanser lidah.

Suatu masa dahulu ia kerap terjadi pada golongan lelaki, mungkin disebabkan kaitan dengan tabiat merokok dan pengambilan alkohol.

Walau bagaimanapun, tidak kurang kesnya dijumpai di kalangan wanita atau pesakit yang berusia lebih muda. Data terkini juga menunjukkan wanita mempunyai kekerapan yang hampir sama dengan lelaki menghidap kanser lidah.

Faktor Penyebab

Disebabkan lidah adalah komponen utama yang terdapat dalam rongga mulut, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kanser lidah juga ada persamaan dengan punca yang dikaitkan dengan kanser lain seperti bibir, pipi, lelangit, gusi dan lantai mulut.

1. Merokok - Kejadian kanser rongga mulut secara amnya meningkat sebanyak lebih daripada enam kali ganda dalam kalangan perokok jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Selain itu, merokok juga sememangnya dikenalpasti menjadi faktor utama kes-kes kanser peti suara, paru-paru dan banyak lagi organ lain di dalam badan. Ia adalah faktor yang boleh dicegah sekiranya kita menjauhi tabiat buruk ini.

2. Alkohol - Selepas rokok, pengambilan alkohol adalah antara faktor boleh ubah yang dikenalpasti meningkatkan risiko mendapat kanser rongga mulut sebanyak enam kali ganda. Kombinasi antara merokok dan mengambil alkohol akan memberikan kesan sinergi yang menambahkan lagi kemungkinan mendapat kanser.

3. Mengunyah tembakau - Amalan ini menjadi kelaziman bagi sesetengah etnik atau bangsa yang mana tembakau, sama ada yang asli atau ditambah dengan perisa dikunyah dan dikemam di dalam bahagian rongga mulut.

4. Masalah gigi - Penjagaan gigi yang tidak bersih, wujudnya bahagian gigi yang tajam serta gigi palsu yang tidak dipadankan dengan baik akan menyebabkan iritasi berterusan dan berpanjangan terhadap struktur-struktur di sekitarnya termasuklah lidah. Umpamanya, lidah yang selalu tercedera baik akibat gigi yang tajam atau gigi palsu yang tidak sesuai mungkin meningkatkan risiko ketumbuhan yang berbahaya.

5. Faktor lain - Masalah malnutrisi seperti diet yang kekurangan sesetengah vitamin adalah antara kebarangkalian yang dikaji boleh meningkatkan risiko kanser. Selain itu, anemia kekurangan zat besi seperti dalam kes Sindrom Plummer-Vinson juga dikaitkan dengan kejadian kanser rongga mulut dan hipofarinks.

Kanser lidah juga boleh muncul daripada kesan keadaan leukoplakia pada lidah, ulser yang kronik atau keadaan pramalignan lidah yang lain. Kebanyakan keadaan pra-malignan yang terdapat pada lidah juga disebabkan oleh faktor yang sama, iaitu merokok.

Lokasi dan perebakan

Majoriti kanser lidah ialah dari jenis karsinoma sel skuama, yang merupakan jenis kanser yang paling kerap menyerang mana-mana lokasi dalam bahagian kepala dan leher.

Pada lidah itu sendiri, bahagian yang paling kerap ialah pada bahagian tepi kanan dan kiri lidah (85 peratus).

Kadang-kala ia boleh ditemui di hujung paling hadapan (tip) atau permukaan atas (dorsum) serta permukaan bawah lidah (ventral).

Lidah adalah antara organ yang cepat merebak jika kanser bermula darinya. Penyebaran boleh berlaku ke lapisan otot yang merupakan komponen utama lidah itu sendiri, juga tidak kurang penyebarannya melibatkan struktur di sebelahnya seperti lantai mulut, gusi dan tulang rahang bawah.

Disebabkan lidah adalah suatu struktur di tengah rongga mulut, ia boleh dan mudah merebakkan sel kanser ke kelenjar-kelenjar limfa di leher, baik sebelah sahaja atau kedua-dua belah leher.

Tanda dan gejala

Pesakit yang menghidapi kanser lidah biasanya datang berjumpa doktor dengan tanda seperti ketumbuhan atau bonjolan pada permukaan lidah, ulser atau luka pada lidah yang berpanjangan tempohnya atau rasa keras seperti ketulan yang berada di bawah permukaan lidah.

Apabila ketumbuhan semakin membesar, gejala seperti sakit, sukar menelan, sakit telinga dan bau nafas yang kurang menyenangkan akan timbul.

Pergerakan lidah juga mungkin terbatas disebabkan oleh sebahagian daripada ketumbuhan tersebut telah merebak ke lantai mulut dan menyebabkan ia menjadi melekat.

Kerosakan otot lidah akibat pencerobohan sel-sel kanser juga menyebabkan lidah tidak dapat digerakkan dengan baik. Bengkak kelenjar leher pula menandakan kanser telahpun merebak.

Rawatan

Rawatan untuk penyakit kanser lidah amat bergantung kepada tahap kanser itu sendiri dan ia mungkin tidak sama antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

Secara prinsipnya, kanser yang dikesan dan dirawat di peringkat awal mempunyai prognosis yang jauh lebih baik dengan rawatan yang akan diberikan kepada pesakit.

Setelah mengambil contoh tisu kanser tersebut melalui biopsi tisu, penyiasatan radiologi seperti imbasan CT atau MRI diperlukan untuk menilai dan menentukan peringkat kanser tersebut.

Ini penting kerana tahap yang berbeza mempunyai pendekatan dan hasil yang berbeza selepas rawatan. Ujian-ujian tambahan juga mungkin diperlukan bergantung kepada bentuk rawatan yang akan dijalankan.

Sesi kaunseling dan penerangan berkenaan penyakit dan pilihan rawatan akan diberikan kepada pesakit sebelum langkah berikutnya diambil.

Adalah penting bagi seseorang pesakit memahami akan keadaan semasa dan apa yang sepatutnya dijangkakan atau diharapkan setelah tamat rawatan nanti.

Kanser pada peringkat awal boleh dirawat dengan pembedahan membuang ketumbuhan tersebut. Kaedah meletakkan implan yang mengeluarkan radiasi (interstitial radiotherapy) juga diaplikasikan bagi sesetengah pesakit yang bersesuaian.

Kanser yang agak besar saiznya pula mungkin memerlukan pembedahan yang lebih besar terhadap lidah dan leher.

Biasanya bagi pembedahan yang agak besar, akan disusuli proses rekonstruktif iaitu membaikpulih struktur yang tertinggal dengan kaedah-kaedah yang sesuai (biasanya dilakukan oleh pakar bedah plastik dan rekonstruktif).

Selain itu, rawatan kemoterapi, radioterapi atau kombinasi yang sesuai dengan keadaan tahap pesakit mungkin diperlukan bagi memastikan keseluruhan sel-sel kanser itu dihapuskan dari badan pesakit.

- UTUSAN

Jangan buta sejarah kerana kepentingan politik

by
Ternyata sekali selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, isu-isu berkaitan dengan perkauman seolah-olah menjadi bahan paling laris bagi sesetengah pemimpin politik untuk menjajanya.

Bermula dengan sokongan kepada pertubuhan haram Hindraf, kini ia 'merebak' pula kepada isu menuntut kerajaan membenarkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke tanah air.

Isu kepulangan bekas ketua pengganas itu pada mula hanya dibangkitkan oleh seorang pemimpin Parti Gerakan (salah satu komponen dalam Barisan Nasional) tetapi apabila ia dilihat mampu memberikan keuntungan politik maka parti-parti pembangkang pula menyokong saranan berkenaan.

Ternyata sekali, sokongan dan gesaan yang dibuat bukanlah atas dasar kemanusiaan tetapi disebabkan ada agenda politik tersembunyi. Justeru keputusan kerajaan menolak gesaan sebegitu adalah amat tepat. Puak-puak yang menyokong kepulangan Chin Peng ini hakikatnya sengaja meletakkan diri mereka untuk dianggap sebagai kelompok yang buta sejarah. Chin Peng adalah pengganas dan pernah mengepalai sekumpulan manusia melakukan pembunuhan dengan sewenang-wenangnya ke atas anggota keselamatan dan rakyat negara ini semata-mata untuk menegakkan perjuangan komunisnya.

Oleh itu, apakah dosa-dosa tersebut harus dilupakan begitu sahaja hanya semata-mata kerana berpendapat dia sudah uzur dan mahu mengakhiri riwayatnya di negara ini? Bagaimana dengan pembunuhan yang dilakukan olehnya sama ada secara langsung atau melalui arahan kepada pengikut-pengikutnya ketika zaman darurat dahulu.

Ingatlah Chin Peng adalah pengganas kejam yang membunuh ribuan rakyat negara ini, malah tanpa belas ihsan menyerang setiap sudut anggota keselamatan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru mengapakah dengan mudah kekejamannya hendak dimaafkan begitu sahaja?

Dalam isu Chin Peng, soal kemanusiaan tidak harus sama sekali menjadi pertimbangan kerana dia sendiri suatu ketika dulu tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan akibat taksub kepada perjuangan komunis. Justeru janganlah mengeluarkan hujah dangkal dengan mengatakan kerajaan boleh membenarkan Chin Peng pulang dengan syarat kerajaan memastikan dia sudah meninggalkan doktrin komunisnya.

Pembunuhan

Kalau itulah hujahnya, bagaimana jika sesiapa juga yang melakukan pembunuhan dan kini berada dalam penjara atau menanti hukuman mati boleh dibebaskan dengan syarat mereka ditanya, apakah mereka mahu membunuh lagi atau tidak?

Mungkin pihak-pihak terlibat menganggap ia suatu perbandingan tidak wajar tetapi apa istimewanya Chin Peng, bukankah dia juga adalah seorang pembunuh dan sudah banyak membawa kesengsaraan kepada negara ini. Memang benar Chin Peng uzur dan sakit tetapi sekurang-kurangnya dia masih insan yang tidak cacat anggota badannya. Ini berbeza dengan ribuan anggota tentera yang kini masih hidup tetapi mengalami kecacatan sepanjang hayat akibat jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis dari Padang Besar hinggalah ke Tanah Merah, Kelantan.

Adakah ketika Chin Peng melakukan semua kekejaman berkenaan dia terfikir bahawa suatu hari kelak dia akan merempat dan mengemis untuk kembali ke tanah air bernama Malaysia ini? Kenapa Chin Peng perlu dilepaskan daripada segala perbuatan kejamnya?

