SEMAKAN UNTUK TEMUDUGA DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2009

Calon yang memohon untuk memasuki Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Ambilan Julai 2009 boleh menyemak keputusan ujian MEdSI dan mencetak surat panggilan temuduga di LAMAN WEB KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Semakan keputusan ujian & slip panggilan temuduga DPLI
https://www.mohe.gov.my/semakan_temuduga/default.php

11 MEI 2009

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
http://upu.mohe.gov.my

* Sila gunakan Internet Explorer sahaja.

Untuk mencetak Surat Pengiktirafan Ijazah oleh JPA, klik link di bawah dan buat carian ijazah anda. Klik tanda (?) untuk memilih ijazah anda. Selepas itu, buat cetakan untuk di bawa bersama semasa temuduga :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp SEMAKAN UNTUK TEMUDUGA DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI) AMBILAN JULAI 2009

{ 67 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 11 May, 2009
saya telah dapat panggilan temuduga pada 26hb mei.saya lepasan ijazah sarjana muda drpd ipta.adakah saya juga perlu mengemukakan sekali 'surat pengiktirafan jpa'?
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
Sedih la tak dapat tmduga DPLI. Ingatkan bila pindah ke Sabah ni, dapat la mengajar kat sini(rezeki pindah kat sini)....rupa2nya tak juga. Takder rezeki nampaknya. sedihnya..sedihnya..sedihnya..
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
saya pn xdpt jugak.huhu.sedih..p try lagi next year.chayok2.
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
saye pun tak dpt gakk
hukhukk..
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
dgr cite...sape lahir thn 84 ramai dpt tau...ada spe2 lahir thn 84 x? btl ker dapt? ker ada yg xdpt jgk?
salz salz 11 May, 2009
alhamdulillah dpt..hr tu kpli x dpt..sejuk sket ht bl dpt pgln temuduga yg ini..
salz salz 11 May, 2009
sy lahir tahun 86..xde kena mengena kot dgn tahun kelahiran..
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
adoi..sedihyer..x dpt!!!cuba lagile jwpye
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
mcm pemilihan dpli nih??
sedeh laaa...asyik tak dpt jek..
bkn tak berusaha...ntah aaaahh...dh byk kali cuba
dpli ke, kpli ke...
kali ni sedeh teramat ;(
anep anep 11 May, 2009
umm knp yang xdapat ni xleh buat rayuan mcm KPLI? ade sape2 leh tlg jwbkan??
lavenda9oo8 lavenda9oo8 11 May, 2009
anyone here...
tau x sal surat pengiktirafan JPA to??/
cmana eh??xpaham la....

neway sy pn lahir tahun 86...alhamdulillah 23mei ni inetbiu kt usm...

pada yang xdpat cuba lagi k...insyaAllah....ada rzki xkmana
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
pengiktirafan JPA..
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
LanaBusyBee LanaBusyBee 11 May, 2009
Alhamdulillah sy dpt interview DPLI...thn lepas xdpt, thn ni berkat niat yg murni kot huhuhu...setahu saya,surat pengiktirafan jpa perlu untuk ijazah dar luar negara jer la sy rasa...betul x?
sy lahir thn 84..tapi ada gak kwn2 sy yg lahir thn 84 xdpt...no la,bkn ikut tarikh lahir, ikut pilihan kita..cthnya,kita ada degree sc computer, so pilih la kos DPLI yg berkaitan..Saya cuba tuk isi borang kali ni,Alhamdulillah....
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
calon interview kene bawak surat pengiktirafan jpa. tq
lavenda9oo8 lavenda9oo8 11 May, 2009
btl to anon 14,,
sbb kt surat pgln dah ng warn amerah lagi...print jer surat pengiktirafan jpa to...
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
yups.. tu la.. so baik bersedia.. bawak je.. bukan rugi pun
lavenda9oo8 lavenda9oo8 11 May, 2009
betul3....ok gudlak pada sape2 yg dpat..goodluck to you anon17...

