Top Ad 728x90

,

Berjuta gagal layari Google

Gergasi enjin carian Internet, Google memohon maaf kelmarin selepas masalah teknikal menyebabkan berjuta-juta orang tidak dapat menggunakan perkhidmatannya termasuk Mel Google dan Berita Google.

Gangguan sejam itu tidak terhad kepada pengguna Internet di Amerika Syarikat (AS) malah kebanyakan negara lain turut menghadapi masalah sama.

Perkhidmatan lain yang terjejas ialah Peta Google dan laman web perkongsian video, YouTube.

Pelbagai aduan dan komen orang ramai mengenai gangguan perkhidmatan syarikat yang menguasai lebih 60 peratus pasaran enjin carian di AS itu disiarkan di laman blog Twitter.

Di beberapa tempat, orang ramai tidak dapat menggunakan laman web Google manakala enjin carian itu amat perlahan di beberapa kawasan lain.

Kenyataan syarikat itu menyatakan gangguan berlaku apabila salah satu sistem Google mengalami masalah menyebabkan banyak laluan web dilencongkan ke laluan Asia sekali gus mencetuskan kesesakan.

"Kesannya, kira-kira 14 peratus pengguna kami mengalami perkhidmatan yang perlahan atau gangguan penuh," kata kenyataan Google.

"Selama ini, kami bekerja keras bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan berjalan dengan pantas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Gangguan seperti itu memalukan kami.

"Kami memohon maaf dan anda mendapat jaminan bahawa kami akan bekerja dengan lebih keras bagi memastikan masalah serupa tidak akan berlaku," tambahnya.

Syarikat enjin carian yang beribu pejabat di California, AS itu menyatakan, gangguan berlaku kira-kira pukul 9.48 malam waktu Malaysia dan berakhir sejam kemudian.

- AFP

1 Comment:

  1. Patutlah masa aku mahu youtube tak boleh. Terima kasih kerana maklumat kau ini.

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90