Justeru kepada puak-puak yang masih mahu memperjuangkan Chin Peng ingatlah bahawa bekas ketua pengganas itu tidak mempunyai sekelumit pun jasa kepada negara ini. Daripada puak-puak yang buta sejarah itu memperjuangkan nasib Chin Peng adalah lebih baik jika mereka berusaha menggesa kerajaan mempertingkatkan lagi bantuan kepada bekas-bekas anggota tentera dan keluarga yang menjadi mangsa akibat kekejaman komunis.

Kalaupun hendak mencari keuntungan politik ia bukanlah melalui cara hendak memperjuangkan nasib seorang bekas ketua pengganas, banyak lagi insan-insan lain yang harus dibela. Kenapa perlu bercakap soal kepulangan Chin Peng sedangkan terdapat banyak lagi isu lain yang perlu diperjuangkan bagi memastikan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup aman dan damai.

Percayalah, mungkin ada segelintir sahaja yang menyokong gesaan untuk membenarkan Chin Peng kembali tetapi terdapat jutaan lagi rakyat Malaysia menentang keras langkah tersebut. Puak yang menyokong itu adalah terdiri daripada mereka yang bukan sahaja buta sejarah tetapi berfahaman liberalisme, mereka tidak tahu apa itu komunis.

Apa pun, dalam memperkatakan soal ini, ia jelas membuktikan isu-isu berkaitan perkauman semakin mendapat tempat di kalangan parti-parti politik tidak kira daripada kerajaan mahupun pembangkang. Masing-masing berpendapat kononnya hanya melalui isu tersebut sahaja mereka akan mendapat sokongan politik.

Lebih memualkan, dalam menghalalkan tindakan mereka, puak-puak itu menggunakan slogan Satu Malaysia sebagai asas, seolah-olah melalui pendekatan terbaru kerajaan itu segala-galanya harus dibenarkan untuk semua kaum, termasuklah juga membenarkan Chin Peng pulang. Akibat kedangkalan pemikiran pemimpin-pemimpin politik seperti itulah yang menyebabkan dari semasa ke semasa wujud pelbagai pihak yang cuba menjadi wira kepada kaum tertentu. Perkara seumpama ini jika dibiarkan ia akan menjadi virus yang boleh menghancurkan perpaduan kaum di negara ini. Isu Chin Peng hanyalah salah satu daripada keberanian tidak bertempat sesetengah ahli politik dalam membangkitkan perkara berkaitan dengan perkauman. Sebelum ini sudah banyak isu termasuklah yang melibatkan kepentingan orang Melayu disentuh.

Kelompok yang membangkitkan isu berkaitan perkauman itu berbuat demikian kerana mereka sudah tidak ada lagi perasaan untuk menjaga sensitiviti mana-mana kaum terutamanya orang Melayu. Apatah lagi mereka melihat ada sahaja pemimpin Melayu yang atas dasar kepentingan politik sempit sanggup menyokong apa yang mereka lakukan. Kesudahannya, isu-isu perkauman terus dimainkan seolah-olah ia bukanlah isu yang sensitif. Dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang maka semua pihak terutamanya dalam parti kerajaan harus patuh kepada pendirian itu. Mereka tidak perlu membangkitkan lagi isu-isu sensitif seumpama itu hanya semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan sesebuah parti.

Fahamilah kekejaman komunis dan belajar memahami sejarah, jangan jadi kelompok yang sengaja memadamkan sejarah semata-mata kerana kepentingan politik kepartian.

- UTUSAN

Chelsea Juara Piala FA

by

Pemain Chelsea memberi hadiah perpisahan bermakna buat pengurus sementara, Guus Hiddink selepas menjuarai Piala FA dengan mengalahkan Everton 1-0 di Stadium Wembley, semalam.

Walaupun tersentak dengan jaringan pembukaan Everton ketika perlawanan baru berlangsung seawal 25 saat menerusi Louis Saha, Chelsea tidak cepat melatah dengan jaringan penyamaan melalui Didier Droba pada minit ke-21, sebelum Frank Lampard menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.

Kali terakhir Chelsea menjulang Piala FA ialah dua tahun lalu ketika menewaskan Manchester United 1-0 dan ini merupakan kejuaraan kelima mereka selepas pernah menjuarainya pada 1970, 1997, 2000 dan 2007.

Kemenangan itu akan menjadi lebih bermakna jika pengadil perlawanan mengesahkan jaringan Florent Malouda pada minit ke-78.

Pemain sayap Perancis itu melakukan rembatan dari jarak 30 meter menyaksikan bola terkena palang dan melantun ke bawah melepasi garisan tetapi ia agak sukar buat pengadil mengesahkan jaringan tersebut kecuali melalui ulang tayang di televisyen.

Kedua pasukan hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Everton yang terus melancar serangan sebaik sepak mula menyaksikan Steven Pienaar berada dalam keadaan ofsaid apabila bola menuju ke arahnya di bahagian sayap kiri, bagaimanapun pengadil meneruskan permainan membolehkan pemain Afrika Selatan itu melakukan hantaran lintang.

Pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel menanduk bola tersebut keluar tetapi menuju ke arah Marouane Fellaini yang menanduk ke arah Saha sebelum penyerang Perancis itu merambat masuk menewaskan Petr Cech.

Ia merupakan jaringan terpantas sepanjang kejohanan tersebut diadakan sejak tahun 1871-72.

– Agensi

Remaja Iraq pintar matematik

by
Seorang remaja Iraq berusia 16 tahun yang kini menetap di Sweden berjaya menyelesaikan satu masalah matematik yang menjadi kebuntuan pakar selama lebih 300 tahun, lapor media Sweden.

Menurut akhbar harian Dagens Nyheter, dalam masa empat bulan, Mohamed Altoumaimi berjaya menemui formula untuk menjelaskan dan memudahkan turutan kiraan yang dipanggil Bernoulli, yang dinamakan sempena seorang pakar matematik Sweden, Jacob Bernoulli selepas kurun ke-17.

Mohamed yang berhijrah ke Sweden enam tahun lalu berkata, guru-guru di sekolah tingginya di Falun, tengah Sweden, pada mulanya tidak yakin dengan penemuan tersebut.

''Apabila saya mula-mula tunjukkan penemuan itu kepada guru-guru, tiada satu pun dari mereka percaya formula yang saya tulis itu boleh menyelesaikan masalah matematik tersebut,'' kata remaja itu seperti yang dipetik akhbar Falu Kuriren.

Mohamed kemudian berhubung dengan profesor di Universiti Uppsala, sebuah institusi terkemuka Sweden bagi memeriksa formula yang ditemuinya.

Selepas merujuk buku notanya, profesor-profesor mendapati formula tersebut benar-benar betul dan mereka menawarkannya belajar di universiti berkenaan.

Bagaimanapun, Mohamed menolak tawaran itu kerana dia mahu menumpukan kepada persekolahan dan merancang untuk mengikuti kelas matematik lanjutan serta fizik semasa cuti musim panas tahun ini.

''Saya mahu menjadi penyelidik dalam bidang fizik atau matematik, saya amat meminati dua subjek itu.

''Tapi saya perlu perbaiki mata pelajaran bahasa Inggeris dan sains sosial,'' katanya kepada Falu Kuriren.

- AFP

Tidak terhad bidang akademik

by
Keputusan kerajaan mengehadkan pengambilan tidak lebih 10 mata pelajaran di kalangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan adalah hasil kajian mendalam pelbagai pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu menunjukkan fokus tidak harus terhad kepada bidang akademik semata-mata sebaliknya penekanan yang sama perlu diberikan terhadap perkara lain.

Bagaimanapun katanya, pihak kementerian sedia mendengar apa jua cadangan serta pandangan daripada pihak luar antaranya parti-parti politik berhubung keputusan kerajaan itu.

''Kita sedia mendengar cadangan dan pandangan mereka mengenai perkara ini. Pintu perbincangan masih terbuka. Tidak kira sama ada pihak MCA atau MIC masing-masing boleh memberikan cadangan dan pandangan.

''Namun begitu seperti yang dinyatakan, kajian pihak kementerian merasakan penekanan tidak harus diberi kepada akademik sahaja tetapi ada beberapa perkara lain yang juga perlu diberi tumpuan yang sama,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Karnival Victoria Institution di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang membantah pelaksanaan mengehadkan 10 subjek dalam peperiksaan SPM mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom dalam sebuah akhbar tempatan hari ini pula menyatakan bilangan subjek teras SPM akan dikurangkan kepada tiga atau empat berbanding enam subjek selaras dengan keputusan terbaru kerajaan itu.

Muhyiddin berkata, langkah tersebut juga akan memudahkan pihak kementerian memastikan subjek-subjek teras diberi tumpuan sepenuhnya oleh pelajar.

''Mereka diwajib mengambil subjek teras tetapi dalam masa yang sama mereka boleh mengambil subjek-subjek elektif tetapi tidak boleh lebih 10 subjek,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kementerian mahu pelajar yang dilahirkan serba boleh iaitu bukan setakat bijak dalam akademik tetapi mampu menguasai kemahiran lain terutama berkaitan aktiviti kemasyarakatan.

''Seperti yang dinyatakan sebelum ini, daripada 500,000 pelajar SPM jumlah mereka yang mengambil lebih 10 subjek hanya 10 peratus dan ini juga merupakan salah satu faktor yang diambil kira oleh pihak kementerian,'' katanya.

Sementara itu beliau berkata, proses pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk penentuan calon yang layak dibuat secara telus.

- UTUSAN

Pelajar dirogol ditemui mati di Sabah

by
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dipercayai menjadi mangsa rogol ditemui mati di dalam satu kawasan semak di Batu 17 1/2 dekat Kampung Gum-Gum, di Sandakan semalam.

Mangsa, Salanawati Sadarudin, ditemui oleh ahli keluarganya sendiri kira-kira pukul 6 petang dalam keadaan separuh bogel dan masih berpakaian sekolah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Isa berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa kesan lebam di leher mangsa.

Menurutnya, mangsa sebelum itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 27 Mei lalu selepas didapati tidak pulang ke rumahnya pada hari sama.

"Keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada 28 Mei lalu sebelum mayat mangsa dijumpai semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

Beliau memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Rosli berkata, pada masa ini pihak polis sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes itu.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya menghubungi balai polis berhampiran.

- UTUSAN

Syanie selamat dibedah

by
Pelakon, Syanie, 35, yang menjalani pembedahan pintasan perut (gastric bypass) bagi memendekkan usus besarnya Khamis lalu kini berada dalam keadaan selamat dan stabil.

Malah apa yang menggembirakan pelakon tersebut ialah pembedahan selama lima jam itu berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.

Menurut Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, dia mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu selepas dinasihati doktornya.