ganbatte neh...!!!!
k la g2g...
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
benci la..tak dapat temuduga..!!! tak pernah rasa kecewa tahap begini...
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
sedey nyer tak dapat...:( mcm dah gelap dah masa depan..........hurmm....letih nyer la ai....:(
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
tahniah kpd yg dpt.. nak tanye mase jwb MEDSI hari tu.. korg semua yg dapat DPLI ni jawab semua sangat setuju n sangat tidak setuju ker mcm maner.. ker campur2 dengan setuju n tidak setuju.. please kongsi pengalaman menjawab utk next DPLI intake nih..
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
saya banyak yang sangat setuju n sangat tidak stuju.. ade sket je yg setuju n tidak setuju.. 3 empat je kot.. tak pun dua tiga je jawab camtu
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
nak semak kat mana yea? tadi semak kat website tu kuar result tuk program pendidikan di ipta ambilan 2009/2010..betul ke website tu..kalo betul maknanya nak dapat ler..huhuhu
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
alhamdulillah..sy dpt intrvw kt upsi..kpli dlu x dpt..hope intrvw ni lulus la..sy lahir thn 85..umur x ptg..yg ptg kta ada degree n pilih kos yg sesuai dgn kta..sy apply geografi coz sy graduan geografi kt ums.pe2 pn, hope kta berjaya dlm intrvw tu nnt..
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
salam
alhamdulilah dapat jugak akhirnya saya baru konvo bulan 3 anak tahun 86..
saya dapat kat sintok bumi bertuah
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
asalamualaikum

alhamdulillah..sy dapat jgk akhirnya interview ni. 3 kali mohon..kali ketiga dpt interview.....nak tanya sikit..interview dpli ni camna?kalo ada sapa2 yg tahu share2 la kat sini utk jadik panduan kita semua
TQ.....:-).
IzahIzah 11 May, 2009
tahniah kpd yg berjaya...

ermm..nk tanya sket..
korang yg dapat interview tu keabnyakan yg guna orang dalam(kabel) kat kementerian @ kt universiti ke?...susah la skang ni,nk continue study pun ramai yang guna org dalam...nak mintak keje goverment pun kena ada kenal orang politik...ape la nasib budak2 kampung mcm saya nie yg xde orang dalam..entahlah.
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
tak guna org dalam pun.. jgn ar cop macm tu.. cam tak adil je bagi org yg dpat...
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
ade yang sampai 2-3 kali amek test baru dapat.. mana leh ckp mcm tu.. n saya pun org kampung gak.. bukan sume mcm tu.. perkataan "kebanyakkan" awak tu mmg tak sesuai digunakan..
AnonymousAnonymous 11 May, 2009
salam...Alhamdulillah saya dapat interview kat usm 24 Mei ni...

Berkenaan MEDSI tu kita kena fikir logik juga untuk jawab setuju or sangat tidak setuju or tidak setuju and sangat2 tidak setuju..depend pada soalan..Kalu contoh soalan spt GURU DIBENARKAN MEROKOK DI KAWASAN SEKOLAH..for sure jawapan sgt2 tidak setujukan..ini pendapat saya lah..harap dapat membantu pada kawan2 kita yang lain..

Good luck interview nanti...
piiida85piiida85 12 May, 2009
ASSALAMUALAIKUM..ALHAMDULILLAH,,,SY PN DAPAT TEMUDUGA KAT UTM SKUDAI 24MEI NI...TAHNIAH JUGA KEPADA RAKAN2 YG BERJAYA!KEPADA RAKAN2 YG KURANG BERNASIB BAIK JGN PUTUS ASA...CUBA LAGI!!DGR CITER PERMOHONAN DPLI AMBILAN JAN 2010 DAN DIBUKA BERMULA 4 MEI HINGGA 8JUN 2009.SEMAK KAT MOHE.GOV.MY..
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
asalamualaikum

sy dengar temuduga dpli ni susah sangat..temuduga ni 2 sesi ke 1 sesi sahaja?...
maksud saya temuduga berkumpulan dan temuduga individu?TQ
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
saya bersimpati dgn masalah saudari Izah di atas...mmg betul gak ape yg dikatakannya..kebanyakan anak2 org yg berpengaruh ni mudah untuk keje @ study..saya nasihatkan Izah jangan mudah berputus asa...banyakkan solat hajat dan doa.

