Top Ad 728x90

,

Hafiz juara Akademi Fantasia (AF7)


Seperti diramal, Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, yang sering menguasai tempat teratas pada persembahan konsert mingguan, dinobatkan sebagai juara program TV realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) pada konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak, itu tidak dapat menahan sebak sebaik diumumkan juara oleh pengacara AF7, AC Mizal. Dia yang menyampaikan lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal, Anuar Zain dan lagu baru, Masih Jelas ciptaan Aidil Alfian dan lirik oleh AD Samad berjaya memukau lebih 10,000 penonton yang membanjiri stadium berkenaan.

Malah, pengkritik tetap iaitu Datuk Khadijah Ibrahim, Adlin Aman Ramlie dan Edrie Hashim turut kagum dan memuji persembahannya pada konsert akhir itu.

Hafiz menerima hadiah lumayan berupa kereta Honda Accord (2.0) tajaan Honda Malaysia, pakej percutian ke New York untuk dua orang tajaan Maybelline New York, Aktif bersama Hotlink selama setahun, Arezzo Hoffman (5.1 Home Theatre System), kamera U1030 tajaan Olympus, Hyundai Air Purifier tajaan MSP Advance, jam tangan tajaan Hugo Boss, Brand’s InnerShine tajaan Cerebos untuk dinikmati setahun, telefon bimbit Nokia 5730 XpressMusic tajaan Nokia dan wang tunai RM20,000 tajaan Astro.

Naib juara, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur menyanyikan lagu Kasih Tak Sampai (Padi) dan Toksik ciptaan Alim dan Shazee Ishak serta lirik oleh Nurfatima. Dia membawa pulang hadiah berupa baucar percutian bernilai RM3,000 tajaan Maybelline New York, kamera U1030 tajaan Olympus, Arez-zo Hoffman Karaoke Set tajaan Areezo, Hyundai Air Purifier tajaan MSP Advance, jam tangan tajaan Hugo Boss dan wang tunai sebanyak RM10,000 tajaan Astro.

Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, dari Johor Bahru yang mendendangkan lagu Bencinta (Faizal Tahir) dan Bengang ciptaan Amir, manakala lirik oleh SQ. Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang hadiah baucar percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline New York, kamera FE320 tajaan Olympus dan wang tunai sebanyak RM8,000 tajaan Astro.

Yazid atau Mohd Yazid Ibrahim, 22, dari Johor Bahru menyampaikan lagu Kasidah Cinta (Dewa 19) dan Ya Papa ciptaan Tun Taja, manakala lirik oleh Hairul Anuar Harun, menduduki tempat keempat. Dia membawa pulang hadiah berupa kamera FE320 tajaan Olympus dan wang tunai RM3,000 tajaan Astro.

Tempat kelima, Ismaliza Ismail atau Isma, 30, dari Kuala Lumpur menyampaikan lagu Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar) dan Bisikan...Godaan ciptaan Aiman dan lirik oleh Slen.

- BERITA HARIAN

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90