Apatah lagi, dengan berat badannya yang semakin meningkat itu boleh menjerumus dirinya untuk menghidap penyakit kronik seperti lemah jantung dan penyakit lain.

"Doktor tidak menggalakkan saya berdiet kerana risiko untuk berat badan bertambah lebih daripada yang asal adalah tinggi.

"Saya pernah berdiet untuk menurunkan berat badan dan berjaya turun sehingga 50 kilogram. Namun ia tidak kekal lama kerana kemudian berat badan saya naik kembali sehingga 70 kilogram.

"Oleh itu, dia mencadangkan agar saya menjalani pembedahan ini untuk menurunkan berat badan saya sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat," ujarnya ketika ditemui yang sedang berehat di Hospital Pakar Damansara di sini hari ini.

Menurut Syanie yang ditemani ibunya yang juga penerbit filem dan drama, Ruhani Abdul Rahman, dia sedar akan risiko tinggi yang perlu ditempuhinya menerusi pembedahan itu.

"Doktor juga memberitahu saya tentang peluang untuk usus mengalami kebocoran itu tetap ada sekiranya ia tidak mampu bertahan dan perlu menjalani pembedahan kedua.

"Tetapi syukur Alhamdulillah kerana semuanya dalam keadaan yang baik," katanya dalam nada gembira.

Dalam pada itu, Syanie tidak mahu ada pihak yang menyalahertikan pembedahan yang dilakukannya itu kerana apa yang dilakukannya bukanlah untuk kecantikan semata-mata tetapi lebih kepada menjaga kesihatannya.

Selepas pembedahan, Syanie dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama dua hari sebelum dipindahkan ke wad biasa.

Jika keadaan kesihatannya mengizinkan dan berada dalam tahap yang baik, dia dibenarkan pulang dalam tempoh seminggu lagi.

Namun atas arahan doktor, dia perlu berehat selama dua bulan sebelum mampu melakukan kerja berat dan aktif seperti sedia kala.

Ditanya tentang jaminan doktor terhadap pembedahan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit itu, Syani memberitahu, mereka memberinya tempoh dua tahun sebelum dia mampu memiliki berat badan seimbang.

"Sekarang pun doktor suruh saya banyak berehat dan saya hanya akan kembali meneruskan karier seni selepas benar-benar sihat serta berat badan menurun," jelasnya yang masih mampu tersenyum meskipun sedang berehat.

Sebelum menjalani pembedahan itu katanya, dia juga aktif berlakon namun menetapkan syarat kepada penerbit dan pengarah untuk tidak melibatkan dirinya dalam adegan yang memerlukannya berlari mahupun duduk di atas lantai.

- UTUSAN

Saf lurus satu daripada kesempurnaan solat berjemaah

by
Antara perkara yang amat diambil berat dalam soal peraturan solat berjemaah ialah lurusnya saf, malah ia salah satu daripada kesempurnaannya. Dalam hadis sahih, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: “Luruskan saf, kerana ia adalah kesempurnaan mendirikan solat.” (Al-Bukhari no 723, Muslim no 1003).

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ibn Majah, ada tambahan, iaitu jika kamu tidak meluruskan saf, maka Allah SWT akan mewujudkan perselisihan pada hati-hati kamu. Dalam riwayat Ahmad pula, Nabi memberitahu kita, saf yang tidak dirapatkan antara bahu-bahu itu akan mengakibatkan kemasukan syaitan di antaranya, lalu ia merosakkan solat kamu (menghilangkan rasa khusyuk) (Riwayat Ahmad no 22317).

Malah, ketegasan lebih jelas apabila Nabi saw bersabda bermaksud: “Jangan sampai aku melihat celahan antara saf-saf.” (Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir no 11453).

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat membuat kesimpulan berikut:

- Tuntutan merapatkan saf dalam solat dan larangan keras memutuskannya.

- Doa kehilangan keberkatan pada orang yang memutuskan saf atau menyebabkannya menjadi bengkok.

- Akan timbul perselisihan pada hati-hati mereka.

- Menyebabkan tidak dapat pahala berjemaah kerana terputus saf dengan jemaah yang lain.

- Sekiranya dilakukan dengan sengaja, ia haram kerana menyebabkan jemaah yang berada di samping kita turut tidak memperoleh pahala berjemaah yang dijanjikan dalam hadis-hadis yang sahih. Kewujudan tiang yang menghalang saf bercantum adalah suatu yang dimaafkan kerana ia adalah suatu yang tidak dapat dielakkan.

l Imam bertanggungjawab memberitahu makmum kewajipan meluruskan saf kerana ia adalah amalan Nabi SAW.

Dalam perkara kedua pula iaitu amalan membawa anak-anak ke masjid adalah suatu perkara yang amat digalakkan. Dalam banyak hadis sahih menunjukkan Nabi SAW menyegerakan solat apabila mendengar tangisan bayi kerana bimbang bahaya terhadapnya. Ini menunjukkan sahabat turut membawa anak bersolat berjemaah di masjid bersama Nabi SAW. Demikian pula Nabi SAW pernah ditunggangi oleh cucu baginda ketika sedang sujud hingga menyebabkan baginda melambatkan rukun berikutnya.

Berpandukan hadis ini, kalangan ulama meletakkan garis panduan tertentu untuk menjaga kepentingan roh solat agar sentiasa ada khusyuk dan selamat daripada najis yang boleh disebabkan oleh anak, antaranya:

- Kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz

- Anak itu diletakkan dalam saf khas dalam kebanyakan sistem yang diguna pakai di masjid .

- Kewajipan ibu bapa atau imam memberi ingat kepada jemaah kanak-kanak agar berakhlak mulia ketika di masjid, terutama ketika solat berjemaah.

Ini antara adab penting yang mesti diikuti oleh umat Islam bagi melahirkan jemaah berkualiti yang menjadi objektif utama solat jemaah disyariatkan.

Wanita Arab paling hebat

by
Tenaga, pengaruh, kejayaan, inspirasi... sebut apa saja, mereka memilikinya. Seperti tahun lalu, laman web perdagangan utama dunia Arab, Arabianbusiness.com baru-baru ini mengeluarkan senarai Kuasa Perdagangan Arab yang menyenaraikan 100 warga Arab paling berpengaruh.

Di tempat teratas senarai itu untuk tahun kelima berturut-turut ialah putera Arab Saudi, Alwaleed. Seperti sebelum ini, dia bukan saja lelaki Arab paling kaya, tetapi juga paling berpengaruh. Di tempat ke-100 pula ialah kartunis, Mohammed Harib.


Dan di antara mereka ialah individu yang terbabit dalam pelbagai bidang — media, fesyen, sukan, sains, akademik dan aktvis kebajikan, termasuk 13 wanita.

Berikut ialah 10 daripada wanita berkenaan yang disenaraikan sebagai Wanita Arab Paling Berpengaruh.



# 1. Dr Fawzieh Al Dorai

Negara Kediaman/Kerakyatan: Kuwait

Industri: Media dan Pemasaran



FAWZIEH dianggap sebagai Oprah Winfrey Asia Barat, tetapi dengan kelayakan lebih baik. Dia adalah wajah antara rancangan sembang paling popular di rantau itu.

Ahli psikologi dengan latar belakang pendidikan seks, Fawzieh mengacarakan rancangan sembang di televisyen Kuwait, ‘Seerat El Hob’ (Kisah Cinta). Rancangan telefon waktu perdana itu menangani isu hubungan kehidupan sebenar.

Dengan cogan kata ‘masalah yang tidak didedah tidak akan diselesaikan’, Fawzieh disanjung kerana membicarakan topik yang selama ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka, membahaskan isu berkait dengan cinta dan perkahwinan.

Di rantau yang terkenal kerana fahaman konservatif, sifat terus terangnya menjadikan dia diminati di seluruh dunia Arab, sekali gus mewajarkan dia di tempat teratas senarai wanita Arab paling berpengaruh.

Fawzieh juga adalah pengarang 14 buku dan sering menyumbang rencana kepada media tempatan.





# 2. Lubna Olayan

Negara Kediaman/Kerakyatan: Arab Saudi

Industrti: Perbankan dan Kewangan

Syarikat: Kumpulan Olayan



SEORANG daripada ahli perniagaan wanita Arab paling berpengaruh. Tahun lalu dia menduduki tempat ke-12 senarai itu.

Sebagai CEO Kumpulan Kewangan Olayan, antara syarikat kewangan terbesar Arab Saudi, dia menyerlahkan dirinya sebagai pemimpin dan pejuang amalan perniagaan progresif.

Lubna menjadi anggota lembaga pengarah Bank Hollandi Saudi pada 2004, menjadikannya wanita pertama menduduki kerusi lembaga pengarah sebuah syarikat Saudi yang tersenarai di pasaran saham.

Syarikat Kewangan Olayan adalah kumpulan pelaburan, pengedaran dan pembuatan dengan memiliki lebih 40 anak syarikat. Di bawah penguasaan Lubna, kumpulan itu berjaya mendapatkan francais produk seperti Colgate Palmolive, Burger King, Nestle dan Coca-Cola.

Ia juga mengadakan usaha sama dengan beberapa rakan antarabangsa seperti BP Solar, Credit Suisse dan JP Morgan, sekali gus menjadikan syarikat berkenaan pelabur terbesar di pasaran saham Saudi dan dunia Arab.

Lubna juga terkenal kerana memperjuangkan hak asasi wanita. Pada Forum Ekonomi Jeddah pada 2004, dia menjadi wanita pertama berucap di persidangan yang dihadiri peserta wanita dan lelaki di Arab Saudi. Ucapannya mirip ucapan Martin Luther King, ‘I have a dream’.



# 3. Solaf Fawakherji

Negara Kediaman/Kerakyatan: Syria

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



BINTANG filem Syria, Solaf Fawakherji berlakon dalam lebih 20 siri televisyen dan beberapa filem cereka apabila dia beralih ke dunia perfileman menerusi ‘Halim’, filem yang mendapat sambutan hangat pada 2006.

Hari ini dia menjadi antara aktres Arab paling diminati. Kejelitaannya menyebabkan dia sering dibandingkan dengan diva Hollywood, Elizabeth Taylor.

Selain cantik, Solaf berkelulusan tinggi. Dia menamatkan pengajiannya di Institut Seni Halus Adham Ismail. Bakat lakonannya membolehkan dia memenangi beberapa hadian perfileman Syria.

Solaf yang tiada masalah menukar loghat Arab Syria kepada loghat Mesir dalam sekelip mata berkata, kualiti skrip filem dan bukan lokasi penggambaran yang menentukan dia menerima tawaran berlakon.