Allah S.W.T telah berfirman di dalam Surah At-Talaq (Ayat 2-3) yang bermaksud:-

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
blh x sape2 share cmne inteview dpli ni?..coz sy inteview 25hb ni utk sbjk maslh pembelajran...help me plzz..
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
boleh saya tanya apa itu surat pengiktirafan JPA? kena cetak sendiri ke atau dihantar oleh kementerian pengajian tinggi? kalau nak cetak, cetak dari mana?
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
BILA PULA DPLI AMBILAN JAN 2010 AKAN BUKAK DAN MACAM MANA NAK APPLY
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
Difahamkan, kira-kira 8,000 menghadiri sesi temuduga yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 18 (1), Putrajaya dan kebanyakan mereka datang seawal jam 5 pagi lagi.
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
salam..ada tak sapa2 yg tau kat mana nak dpt surat pengiktirafan JPA..n 1 more thing tu khas tuk graduan dri luar negara ke or yg kt dlm negara kna jgk ada surat pengiktirafan jpa
AnonymousAnonymous 12 May, 2009
pengikirafan jpa
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
nanti wat pilihan course n universiti.. nanti kuar list.. pilih ar yg mana satu jenis ijazah.. klik pada ikon tanda soal.. unuk dpli mmg kene bawak.. just prepare je la.. bukan rugi ape2 pun
AnonymousAnonymous 13 May, 2009
Syukur saya dapat temuduga dpli.amin.ada yg tahu serba sedikit info tntg interview dpli x?
AnonymousAnonymous 13 May, 2009
sy dh tgk dekat laman web MOHE.GOV.MY..ni tp xde pun DPLI AMBILAN JAN 2010..
AnonymousAnonymous 14 May, 2009
Nak tanya,
apakah gaji permulaan untuk lepasan dpli/kpli?
bagaimana dengan kenaikan gaji tahunan? adakah sama untuk kpli dan dpli?
AnonymousAnonymous 14 May, 2009
apakah laman web untuk semakan temuduga dpli ambilan julai 2009?
sy sudah mencuba banyak laman tetapi semuanya bermasalah

harap boleh tolong
tkasih
arezu arezu 14 May, 2009
alhmdulillah..akhirnye dpt jgk panggilan interview DPLI.dah byk kali saya cuba..sy harap sgt2 saya lepas temuduga nie..saya dpt kos computer science..hope sesiapa yg ade pengalaman..share ye..TQ
26 mei sy interview,di UTHM
AnonymousAnonymous 14 May, 2009
salam, setahu sy DPLI nih strict sket pengambilannya.Nk kene betul2 selari dgn kos yg kite amek kat universiti dulu.Alhamdulillah sy dpt interview neh.
AnonymousAnonymous 15 May, 2009
alhamdulih dengan segala puji bagi allah dan selawat dan salam kepada nabi muhammad saw..dengan kehendak nya kita akan sampai juga pada sasaran kita amin..
pada 13 mei 2009 hampir 10 ribu memohon jawatan kontrak di kota bahru kelantan..
cikgu dikelantan mahu diambil 200 orang munkin akan ada peluang..

http//www.razihan85.blogspot.com
Cera CSM Cera CSM 15 May, 2009
Saya rasa teramat sedih kerana xdpt masuk interview dpli Jul09 ini .... Tdk pasti knp tdk t'pilih sebab tiada keputusan yg transparent, seakan2 hanya mencuba nasib.

Bila ambilan DPLI Jan10 akan diumumkan?
Saya telah check harini tapi belum ada news lagi ......

Saya menaruh harapan tinggi utk dpt dpli/kpli ini sebab saya lahir thn 77, makin lama saya menunggu, makin tipis harapan saya ....:-(
AnonymousAnonymous 18 May, 2009
surat pengiktirafan jpa tu same dgn sijil diploma/degree ke? confius tul.... jd mcm mane nak dappatkannye?
AnonymousAnonymous 18 May, 2009
Salam.....
Nak tanya sikit mengenai temuduga DPLI ambilan julai ni. saya dapat kursus sivik dan kewarganegaraan. Jadi, saya nak tau apa yang perlu dibaca mengenai kursus ini. Sebenarnya saya dah pernah dapat interview pada tahun lepas untuk subjek sains pertanian tapi saya tak tau nak baca apa. Jadi masa pi interview saya diminta mengajar untuk subjek tersebut. Saya pun hentam saja topik hidroponik sebab itu sahaja yang saya tau dan ingat. tapi mungkin kurang persediaan dan bukan rezeki lagi. Jadi untuk tahun ini, saya nak buat persediaan awal agar saya tidak menyesal seperti tahun lepas. Boleh sesiapa tolong saya.... TQ
Seri Seri 19 May, 2009
Alhmdulillah.. dpt interview utk DPLI pada jumaat ni kat UITM SHah Alam Seksyen 17...

masa jawab MEdsi test tu.. jawab ngan honest je.. rase cam plastik gak.. tp jawab ikut hati dan mana rasa wajar. Sebenarnya depa tgk personaliti kita dari jawapan2 kita..

