PAKEJ SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PENGUASA KASTAM W27

Kepada calon yang akan menghadapi Peperiksaan Online Pengambilan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, boleh mendapatkan Pakej Panduan Soalan Peperiksaan Online SPA bagi Penolong Penguasa Kastam.
Sila daftar e-mail anda di sini --> http://jvsecurepay.com/access/69bh/28?camp_id=1401

Ratu Bohsia - 10 kali gugur anak

on Saturday, May 9, 2009


Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri.

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.

“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya.

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.

Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.

“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.

“Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya.

- HARIAN METRO
Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

SuFy said...

Astaghfirullah, sgt menjengkelkan..minta2 dijauhkan...


Saturday, May 9, 2009 at 3:10:00 PM GMT+8
kontraktorwibawa.blogspot.com said...

KALAU MAK BAPAK TAK PERCAYA DIA KENA RAPE DEK ATUK NYA, BUKAN ALASAN UNTUK DIA LARI DARI RUMAH DAN TERUS JADI BOHSIA.

KAN BOLEH NGADU KAT CIKGU SEKOLAH ATAU PUN PERGI KE BALAI POLIS BUAT ADUAN.

KOMPIUS AKU BACA KENYATAAN INI DI SURAT KABAR. MUNGKIN KAH ADER CERITA DISEBALIKNYA YANG LUM TERBONGKAR?


Saturday, May 9, 2009 at 7:13:00 PM GMT+8
Anonymous said...

Dia kena rogol seawal umur 12 tahun, ape dia tahu. Kalau org yang dipercayai (datuk, ibu, bapa) tak bleh dipercayai. Apatah lagi cikgu yang merupakan org luar. kalau rumah (yang disangkakannya tempat yg paling selamat) tak selamat, apatah lagi balai polis. mungkin itu yg difikirkannya. Kalau kalian di tempat dia, dunia ini ibarat tempat yang paling tak selamat dan yang paling susah, hilang kepercayaan dengan semua org/pihak/mayarakat. See through her eyes. jangan cakap dok sedap akal. kenapa tak tu, kenapa tak ni @ kan ke tu, kan ke ni. Ungkapan ini dari sudut psikologinya membeban dan menyesakkan... bukan meringankan


Monday, May 11, 2009 at 11:40:00 AM GMT+8
Anonymous said...

Perempuan skarang kotor2 takleh pakai punya...ni baru cita sorang blum lagi 15354876 yang lain


Wednesday, July 8, 2009 at 3:10:00 PM GMT+8
Anonymous said...

betul tu...
aku pernah jumpe seorang kat cni..
dirogol guru mengaji tetapi orang tua takpercaya...
last membalas dendam dengan tido ngan lelaki yang baru knal beberapa minit... lama2 ketagih...


Saturday, March 17, 2012 at 7:49:00 PM GMT+8

Post a Comment

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© MY ADHA - SUMBER MAKLUMAT & JAWATAN KOSONG TERKINI | Hakcipta Terpelihara 2008 - 2014
D.I.Y Themes ByBelajar SEO