“Filem Mesir adalah paling popular di dunia Arab. Namun kriteria yang akan menjadi pilihan saya ialah skrip yang ditulis dengan baik,” katanya.





# 4. Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned

Negara Kediaman/Kerakyatan: Qatar

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan

Syarikat: Yayasan Qatar



ISTERI Emir Qatar, Sheikha Mozah adalah tenaga penting dalam bidangnya sendiri. Dia mengukuhkan pengaruhnya tanpa mengenal erti penat bagi mempromosi kepentingan kebajikan, termasuk peranannya sebagai Pengerusi Yayasan Pelajaran, Sains dan Pembangunan Kemasyarakatan Qatar.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, menerusi kepemimpinan Sheikha Mozah, yayasan itu menubuhkan Bandar Raya Pelajaran yang menempatkan cawangan universiti antarabangsa mengendalikan kursus ijazah.

Tugas lain Sheikha Mozah ialah mempengerusikan projek Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sidra bernilai RM289 bilion bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara itu.

Di peringkat antarabangsa, Sheikha Mozah ialah duta khas Unesco untuk pendidikan asas dan tinggi. Peranan itu termasuk mempromosi projek antarabangsa bagi meningkatkan pelajaran di seluruh dunia.

Pada 2003, dia menubuhkan Dana Bagi Pendidikan Tinggi di Iraq yang memfokus kepada pembinaan semula institut pelajaran tinggi di negara itu.

Dua tahun kemudian, Sheikha Mozah dilantik menjadi anggota Pakatan Peradaban PBB oleh setiausaha agung badan dunia itu ketika itu, Kofi Annan.



# 5. Asma Al Assad

Negara Kediaman/Kerakyatan: Syria

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



WANITA pertama Syria ini meninggalkan karier dalam perbankan untuk memberi tumpuan sepenuh masa terhadap kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Sejak berkahwin dengan Presiden Bashar Al Assad pada Disember 2000, Asma menjadi tokoh yang sentiasa dilihat di majlis negara, diplomatik dan kebajikan.

Dia menggunakan pengaruhnya untuk menyokong pembangunan ekonomi dan meningkatkan kehidupan rakyat Syria.

Pada 2001, dia melancarkan Yayasan Untuk Pembangunan Desa Bersepadu, pertubuhan pembangunan bukan kerajaan pertama di negara itu.

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya, ibu tiga anak itu diberi Anugerah Wanita Pertama Arab daripada Pusat Kajian Sumbangan Wanita Arab yang berpusat di Qatar.

Asma dilahirkan di London dan menamatkan pengajiannya di King’s College pada 1996 sebelum bekerja sebagai penganalisis dengan Deutsche Morgan Grenfell dan di bahagian pelaburan perbankan J P Morgan.



# 6. Nahed Taher

Negara Kediaman/Kerakyatan: Arab Saudi

Industri: Perbankan dan Kewangan

Syarikat: Bank Pelaburan Gulf One



TOKOH dalam sektor kewangan serantau, Nahed antara wanita Arab yang berjaya menduduki tempat teratas syarikat korporat.

Dia antara empat wanita Arab yang pernah disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai wanita paling berpengaruh di dunia. Reputasinya menjangkau jauh dari negaranya sendiri.

Dengan belajar di Universiti Raja Abdulaziz di Jeddah, Nahed mengukuhkan minatnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan dengan menyambung pengajian di Sekolah Pentadbiran Universiti Lancaster di Britain.

Dia memperoleh ijazah sarjana dan seterusnya ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi pada 2001.

Selepas menamatkan pelajaran, dia dilantik menjadi perancang kanan ekonomi Bank Perdagangan Nasional di Arab Saudi selama tiga tahun. Antara lebih 4,000 pekerja, dia satu-satunya kakitangan wanita.

Menjelang penghujung 2005, Nahed mengasaskan Bank Pelaburan Gulf One, menjadikannya wanita pertama memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat kewangan di dunia Arab.

Dalam menjalankan tugasnya, Nahed bertanggungjawab terhadap transaksi seperti pelancaran dana ekuiti swasta berjumlah RM35 bilion hingga dia digelar ‘Ros Padang Pasir’.



# 7. Hend Al Mansour

Negara Kediaman/Kerakyatan: Amerika Syarikat/Arab Saudi

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



ARTIS, Hend Al Mansourr adalah muka baru dalam Senarai Wanita Arab Paling Berpengaruh.

Walaupun menetap di Amerika Syarikat, dia tidak banyak melencong dari asal usul keturunannya dengan kebanyakan hasil tangannya tertumpu pada wanita di dunia Islam.

Kebanyakan hasil lukisannya berbentuk kaligrafi, hiasan dan seni bina Islam, dengan mengguna inai dan fabrik berwarna warni untuk menonjolkan sistem keagamaan dan kepercayaan sosial.

Dengan menggunakan lembaran besar sutera, kain kapas atau kanvas, Hend menghasilkan bentuk rumah ibadah, khemah atau masjid yang membolehkan pengunjung berjalan menerusinya.

Dalam setiap karyanya, ada laluan berarca, kubah, pasir, kerusi, permaidani, mangkuk, skulptur geometri dan bau-bauan yang menggambarkan budaya wanita.

Hasil kerjanya pernah dipamerkan di Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Dilahirkan di Hofuf, timur Saudi pada 1956, Hend mengambil jurusan perubatan di Universiti Kaherah. Dia berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi sehingga 1997 sebelum berhijrah ke Minnesota, Amerika Styarikat bersama suaminya, profesor kajian agama dan juga penulis.



# 8. Fairouz

Negara Kediaman/Kerakyatan: Lubnan

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan



DIKENALI sebagai Duta Arab, Fairouz masih dianggap sebagai yang terbaik dalam dunia muzik Arab.

Dilahirkan di kawasan pergunungan Cedar di Lubnan pada 1935, dia membesar dalam keluarga ortodoks yang tinggal dalam rumah tanpa bilik — rumah tradisi Lubnan — dan berkongsi dapur dengan jiran.

Fairouz belajar di Beirut dan memulakan karier muziknya sebagai penyanyi latar di stesen radio Lubnan.

Pada 1950-an, kariernya sebagai penyanyi melonjak dan lagunya menjadi lebih popular, sekali gus meningkatkan statusnya secara dramatik.

Dia sekarang dikagumi di dunia Arab dan sering menjadi tetamu keluarga di raja, presiden dan orang kenamaan lain.

Walaupun tidak pernah menyanyi di Baitulmaqdis, kunci bandar suci itu yang dihadiahkan ketika dia melawat bandar berkenaan bersama bapanya menjadi hadiah paling disayanginya.



# 9. Dr Amina Al Rostamani

Negara Kediaman/Kerakyatan: Emiriyah Arab Bersatu

Industri: Perbankan dan Kewangan



DR Amina Al Rustamani adalah nama biasa dalam dunia perdagangan import eksport. Dia adalah Ketua Pegawai Eksekutif TECOM, syarikat milik kerajaan yang mengawasi beberapa jumlah zon perdagangan bebas.

Ketika menjadi Pengarah Penyiaran Bandar Media Dubai, Amina menyumbang kepada rekacipta dan pelaksanaan penyiaran televisyen satelit dan pengekodan video untuk penyiar di bandar berkenaan dan beberapa kawasan lain di rantau itu.

Di peringkat kebangsaan, Amina adalah anggota Majlis Media Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu yang ditubuhkan pada Jun 2006.



# 10. Nancy Ajram

Negara Kediaman/Kerakyatan: Lubnan

Industri: Kebudayaan dan Kemasyarakatan

REPUTASI Nancy sebagai penyanyi wanita Arab paling berjaya diperkukuhkan November lalu apabila dia menaiki pentas untuk menerima Anugerah Muzik Dunia bagi artis Arab dengan penjualan album terbanyak.

Dengan lebih 30 juta album dijual, Nancy antara penyanyi paling kaya di Lubnan. Dia mula muncul dalam dunia muzik apabila memenangi pertunjukan hiburan kebangsaan, ‘Noujoum Al-Moustakbal’ (Bintang Masa Depan) selepas dua albumnya gagal.

Album ketiganya, ‘Ya Salam’ yang diterbitkan pada 2003 dan turut mengandungi lagu ‘Akhasmak Ah’ (Saya Mencemuh Kamu) mendapat sambutan hangat.

Kejayaannya sebagai penyanyi membuka jalan untuk Nancy menandatangani beberapa perjanjian dengan syarikat iklan dan yang paling lumayan dengan Coca-Cola dan syarikat barang kemas mewah, Damas.

Zon larangan merokok diperluas

by
Perokok-perokok bakal berhadapan ‘cabaran’ yang semakin sukar.

Ini kerana dua lagi zon larangan merokok di seluruh negara akan diwartakan oleh kerajaan tidak lama lagi menjadikan 22 zon semuanya.

Zon larangan terbaru itu bakal meliputi semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa berpusat dan lobi-lobi hotel.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika bercakap mengenai cadangan terbaru itu berkata, pertambahan zon itu kini di peringkat cadangan.

Beliau melihat pertambahan zon larangan itu sebagai amat perlu bagi melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutama yang tidak merokok akibat terhidu asap rokok.

Cadangan tersebut, katanya, apabila berkuat kuasa kelak akan memberi kuasa orang ramai di sekeliling perokok di zon larangan menegur mereka yang ingkar dengan cara bersopan seperti meminta mereka menghentikannya atau beredar.

‘‘Apabila perokok ditegur, mereka akan berasa malu dan terasing seterusnya menggalakkan mereka berhenti melakukan tabiat itu,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Brunei, Malaysia dan Singapura, Han Tieru; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Ramlee Rahmat dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Datuk Zuraidah Atan.

Dalam pada itu, Tiong Lai sewaktu sidang akhbar selepas perasmian tersebut menegaskan, berkuat kuasa semalam, para peniaga dan peruncit dilarang menyertakan sebarang tawaran hadiah apabila menjual apa-apa hasil tembakau kepada orang ramai.

Katanya, pewartaan itu dibuat kerana kementeriannya mendapati beberapa syarikat pengeluar rokok sebelum ini menggunakan taktik kotor seperti menyertakan hadiah kepada setiap pembelian rokok dalam usaha mempromosi produk mereka.

Pewartaan menurut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2009 itu juga melarang sebarang bentuk objek atau benda dijual bersekali dengan hasil tembakau atau menawarkan sebarang hasil tembakau ke atas setiap pembelian apa-apa produk.

Tegasnya, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu beliau mengingatkan, semua syarikat pengeluar rokok wajib mempamer ‘Amaran Kesihatan Bergambar’ pada kotak rokok masing-masing bermula Isnin ini.