Wish me luck yer utk interview!!! seram seram!!!!
rosmawatirosmawati 19 May, 2009
salam...tahniah kpd sesiapa yg dpt interview DPLI..sy nk tanya kalu computer programming course nanti interview kene bw laptop ka? soalan ape eh diorang nk tanya nanti kat kt masa interview...
MOHD. ADHA MOHD. ZAIN MOHD. ADHA MOHD. ZAIN 19 May, 2009
Tahniah kepada yang berjaya mendapat panggilan temuduga DPLI kali ini

ini ada beberapa info pasal temuduga DPLI/ KPLI
biasanya panel penemuduga akan bertanya mengenai:
1. Latarbelakang calon
2. Pendidikan
3. Pengalaman Kerja/ Mengajar
4. Soalan2 berkaitan isu2 Pendidikan seperti:
- PPSMI
- Pelan Strategik Pengajian Tinggi
- Perkembangan Pendidikan
- Wawasan 2020
- Kecerdasan Emosi Guru
- Isu Rotan
- PIPP

lepas tu kena bersedia untuk buat micro teaching
(mengajar kat depan)
topik yang berkaitan dgn bidang anda pilih

untuk DPLI, anda kena bawa surat pengiktirafan JPA
untuk mencetak Surat Pengiktirafan Ijazah oleh JPA secara online, klik link di bawah dan buat carian ijazah anda. Klik tanda (?) untuk memilih ijazah anda. Selepas itu, buat cetakan untuk di bawa bersama semasa temuduga.
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

untuk KPLI, ada perbincangan dalam kumpulan
anda diminta memberi pendapat mengenai sesuatu isu

diharap info tersebut dapat membantu anda
semoga berjaya menjadi guru :)
AnonymousAnonymous 20 May, 2009
saya 1st time dpt intbiu dpli. lahir tahun 76. kerja sekarang membantu ibu bapa berniaga. subjek pilihan perdagangan dan keusahawanan, upsi. saya apply sebab ingin memiliki kerjaya sendiri dan tidak bergantung kpd ibu bapa lagi.. persoalannya degree saya dari tahun 99 lagi, masi bole di iktiraf ke utk ambi dpli?pglmn mengajar adalah 3 bulan ja..itu pn dlm tahun 2000... pendapatan saya sekarang cuma gaji hari. itu adalah satu sebab kenapa saya ingin membina kerjaya sendiri....
AnonymousAnonymous 21 May, 2009
hai..nak tanye?kalau dpli julai ni, kalau tak dpt interbiu, boleh buat rayuan tak mcm kpli?
thanks.
AnonymousAnonymous 21 May, 2009
aku dah bosan... aku dah bosan
AnonymousAnonymous 21 May, 2009
di minta semuanya bertenang...
AnonymousAnonymous 21 May, 2009
kita minum duluuu... yea anonymous 56
AnonymousAnonymous 21 May, 2009
kawan2 semua...nak tambah ni.kes buli di sekolah pun topik hot jg...sebab ari tu aku dpt kpli kena soalan tu.mana tau korg pun dpt jg topik tu...topik lain..prestasi sukan negara,keselamatan di sekolah,bg pendapat tentang 'Malaysia Boleh'..harap2 ini boleh tolong korg:)anyway..ALL THE BEST!
AnonymousAnonymous 25 May, 2009
salam...

Alhamdulillah saya dah selamat interview semalam(AHAD) di USM utk subjek Computer Programming..Mula2 tu takut juga..tapi last2 alhamdulillah la saya rasa saya dah beri yg terbaik time interview tu..

time interview..FIRST DIA SURUH KITA PERKENALKAN DIRI...SO KORANG PERKENALLAH DIRI KORANG SAMPAI DIA KATA STOP BARU BERHENTI..TIME I DIA ASK ME IN MALAY..SO XDA HAL LAH..AND THEN DIA TANYA SOALAN "WHAT IS COMPUTER PROGRAMMING" AND DIA SURUH KITA BUAT MICRO TEACHING ABOUT THAT..SO FOR SURE KITA KENA NGAJAR IN ENGLISH..PASTU DIA TENGOK SIJIL BERKENAAN DENGAN SUKAN AND DIA SURUH SAYA KONGSI PENGALAMAN BERKENAAN KOKURIKULUM...ITU JA..DALAM 20 MINIT CAM GITU...SO GOOD LUCK PADA YG NAK MASUK INTERVIEW NANTI...HARAP PENGALAMAN SAYA INI DAPAT MEMBANTU SAUDARA/SAUDARI...

