Top Ad 728x90

,

Malaysia Truly Asia berjaya tarik 22 juta pelancong

Slogan Malaysia Truly Asia menjadi jenama yang berjaya untuk menarik kedatangan 22 juta pelancong ke negara ini tahun lalu berbanding tujuh juta orang ketika ia diperkenalkan sedekad lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kejayaan menarik lebih daripada tiga kali ganda kedatangan pelancong itu disebabkan keyakinan masyarakat seluruh dunia terhadap slogan tersebut.

Beliau berkata, slogan itu cukup dikenali di seluruh dunia terutamanya di Eropah, Asia, Asia Barat, Oceania dan Utara Amerika selain memenangi lebih daripada 25 anugerah kreatif, pemasaran dan keberkesanan.

"Lebih membanggakan apabila saya berjalan ke luar negara, ada antara mereka yang menyanyikan semula lagu Malaysia Truly Asia yang cukup diingati,'' katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian Anugerah Jenama Dipercayai Reader's Digest 2009 di sini malam ini.

Pemilihan pemenang dilakukan menerusi kajian yang dijalankan oleh Reader's Digest terhadap jenama paling dipercayai dan digunakan oleh rakyat Malaysia.

Pada majlis itu, sebanyak 91 pemenang telah dipilih dalam 43 kategori jenama yang dipertandingkan.

Sementara itu, kajian tersebut mengiktiraf Genting Highlands dan Langkawi sebagai destinasi tarikan pelancongan keluarga paling popular di negara ini.

Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula dipilih sebagai universiti utama di Malaysia.

Malaysia Airlines dipilih sebagai satu-satunya pemenang kategori syarikat penerbangan sementara Hospital Kuala Lumpur pula diiktiraf sebagai hospital utama.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut menerima pengiktirafan apabila dipilih sebagai agensi atau jabatan kerajaan paling dipercayai.

Turut menerima anugerah ialah Amanah Saham Nasional Berhad, Petronas, Maybank, Public Bank, Bank Islam, AIA, Great Eastern, Prudential, Streamyx, Anakku dan Sony.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90