Katanya, amaran menggunakan enam imej ngeri pada badan dan organ perokok kesan tabiat itu diumumkan oleh kerajaan September lalu dan telah mula dilaksanakan beberapa syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Ramlee dipilih sebagai penerima Anugerah Serantau Hari Tanpa Tembakau Sedunia WHO tahun ini bagi menghargai usahanya mengawal penggunaan tembakau dan memerangi penyakit akibat merokok di Malaysia.

- UTUSAN

Masih ada ruang bincang subjek teras SPM - Muhyiddin

by
Kementerian Pelajaran sudah membuat kajian teliti sebelum mengambil keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, kementerian masih membuka ruang perbincangan dengan pelbagai pihak berhubung perkara berkenaan terutama membabitkan penentuan mata pelajaran teras dan elektif yang bakal diambil pelajar SPM untuk semua aliran pendidikan.

Katanya, individu atau parti politik dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan dan pandangan mereka dan kementerian bersedia mendengarnya.

"Kita tidak akan menutup ruang perbincangan, malah jika MCA dan MIC ada cadangan, mereka boleh kemukakan," katanya mengulas kebimbangan ibu bapa dan pelajar mengenai kekangan mengambil mata pelajaran elektif berikutan keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh di ambil calon SPM.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang meneliti bilangan subjek teras dan elektif yang boleh diambil pelajar mengikut semua aliran pendidikan.

"Dengan keputusan mengehadkan jumlah subjek untuk SPM, kementerian bukan hanya melihat kepada penawaran mata pelajaran saja tetapi mengambil kira penstrukturan semula SPM dan sistem penggredan peperiksaan berkenaan," katanya selepas merasmikan Hari Karnival Victoria Institution di sekolah itu, semalam.

Mengulas lanjut, katanya kementerian tidak ada masalah untuk penstrukturan semula SPM kerana mengikut rekod, sebanyak 10 peratus saja daripada jumlah keseluruhan calon SPM yang mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran.

Sementara itu, mengulas mengenai penentuan pelajar yang layak mendapat biasiswa dengan langkah mengehadkan subjek SPM, katanya kementerian sedang mengkaji sistem penggredan peperiksaan itu untuk memudahkan penilaian dalam penawaran biasiswa.

"Perubahan sistem penggredan ini penting supaya jika dapat A, kita mahu tentukan sama ada gred itu A, A+ atau A-. Begitu juga jika B, sama ada B, B+ atau B-. Ini supaya dalam soal mendapat biasiswa, pelajar dinilai berdasarkan bilangan subjek diambil dan gred diperoleh," katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telus dengan penggredan baru berkenaan.

"Proses pemberian biasiswa oleh JPA yang ada sudah telus tetapi masih ramai yang tidak faham cara jabatan itu membuat keputusan. Keputusan JPA itu kini mendapat kelulusan Kabinet. Kementerian saya dan JPA sedang meneliti beberapa perkara berikutan perancangan mengenai biasiswa JPA untuk masa akan datang. Saya juga dipertanggungjawabkan melihat perubahan jumlah penerima biasiswa akibat langkah penetapan 10 mata pelajaran boleh diambil calon SPM," katanya.

- BERITA HARIAN

Rahsia cincin Fasha

by

Tanpa berselindung, pelakon yang sering dipalit kontroversi, Fasha Sandha, mengesahkan hatinya kini dimiliki dan dia bakal menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya tahun depan.

“Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan,” kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, sambil menunjukkan ‘cincin tanda’ berbentuk hati yang tersarung di jari manis tangan kirinya.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan itu masih timbul persoalan siapakah lelaki yang bakal bergelar suaminya kerana setakat ini belum sedia dikongsi Fasha untuk pengetahuan umum.

“Itu belum boleh saya bagi tahu sekarang. Cukuplah jika saya katakan orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya.

“Yang pasti, dia bukan suami orang, jauh lagi duda. Mungkin ada pihak mengandaikan saya dengan ‘orang itu’, tetapi bukan dia sebenarnya. Jangan salah sangka,” kata pelakon berusia 25 tahun itu sambil ketawa kecil.

Sebelum ini, dua kontroversi paling ‘meletup’ membabitkan Fasha ialah dia dikatakan menjalin hubungan dengan hartawan teknologi maklumat, Datuk Shafik Rizaal Saaban, 35, atau Datuk S serta Rizal Ashram Ramli, 38, yang juga bekas suami pelakon, Nora Mohd Danish Haniff.

Apabila ditanya hal itu, Fasha sekali lagi menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan dua lelaki berkenaan, namun masih enggan mendedahkan siapakah lelaki yang kini bertakhta di hatinya.

“Saya tidak mahu perkara ini menjadi punca timbulnya banyak gosip. Biar saya serta orang terdekat saja yang tahu. Saya tidak mahu akibat pendedahan identitinya, dia menjadi ‘buruan’ media.

“Lagipun dia seorang yang suka merendah diri dan tidak mahu menonjolkan diri,” katanya dalam pertemuan dengan Metro Ahad, baru-baru ini. Dalam pertemuan itu Fasha ditemani ibunya, Hatijah Teh Man, 48, atau lebih mesra dengan panggilan Mama serta pembantu peribadinya, Jane Thomas.

Fasha yang membintangi hampir 20 filem, antaranya Cicakman, Berlari Ke Langit dan Anak Halal, juga memberitahu, selepas berkahwin kelak dia memutuskan untuk bersara daripada dunia lakonan.

Gadis kelahiran Johor Bahru, Johor, itu berkata, keputusan itu diambil kerana bakal suaminya tidak mahu dia berlakon lagi, sebaliknya lebih senang dia membabitkan diri di belakang tabir saja.

“Perancangan saya, selepas berkahwin nanti, saya mahu membuka perniagaan berkaitan bidang kecantikan atau peragaan. Bagi saya, sekarang masa paling sesuai untuk bersara.

“Ini kerana, sebelum ini sasaran saya ialah berlakon selama lima tahun sebelum bersara dan sekarang masuk tahun keenam. Lagipun, sasaran untuk memberi kesenangan kepada keluarga juga sudah saya capai,” katanya.

Ketika diminta mengulas keputusan Fasha, Mama berkata, terpulang kepada anaknya untuk melakukan apa yang terbaik, malah dia bersyukur anak kesayangannya bakal bergelar isteri.

“Ibu mana tidak mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup selain berkahwin dengan lelaki baik.

“Saya tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan syukur dan gembira. Saya mengenali teman lelaki Fasha sebagai seorang yang berhemah tinggi, baik serta menghormati orang tua,” katanya lagi.

Menurut Mama, Fasha anak yang baik dan banyak berkorban membantu keluarga.

“Mama hanya mampu menasihatkan Fasha supaya bersabar dengan pelbagai dugaan yang menimpa. Sebagai ibu, Mama bangga dengan pencapaiannya,” katanya.

- HARIAN METRO

Reasons to smile

by
1. Smiling makes us attractive
We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away, but a smile draws them in.

2.Smiling changes our mood
Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.

3. Smiling is Contagious
When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.

4. Smiling Relieves Stress
Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.

5. Smiling Boosts Your Immune System
Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.

6. Smiling Lowers Your Blood Pressure
When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home. Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?

7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin
Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.

8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger
The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.

9. Smiling Makes You Seem Successful
Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.

10. Smiling Helps You Stay Positive
Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.

INDIVIDU DIKEHENDAKI! - AZAHARI BIN ISA (731012-06-5501)

by
NAMA PENUH : AZAHARI BIN ISA
NO. K/P : 731012-06-5501
NO. TEL TERAKHIR : 012-9123792
E-MAIL : crystalimpact5@ymail.com
NO. KAD KREDIT AMBANK: 5267-4877-0022-8915
LOKASI : PAHANG

Individu di atas dikehendaki kerana telah melakukan beberapa penipuan urusniaga internet di eBay menggunakan nama crystalimpact. Anda diingatkan supaya berhati-hati jika berurusan dengan individu tersebut. Sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang individu tersebut, sila hubungi : hafeezmotion@gmail.com

KERJASAMA ANDA DIPERLUKAN UNTUK MEMBANTERAS JENAYAH INTERNET!

Adab ketika mengandung

by
Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

+ SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
+ MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
+ MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
+ JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri.
+ JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
+ JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
+ JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
+ JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
+ Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
+ Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.

AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

+ BANYAK BERTAUBAT
+ MENUTUP AURAT
+ BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
+ Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
+ Membaca surah Yassin hingga akhir +
Membaca surah Al-Taubah hingga akhir
+ Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah.
+ Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
+ Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
+ Membaca surah An-Nahl, ayat 78
+ Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
+ MEMBACA DOA

http://siti-yaya.blogspot.com/

Darling-Azlin kini suami isteri

by

Walaupun hanya bertunang selama dua bulan setengah sebelum mendirikan rumah tangga, pelakon dan penerbit drama, Nasreen Ngasri, 26, tidak menganggap ia sebagai satu keputusan terburu-buru.

Sebaliknya, Nasreen atau lebih mesra dengan panggilan Darling melihat pernikahannya bersama jejaka pilihan hati, Nur Azlin Rahmat, 34, atau Azlin adalah sebagai ketentuan Allah SWT.

"Saya sendiri tidak pernah menetapkan had usia apabila memikirkan tentang perkahwinan kerana semua ini sudah jodoh.

"Lagipun pintu hati saya sudah terbuka untuk menerima Azlin sebagai suami kerana keikhlasan hatinya yang benar-benar serius menyunting saya.

"Untuk itu, tiada apa yang mampu saya lafazkan melainkan syukur kerana dijodohkan dengan Azlin yang saya sifatkan sebagai seorang lelaki yang tepat untuk dijadikan suami," kata Darling dalam nada gembira sewaktu ditemui selepas majlis pernikahannya di kediaman keluarganya di sini hari ini.

Darling dan suaminya yang merupakan seorang pegawai pemasaran itu mengikat tali pertunangan pada 15 Mac lalu selepas empat bulan menjalin hubungan cinta.

Dalam majlis yang berlangsung dalam suasana penuh sederhana itu, Darling telah dinikahkan sendiri oleh bapanya yang juga bekas juruhebah radio RTM, Ngasri Sain, 59, sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Jalan Ipoh, Razab Chik Dollah.

Anak keempat daripada enam beradik itu telah menerima mas kahwin sebanyak RM80, wang hantaran RM22,222.22 selain sembilan dulang hantaran antaranya barangan kosmetik, telekung, barang kemas, tas tangan dan kek.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang yang merangkumi jam tangan, kasut, dua biji kek, buah-buahan, kasut, kek cawan serta sepasang pakaian pejabat.