SALAM
AnonymousAnonymous 25 May, 2009
Salam,

Alhamdulillah saya dah lepas intrviu sabtu lepas kat UM; amik masalah pendengaran. Dulu kat U saya amik sc. comp.

So mula2 mcm biasa dia tya kenapa nak jd guru OKU ni, pastu ada pengalaman ngajar tak, mcm mana sc. comp ni ble relate dgn masalah pendengaran, apa nilai yg perlu ada pada guru, isu semasa. mcm biasa dia akan provok kita. Yg penting konfiden.

Sila pakai baju yg ble buat rasa konfiden tu tinggi. then dia suruh ngajar kat depan, dia bg tajuk mcm mana proses SDLC dlm sc. comp. lepas dah terang tu, dia suruh terang dlm bahasa isyarat. :P pandai2la la korg reka sign languange sendri.

dan klu pregnant dia takkan truskan interview, dia suruh balik.

suara kena kuat.

depends la pada panel yg korg akan dapat, ada panel bilik lain tu dia suruh nyanyi. hehe

last skali ada ujian rabun warna.
AnonymousAnonymous 26 May, 2009
bile bleh check same ade kite berjaye x dlm temuduga tu???means tarikh keputusan kemasukan ke IPTA utk DPLI ni..
anybody can help??
AnonymousAnonymous 26 May, 2009
YER KAN NAK TAU GAK NI BILA KEPUTUSAN BLE CEK..TAK SABAR CAMPUR TAKUT..MUDAH2AN I DAPAT AMIN...
AnonymousAnonymous 28 May, 2009
alhamdulillah saya pun br lps intbieu DPLI comp programming & mslh pembelajaran kt UUM selasa lepas..rs panel yg sy dpt tu x straight sgt...xde kene ngajar pun..just sembang2 je..saya tgh pegnen n tunggu hari nk salin..alhamdulillah sy di beri peluang interbiu (xkena halau balik)...harap2 dapat ler...amin...
AnonymousAnonymous 04 June, 2009
tawon lepas aku interview DPLI kat Uitm Shah alam, bidang pendidikan seni visual, ade ujian melukis, bidang aku komunikasi, time interview tu aku bleh lukis dan bleh jawab smua solan panel tapi sedih aku x dapat sebab ijazah x berkaitan dengan bidang yang dipohoon, maksudnye x memenuhi syarat khas program.

baru2 ni aku interview lagi DPLI aku mintak Masalah pembelajaran, so far interview ok,walaupun ade pengalaman jadi GSTT selame 1 taun 5 bln, aku cume tawakal aje, mcm2 bleh jadi.

pade kwn2 smue jgan ptus ase, rezeki tuhan bagi, kita usaha, amin.

IJAT
AnonymousAnonymous 17 May, 2010
salam
sy pertama kali tebiu utk dpli dan sy dpt tbiu hr sabtu nie
de sape2 yg leh kongsi pengalamn tebiu untuk seni visual x
AnonymousAnonymous 20 May, 2010
salam sy bakal ditemuduga sabtu ni. sy dapat panggilan temuduga utk program bac. sains umah tangga dan pendidikan khas. em sape2 leh kongsi tak? dia biase tanye ape ek. kalau pendidikan khas tu kene mengajar kat depan ke? sains rumah tannga plak cmane..harap2 ade insan sudi menolong saya, saya pertama kali dapat panggilan temuduga, sy amat berharap akan lulus. sy sgt suke profesion keguruan. dan ini merupakan langkah pertama sy. sy tiada pengalaman dlm interview. harap ade yg sudi tolong. terima kasih
salam
kk kk 17 October, 2012
free solar quotes are now fully available with http://www.solarquotesfree.com.au/, so for quote just go to free solar quotes

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

SMART WALLET

Untuk mendapatkan SMART WALLET yang menawan ini. WhatsApp "SMART WALLET" ke: 0139790000

lihat tawaran lebih lanjut

Tawaran Istimewa E-Book

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih 1,000 buah Koleksi E-book pelbagai topik dengan hanya RM20.00 sahaja. WhatsApp "E-BOOK RM20" ke: 0139790000

lihat tawaran

Ingin Kurangkan Bil Elektrik?

Jika bil elektrik anda tinggi setiap bulan, apa kata cuba pasang alat penjimat elektrik di rumah anda. Promosi terkini hanya RM60 poslaju percuma. WhatsApp / Telegram "JIMAT ELEKTRIK" ke: 0139790000