Sementara itu, Darling yang anggun mengenakan kebaya moden putih rekaan Cosry itu turut memberitahu dia sememangnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Malah suaminya juga tidak menghalang Darling meneruskan karier seninya asalkan tahu menjaga adab dan batas sebagai seorang isteri.

"Mengenai cahaya mata pula, saya dan Darling tidak merancang tetapi kami menyerahkan kepada Allah SWT. Semuanya bergantung pada rezeki," jelas Azlin pula.

Majlis menyambut menantu akan diadakan di Bukit Katil, Melaka minggu depan sebelum pasangan itu berlepas ke Paris, Perancis untuk berbulan madu.

- UTUSAN

JAWATAN KOSONG DI BAHAGIAN AUDIT DALAM, UPM SERDANG

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
-PENOLONG JURUAUDIT GRED W27

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan yang boleh didapati di Pejabat Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran atau muat turun dari laman web http://www.admin.upm.edu.my

Borang permohonan yang lengkap beserta dengan salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah sampai kepada alamat berikut :

Ketua Bahagian Audit Dalam
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM SERDANG

Tarikh Tutup : 5 Jun 2009


JAWATAN KOSONG DI MAJLIS PERBANDARAN NILAI (MPN) NEGERI SEMBILAN

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
2 Pembantu Undang-Undang L29

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.mpn.gov.my

Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM 1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tarikh Tutup : 8 Jun 2009


JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SABAH

by
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN:
1 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
2 PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S27
3 PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
4 JURUTEKNIK KOMPUTER J17
5 PENGAWAL KESELAMATAN KP11

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.sabah.uitm.edu.my
http://www.sabah.uitm.edu.my/images/stories/2009/iklan%20pta%202052009.doc
http://www.sabah.uitm.edu.my/images/stories/ICT/borang_jawatan.doc

Tarikh Tutup : 4 Jun 2009


Reasons to stop smoking

by

By LIM WEY WEN

Thanks to anti-smoking campaigns, many smokers know of the common health hazards that come with cigarette smoking. However, before the damage culminates into a major, life-threatening event, health concerns are not strong motivators for quitting.

AFTER 24 years living of with his daily pack of cigarettes, it took S. Vigay-indran a mild stroke, lots of encouragement from his family and frequent thoughts of his two children to stop.

“It was midnight on Sept 21, 1999, when I suddenly woke up and realised that I could not speak,” says Vigay-indran, who is now a senior sales executive in The Star. “I couldn’t raise my hand. I couldn’t even walk straight.

“My speech was slurred and part of my face was paralysed,” he says.

His wife, who is a nursing sister, recognised the signs of stroke and brought him to a hospital where he was treated. “One of the first questions the doctor asked my wife was, ‘is your husband a smoker?’” he recalled. “When she told the doctor I was an occasional smoker (I seldom smoked in the house), the doctor showed her my x-ray and said I already had smoker’s lungs.”

It was upon the realisation that smoking may have been one of the major causes of his stroke that he resolved to quit.

“It is not easy, and sometimes there is the temptation to go for a puff or two. But whenever I think of my health and my two young children, I don’t want to smoke anymore because I want to live longer and see them grow up. My family, especially my wife and my sisters, have also encouraged me a lot.”

Better late than never

While it often takes a life-changing experience to strengthen a smoker’s resolve to stop, Vigay-indran reckons that it is better late than never.

One of the problems we face in the field of smoking cessation is that although we are looking at very shocking numbers – for instance, one billion people die from smoking in a year – smokers don’t think they are going to die, says Dr Alaster Allum, Pfizer’s regional medical affairs director.

And although smokers do know that they are at increased risk of developing heart disease and cancer, they think that it is always someone else’s risk.

“The way I look at it,” says Dr Allum, “is that I’m 39 and I’ve got a five-year-old boy. He’s going to do his degree, and I’m going to see him graduating from college. But if I’m a smoker, I probably won’t see my grandkids, because I’ll die 10 years younger.

And that is really what smoking cessation is about – that we’re going to lose 10 years of life. “If you have two relatives who smoke, you will lose one,” he adds. “It actually touches every one of us.”

In her years of experience in nursing, and recently, her two months experience in the new National Heart Institute (IJN) Quit Smoking Clinic, patient counsellor Khoo Soon Gaik noticed a trend among smokers that are trying to quit.

“Those who are self-referred tend to do better than those who are referred by the doctors. Once they decide they want to quit, most of them could,” she says. “But if they still have doubts, it will be a quite difficult.”

To Dr Allum, people like Vigay-indran – those who quit cold turkey – are extremely rare. To some extent, if a smoker has enough willpower, they will quit, he says. But if they are addicted to smoking, they would probably need some assistance.

“You could really ramp up quit rates if you get some help – whether it is nicotine replacement therapy, non-nicotine drugs or counselling – just get some help,” he says.

It is best not to start smoking at all, but if you already are, the benefits of quitting are immediate, says consultant cardiologist Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim. “Within 20 minutes of quitting smoking, your blood pressure and heart rate will normalise. And in about 12 hours, the carbon monoxide and nicotine levels in your blood will reduce by half.

“By 24 hours, the oxygen levels in your blood will normalise and your immediate risk of heart attacks falls,” he said. But to reduce your immediate risk of heart attacks similar to that of non-smokers, it will take another 14 years.

Your choices

“Drugs certainly play a role, but they do not play the only role,” says Dr Aizai. “The most successful programmes are those that combine some form of counselling or behavioural therapy with the support of drug therapy,” he adds.

According to the American Cancer Society guide to quitting smoking, there are a few ways you could go about quitting.

There is the nicotine replacement therapy, where you replace the nicotine you normally get from cigarettes with patches, chewing gums, sprays and inhalers to help you through withdrawal symptoms. The dose of nicotine will be reduced over time until you do not need or crave it anymore.

There are also the non-nicotine medications to choose from. Bupropion is a prescription anti-depressant that reduces symptoms of nicotine withdrawal, while varenicline is a newer drug that lessens the pleasurable physical effects a person gets from smoking and reduces the symptoms of nicotine withdrawal by attaching itself to the nicotine receptors in the brain.

Other methods, like hypnotherapy and acupuncture, may also help some people, although there is no strong evidence they can improve your chances of quitting.

“If you looked at the National Health Morbidity Surveys, one-third of the many smokers we interviewed have made an attempt to quit smoking,” says Dr Aizai.

On average, most smokers have attempted to quit at least twice a year. And although they may have failed, 71% still had intentions to quit within the next six months, Dr Aizai notes. “That is why it is clear, we need to help them quit,” he says.

So, if you are ready to quit smoking, here are some of the ways that could help you.

Quit smoking clinics

Abdullah Mat Ali, 39, has been off his 20-year-old habit for two months since he started his quit attempt with nicotine replacement therapy at the IJN quit clinic. “I was referred to the clinic by my doctor because of my health problems, but economic concerns are also part of the reason why I decided to quit. Cigarettes don’t come cheap these days,” he says.

However, quitting was not easy – even with help. “The first week was difficult as I felt anxious and uncomfortable. Now, I still have cravings for cigarettes but I can control it better,” he says. “But I would advise smokers who want to quit to get help because quitting on your own is difficult,” he adds.

In Malaysia, the first government quit smoking clinic was set up in Hospital Ipoh, Perak, in 1996. Now, there are about 336 government clinics nationwide as well as some private quit smoking outlets that could help smokers quit. IJN has just started their in-house quit smoking clinic two months ago.

These clinics combine pharmacotherapy (nicotine replacement therapy and non-nicotine medications) with counselling and the average success rate hovers at about 30 to 40%, according to a health official.

If you are interested in quitting this way, you could call the IJN Quit Clinic at 03- 2617 8585 or the Ministry of Health Stop Smoking info-line at 03-8883 4400. You will be directed to the nearest quit clinic.

Hypnotherapy

Hypnotherapy to quit smoking is a one-off session that works by reinforcing smokers’ will to quit in their subconscious mind, says clinical hypnotherapist Joyce Hue.

“We are also creating in the subconscious mind an image of our clients as non-smokers,” adds Sheila Menon, who is a clinical hypnotherapist and principal of the London College of Clinical Hypnosis.

As some of them have been smoking for a very long time, they could not remember or imagine themselves as non-smokers again, she says. And so, what hypnosis does is create an image – that of a non-smoker – which smokers can better associate with compared to memories of their smoking days, she adds.

James Lim is pleasantly surprised when he went off cigarettes for 10 days after a session of hypnotherapy. “I didn’t think I would go off cigarettes after nine years of smoking a pack a day. Even when I tried to quit several times before over the last two years, I still needed two to three cigarettes a day to get by.

“But now, when I have cravings for cigarettes – it usually lasts just about five seconds – I don’t even think of lighting up.”

While there are clients who slip up after hypnotherapy, Hue says they encourage their clients to come back and work with their hypnotherapists to find out the reasons for the recurrence.

“Sometimes they come because their spouses or family asked them to. But if the client really wants to quit, they can usually succeed,” says Hue.

Those interested in knowing more about the therapy, you could visit the London College of Clinical Hypnosis website at www.hypnosis-malaysia.com.

Acupuncture

Acupuncture helps detoxify your body and changes the way your body experiences tobacco, says acupuncturist and associate professor at the Kuala Lumpur Academy of Traditional Chinese Medicine Tan Poh Choon. “Smoke will start to taste unpleasant to the smoker, and his or her desire to smoke will be reduced,” he adds.

“It usually takes three to five sessions for it to be effective. But sometimes it is difficult to get clients to come back regularly for follow-up,” he says.

French acupuncturist Nadege Lubrano’s interest in using acupuncture to help smokers quit stemmed from her personal experience in quitting smoking through acupuncture.

After many attempts to stop over the 18 years she smoked, she did not succeed. “I tried acupuncture, which is quite widely practised in France, together with counselling. And I have stopped ever since,” she said.

But like other therapies, she notes, acupuncture is often not enough. Smokers must be given enough psychological and moral support to follow through. “I believe that acupuncture is not enough. You need the counselling to help smokers understand their situation and motivate them,” she adds.

Never too early, or too late to stop

There is no guarantee that a treatment that works an individual will work for another. But even if your first few attempts did not work out, there is no reason to stop trying because you will never know when smoking will catch up to you, healthwise.

And if you have seen examples of people who smoke but do not appear to have any problems, Dr Allum says, “Some people smoke but don’t die, but you can see how many people do. We can’t pretend that everyone is alike.

The grandmother who smokes but lives to a ripe, old age may not be one of those who died of smoking, but the point is, she might have been, Dr Allum explained.

“When I had my stroke at age 43, I was already trying to cut down smoking due to health reasons. However, it was too late as I already had the attack before I could stop,” says Vigay-indran.

That is why it is better is you stop early. You never know when you’ll suffer the consequences, he adds.

- THE STAR

Pelajar sekolah agama buang bayi

by

Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.

Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.

Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.

Gadis itu kemudian mendakwa dia berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Taman Balok Makmur dan meninggalkan bayinya di hadapan sebuah rumah di situ berserta satu nota mohon mayat anaknya dikebumikan.

Keluarga gadis itu hanya mengetahui anak mereka melahirkan anak ketika ibunya mengemas rumah menemui kesan darah di sekitar bilik anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin.

Gadis itu yang dilihat letih mula menceritakan perkara sebenar selepas didesak ibunya berkali-kali mengenai darah di dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.

"Gadis itu kelihatan sedih dan letih semasa membuat laporan polis," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.

- KOSMO!

Harimau lapar berkeliaran di jalan raya di Rusia

by

Seekor harimau yang lapar berjaya ditangkap pihak berkuasa Rusia selepas dilanggar sebuah kereta ketika haiwan berkenaan cuba menerkam seorang penunggang motosikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu kereta itu menyatakan harimau tersebut menerkam ke arah penunggang motosikal di sebatang jalan raya di Vyazemsk.

Namun, haiwan itu dilanggar sejurus memasuki jalan raya.

"Harimau itu melintas di hadapan kereta saya. Kereta yang saya pandu melanggarnya ketika haiwan itu mahu menerkam," katanya.

Beberapa pegawai veterinar menyatakan harimau itu mungkin tersesat ketika mencari makanan.

Pakar-pakar haiwan memberi ubat pelali kepada harimau tersebut yang mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki sebelum dibawa ke sebuah zoo tempatan.

Penjaga zoo menyatakan haiwan itu mungkin sudah tidak menjamah makanan sejak sebulan lalu kerana sakit serta tidak mampu mencari mangsa.

- AGENSI

Bush dedah kerinduan selepas bersara jadi Presiden Amerika

by
Menaiki pesawat Air Force One, memakan hidangan yang disediakan oleh staf White House dan cetusan inspirasi hasil pertemuan dengan askar-askar Amerika Syarikat (AS) merupakan antara perkara yang dirindui bekas presiden AS, George W. Bush selepas beliau bersara.

Beliau membuat pendedahan itu dalam satu ucapan di Kelab Ekonomi Barat Daya Michigan di sini malam kelmarin.

"Pertemuan dengan saudara-mara askar AS yang terkorban merupakan sesuatu yang sukar buat diri saya tetapi pada masa yang sama ia membakar semangat," kata Bush. Ucapan bekas presiden itu merupakan yang pertama selepas persaraannya pada Januari lepas.

Bush yang merupakan presiden AS ke-43 berucap di hadapan 2,500 tetamu berhubung peperangan selepas serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001, kemelesetan ekonomi dan kehidupan beliau sebagai orang biasa.

"Emosi saya turun naik," kata Bush berhubung serangan 11 September 2001. Saya jarang memikirkannya sekarang tetapi ia bermain di benak saya pada setiap hari ketika saya menjadi presiden," tambahnya. - Agensi

Menyentuh isu ekonomi, Bush menyalahkan sikap tidak bertanggungjawab institusi perbankan ketika memberi pinjaman sebagai punca krisis kewangan berlaku.

Menurutnya, Persekutuan Persatuan Gadai Janji Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Fannie Mae dan Koperasi Gadai Janji Pinjaman Perumahan Persekutuan atau Freddie Mac sepatutnya tidak terlibat dalam beberapa amalan kewangan.

Bush turut menegaskan bahawa beliau bertindak tepat kerana AS terlibat menggulingkan presiden Iraq, Saddam Hussein.

Beliau berkata, hasil tindakan AS menggulingkan Saddam, demokrasi ke seluruh Asia Barat dapat disebarkan.

- AGENSI

Tragedi runtuhan: Mayat akhir ditemui, operasi mencari dihentikan

by
Mayat ketujuh dan dipercayai yang terakhir dalam tagedi bangunan runtuh di Seksyen 14 di sini ditemui kira-kira pukul 4 petang ini, menjadikan jumlah korban akibat kejadian itu kepada tujuh orang semuanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat tanpa kepala itu ditemui kirakira lima meter dari kawasan penemuan mayat kelima dan mayat keenam.

"Mayat tanpa identiti itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mayat itu akan dilakukan esok dan keputusannya dijangka diketahui secepat mungkin.

Ujian DNA akan turut dilakukan oleh PPUM bagi mengenali identiti mangsa dan pihak hospital akan berhubung dengan kedutaan Indonesia mengenai perkara itu, katanya.

Arjunaidi berkata operasi mencari dan menyelamat turut dihentikan pada pukul 5 petang ini bagi memberi laluan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan agensi berkaitan menjalankan siasatan.

"Pihak MBPJ akan melakukan kerjakerja penyiasatan dan pembersihan di kawasan itu," katanya.

Selain itu Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) juga akan menyiasat struktur bangunan itu sehingga hari Jumaat sebelum laporan penuh siasatan itu dihantar kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata penghuni 12 buah rumah berdekatan diarah berpindah sementara kerana pakar menjangka bangunan yang terbabit dalam kejadian itu menghadapi risiko akan runtuh bilabila masa dan boleh membahayakan bangunan dan penduduk di sekitar kawasan itu.

- BERNAMA

Kelab Penyokong PAS dinaik taraf Dewan formal

by

PAS sedang mengkaji untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai dewan atau sayap formal bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam dalam parti itu.

PAS sudah membentuk jawatankuasa teknikal bagi mengkaji perkara tersebut secara mendalam.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

"Saya yakin harapan ini akan menjadi realiti selepas Muktamar PAS bulan depan," katanya pada Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009 hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz ketika ditemui pula berkata, beliau mengalu-alukan syor tersebut sambil berkata, tindakan tersebut sepatutnya telah dilakukan dari dulu lagi.

"Sudah lewat, sepatutnya sudah lama dilakukan," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Mujahid, Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kaum India, Cina, Siam dan Iban.

Ia ditubuhkan pada tahun 2004.

Mujahid percaya kajian mengenai pindaan perlembagaan bagi tujuan itu akan siap dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Bagaimanapun katanya, isu tersebut tidak akan dibawa ke Muktamar Tahunan PAS minggu depan.

"Kemungkinan perkara ini akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden PAS dan kemudian dibincangkan oleh perwakilan," katanya.

- MSTAR

Komentar - Penanti menentang angin

by
Oleh ZUKRI AKSAH

Kempen Pilihanraya Kecil DUN Penanti sekarang ini sedang berjalan, rancak atau tidak rancak saya kurang maklum, tetapi mengikutinya macam makan nasi tanpa lauk. Pertandingannya PKR lawan tiga orang calon bebas, sejak bila orang “bebas” suka bertanding dalam pilihanraya kecil di semenanjung ini tidaklah pula saya tahu, kalau Sabah dan Sarawak tu lain pula ceritanya.

PKR di DUN Penanti sudah seperti melawan angin, sesetengah angin itu kadang-kadang mengasyikkan, mendamaikan, bukan membimbang dan mengerikan. Jadi PKR mungkin sedang bergembira bertanding melawan angin kali ini. Angin yang paling kuat pun mungkin datang dari Aminah, sebab si bebas ini dulunya sekelambu juga dengan PKR.

PKR mungkin merasa agak selamat kerana tiada badai, tiada ribut dalam pilihanraya kecil kali ini. Namun begitu, di sebalik lembut angin yang mempersonakan ini, kadang-kadang PKR boleh jadi khayal. Asyik sangat menikmatinya, PKR mungkin akan sampai terjingkit-jingkit kaki. Dalam kedudukan yang tidak stabil ini, jika tiba-tibalah Aminah naik angin, deruannya walaupun tidak kuat, boleh jatuh juga PKR kalau tidak disangga.

Itu dari Aminah, calon-calon bebas lain, walaupun langsung tidak kuat angin yang dibawanya, perlu diperhatikan juga oleh PKR. Mungkin benar calon-calon ini tidak ditaja oleh Umno dan Barisan Nasional, tetapi Umno dan Barisan Nasional boleh sahaja menghantar “santau angin” kepada PKR menerusi calon-calon bebas ini. Ingat! Walaupun anginnya lembut, walaupun mendamaikan, ia mungkin lembut dan damai yang beracun.

Politik tetap politik, satu pihak akan sentiasa cuba mengatasi musuh politiknya, satu pihak akan sentiasa cuba mengalahkan musuh politiknya, walaupun bukan di medan perang pilihanraya.

Umno dan Barisan Nasional boleh sahaja melancarkan busurnya dari dalam kubu, sementara bagi PKR yang sedang terdedah di medan, sudah siap siagakah dengan perisainya? Anak panah boleh muncul dengan lajunya dari mana-mana arah sekalipun, kadang-kadang ia tidak terjangka.

Bayangkan jika PKR boleh tertewas di medan tanpa kehadiran musuh yang nyata, alangkah malunya! Manakan tidak, selama ini barisan hadapan PKR dikenal sebagai hebat-hebat, gagah-gagah, muda-belia belaka, apalagi pertempuran (ada pertempuran ke?) kali ini berlaku di wilayah dalam kekuasaan Anwar Ibrahim.

Dalam keghairahan meredah medan pertandingan, hanya berdepan dengan angin yang dirasa tidak menghalang langsung perjalanan dan pergerakan, macam mana kalau tiba-tiba rebah tersembam tersedut angin “beracun”?

Kaedah peperangan sudah semakin berubah. Kalau dahulu, untuk berlakunya peperangan, dua ketumbukan perlu berhadapan satu sama lain di medan yang sama, hari ini tidak perlu lagi.

Sekarang sudah ada “peluru berpandu jarak jauh,” maka ketakutan Israel kepada Iran adalah kerana itu. Apakah Umno dan Narisan Nasional sudah mempunyai “peluru berpandu jarak jauh” yang berupa “santau angin yang lembut tetapi beracun” dalam strategi berhadapan dengan musuh politiknya? Sehingga untuk sesetengah medan pertandingan, Umno dan Barisan Nasional tidak perlu turun ke gelanggang untuk berlawan.

Saya tidak yakin yang Umno dan Barisan Nasional sudah hilang minat untuk berkempen. Saya juga kurang percaya yang Umno dan Barisan Nasional sudah hilang keghairahan untuk menunjukkan kekuatan armadanya di medan pertandingan.

Dari segi kemudahan fizikal dan material, Umno dan Barisan Nasional mempunyai hampir segalanya untuk menundukkan PKR dan Pakatan Rakyat.

Ketika belajar di universiti dahulu, dalam cuti semester saya pernah bekerja sebagai jurujual rumah ke rumah. Saya di ajar kalau kita gagal menjual di rumah pertama, kedua, ketiga dan keempat, belum tentu kita gagal di rumah kelima.

Kalau seorang individu kerdil bergelar jurujual boleh punya iltizam sehebat itu, apalagilah buat organisasi sebesar dan sekuat Umno serta Barisan Nasional.

Kali ini saya cuba mengelak untuk mengatakan Umno dan Barisan Nasional takut dengan kekalahan selepas kekalahan berterusan dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Saya juga cuba mengelak dari menganggap Umno dan Barisan Nasional takut untuk “berperang” di medan yang berada dalam wilayah kekuasaan Anwar Ibrahim.

Tetapi saya juga tidak begitu menerima alasan Umno dan Barisan Nasional bahawa keengganan mereka bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti adalah kerana kekosongan kerusi itu akibat permainan politik PKR.

Ini kerana pilihanraya adalah bab politik, pesertanya adalah parti politik dan permainannya adalah permainan politik, maka tidak kiralah parti mana, Umno, PKR, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, bila berhadapan dengan pilihanraya, semuanya akan bermain politik, tiada siapa terkecuali, termasuklah PAS.

Saya berandaian bahawa Umno dan Barisan Nasional masih terlibat secara efektif dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti ini, walaupun tidak secara kemunculan fizikal, lebih kepada apa yang saya perkatakan di awal penulisan ini, “menghantar santau angin,” melontar batu, sembunyi tangan.

Strateginya bila PKR berjaya dikalahkan, mana-mana calon bebas akan ditawar untuk bersekutu dengan Barisan Nasional, tetapi jika PKR menang, Umno dan Barisan Nasional boleh mengelak aib buat kesekian kalinya.

Tetapi, secara peribadi saya lebih suka jika di tengah tempoh kempen ini, Umno dan Barisan Nasional mengambil pendirian untuk berpihak. Tidak salah dari segi moral untuk Umno dan Barisan Nasional menaja mana-mana calon bebas yang bertanding jika dibuat secara terbuka. Umno dan Barisan Nasional boleh sahaja berkata bahawa, “kami telah mengundur setapak sebelum ini, tetapi hari ini kami akan melangkah seribu tapak ke hadapan.”

Sekurang-kurangnya ia boleh membina persepsi awal yang Umno dan Barisan Nasional sedang bangun dari kekecewaan dan kembali berjuang dengan garang.

Keberanian ini mungkin boleh mengejutkan rakyat dan membuatkan mereka kembali “melihat” Umno dan Barisan Nasional.

Saya tidak pasti apakah Penanti memang kawasan berangin atau tidak, tetapi membiarkan PKR berlawan dengan angin adalah sesuatu yang tidak bagus buat Umno dan Barisan Nasional, apalagi kalau Umno dan Barisan Nasional tiada strategi “santau angin” atau mengambil pendirian berpihak seperti yang diandai dan dicadangkan saya.

Dalam keadaan ini PKR bukan sahaja akan menang dengan mudah, tetapi kecenderungan pilihanraya kecil mutakhir ini juga menyaksikan munculnya ramai calon bebas.

Pada awalnya kehadiran mereka mungkin tidak mengesankan, hilang wang pertaruhan, tetapi percayalah, perkara yang berulang akhirnya akan menjadi dominan juga.

Ketika itu, Umno dan Barisan Nasional bukan hanya perlu berhadapan dengan Pakatan Rakyat, tetapi akan mempunyai sekumpulan lagi musuh politik mereka, iaitu gerombolan calon-calon bebas.

Ulat rawat ulser kronik

by
Oleh LUQMAN NUL HAKIM MAZLAN

"Mungkin ulat-ulat ini dapat menyelamatkan kaki mak cik daripada dipotong", itulah kata-kata semangat seorang perawat kepada seorang penghidap kudis kronik di kaki akibat diabetis yang teruk.

"Jangan bimbang mak cik, ulat-ulat ini cuma makan luka dan kulit yang mati sahaja, yang elok langsung dia tak usik", kata perawat itu lagi.

Itulah kata-kata seorang perawat yang mengamalkan 'Maggot Debridement Therapy' bagi pesakit diabetis yang mempunyai luka atau kudis yang kronik dan sukar untuk sembuh.

Menurut pengurus Edaran Arif Medik Sdn Bhd, Mohd Ashraf Kamarul Zaman, yang juga pengurus projek Maggot Debridement Therapy, penggunaan 'ulat lalat' di Malaysia untuk tujuan perubatan adalah yang pertama setakat ini.

"Kajian mengenai kaedah ini telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)", kata beliau kepada Bernama di sini baru-baru ini.

DUA SPESIES

Menurut Mohd Ashraf, spesies ulat lalat yang digunakan itu adalah dari jenis Lucilia Cuprina iaitu lalat tempatan manakala di negaranegara Barat, spesies yang digunakan dikenali sebagai Lucilia Sericata.

Keduadua spesies ini telah dikenalpasti berkesan dalam merawat luka kronik yang sukar sembuh.

"IMR telah membuat kajian mengenai ulat lalat ini dan menemui satu spesies berlainan dengan yang terdapat di Eropah, ianya dikenali sebagai Lucilia Cuprina yang dapat memainkan peranan dalam menyembuhkan luka", kata beliau lagi.

Mohd Ashraf berkata syarikat Medical Biotheraphy Sdn, anak syarikat Edaran Arif Medik, telah pun mendapat hak eksklusif daripada IMR untuk memasarkan ulat-ulat tersebut bermula Disember 2008 di Malaysia. Kini ia dipasarkan di hospital, klinik dan pusat yang berdaftar.

RAWATAN

Beliau berkata, ulat lalat ini mampu merawat luka kronik yang dialami oleh manusia.

Menurut Mohd Ashraf, ulat lalat ini merawat kulit yang ada luka terlalu kronik, contohnya pesakit diabetes apabila mempunyai luka yang kecil mudah merebak, membesar dan payah untuk sembuh.

"Kesukaran pesakit diabetes sembuh daripada luka pula adalah disebabkan terdapatnya tisu mati yang menyebabkan peredaran darah menjadi terbantut dan jangkitan senang berlaku".

Menurut beliau, ulat-ulat berkenaan berfungsi dengan memakan tisu yang sudah mati dan apabila menjumpai tisu yang hidup ulatulat itu akan berhenti daripada memakan bahagian tersebut.

Katanya lagi, proses untuk menyembuhkan luka pesakit bergantung kepada tahap teruk luka yang dialami.

"Kalau luka di peringkat awal, tapi ada tisu mati, kita letak lava (ulat) ini dalam 48 jam, sekali aplikasi. Maksudnya jika kita letak ulat tu hari ini, lusa baru kita akan buka (balutan).

Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini akan sembuh sepenuhnya daripada luka tersebut, namun katanya jika luka itu terlalu teruk ianya tidak boleh pulih hanya dengan sekali rawatan sahaja.

PENYUCIAN LUKA

Mohd Ashraf berkata, penggunaan ulat ini dalam penyucian luka memang bagus kerana ulat lalat ini mempunyai enzim yang mampu untuk mempercepatkan penumbuhan tisu.

"Ulat ni tak makan macam kita (manusia) makan, ulat ni bila dia nak makan dia akan rembeskan enzim dulu. Enzim tersebut akan mencairkan tisutisu mati dan ia pulihkan balik luka tersebut dengan mempercepatkan penumbuhan tisu", kata beliau lagi. Beliau berkata selain penggunaan ulat lalat ini bukan sahaja tertumpu pada pesakit kencing manis tetapi juka luka-luka lain seperti luka akibat kemalangan, kebakaran dan seumpama.

"Sebenarnya rawatan ini bukan pada pesakit kencing manis sahaja, cuma antibodi pesakit kencing manis sahaja yang agak kurang, jadi luka tu cepat merebak dan susah nak sembuh", kata beliau.

Kaedah rawatan ulat ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang baru mengalami luka dalam kemalangan, cuma bagi pesakit yang mempunyai tisu yang mati sahaja.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ulat lalat ini bolehlah menghubungi Edaran Arif Medik di talian 0361891042 ataupun melayari laman web Http://sterilarvae.com. BERNAMA

Cawangan PKR Perlis makin bertambah

by
PKR akan menubuhkan cawangan keenam di Perlis - di Parlimen Kangar - ekoran kemasukan 160 ahli baru dari kalangan masyarakat bukan Melayu di situ semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi PKR negeri Johari Shafie berkata, kebanyakan mereka dari DUN Sena, yang terletak dalam parlimen Kangar.

Mereka turut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan 470 ahli Umno di DUN Kuala Perlis yang menyertai PKR semalam.

Majlis penyerahan borang itu berlangsung di rumah salah seorang ahli Umno yang menyertai PKR yang dikenali sebagai 'Pak Omar'.

Sehingga ini, sudah terdapat tiga cawangan PKR di Parlimen Kangar. DUN Kuala Perlis juga terletak dalam parlimen yang sama.

Dua lagi cawangan PKR ialah masing-masing satu di Padang Besar dan Arau.

Kemasukan 630 ahli baru itu melebihi daripada jangkaan sebelum ini.

Pengundi atas pagar

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 320 ahli Umno dari DUN Kuala Perlis akan menyertai PKR dan sekaligus menubuhkan cawangan pertama PKR di situ.

Borang keahlian 470 ahli Umno DUN Kuala Perlis menyertai PKR itu, diserahkan kepada Anwar oleh bekas ahli jawatankuasa Umno Kangar, Shaari Ludin.

Manakala borang keahlian 160 ahli baru dari Parlimen Kangar itu diserahkan kepada Anwar oleh ahli jawatankuasa PKR negeri, Ko Chu Liang bagi pihak masyarakat bukan Islam itu.

Dalam majlis tersebut juga, Anwar turut memberi penerangan berhubung perjuangan PKR kepada ahli-ahli baru dan menggesa pengundi atas pagar menyokong parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR Perlis juga telah mengedarkan kira-kira 50 borang keahlian kepada ahli-ahli di Pauh yang telah menyuarakan minat mereka untuk menyertai parti itu.

Menurut Johari lagi, beliau telah mengedarkan borang tersebut minggu lalu.

"Insya-Allah, kita akan dapat balik borang daripada mereka," katanya.

Barisan Nasional memenangi DUN Pauh dalam pilihanraya umum lalu dan diwakili oleh adinda Raja Perlis, Syed Razlan Jamalullail.

- MALAYSIAKINI

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90