Top Ad 728x90

,

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN KONTRAK DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Temuduga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka bagi jawatan :

1. Butiran Jawatan
a) Jawatan : Pegawai Tadbir Kontrak
b) Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
d) Taraf Jawatan : Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
e) Tempoh Kontrak : 1 Jun 2009 – 31 Disember 2009
f) Bayaran Perkhidmatan : RM 2000.00 sebulan
g) Jumlah Kekosongan : 370 jawatan di Bahagian-Bahagian
di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat-Syarat Kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Umur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 58 tahun semasa dilantik;
c) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
d) Surat nilai taraf dari Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya ijazah dari luar negara /
Institusi Pengajian Tinggi Swasta; dan
e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

2. Butiran Jawatan
a) Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Kontrak
b) Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Sokongan
d) Taraf Jawatan : Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
e) Tempoh Kontrak : 1 Jun 2009 – 31 Disember 2009
f) Bayaran Perkhidmatan : RM 1600.00 sebulan
g) Jumlah Kekosongan : 214 jawatan di Bahagian-bahagian
di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat-Syarat Kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun semasa dilantik;
c) Mempunyai kelayakan Diploma/STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan;
d) Surat nilai taraf dari Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya diploma dari luar negara /
Institusi Pengajian Tinggi Swasta; dan
e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

3. Butiran Jawatan
a) Jawatan : Pembantu Tadbir Kontrak
b) Kementerian : Kementerian Pelajaran Malaysia
c) Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Sokongan
d) Taraf Jawatan : Kontrak Untuk Perkhidmatan (Contract For Service)
e) Tempoh Kontrak : 1 Jun 2009 – 31 Disember 2009
f) Bayaran Perkhidmatan : RM 1200.00 sebulan
g) Jumlah Kekosongan : 217 jawatan di Bahagian-bahagian
di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarat-Syarat Kelayakan
a)Warganegara Malaysia;
b) Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun semasa dilantik;
c) Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

Calon –calon berkelayakan dijemput hadir untuk sesi temuduga terbuka seperti berikut:

TARIKH : 12, 13 & 14 Mei 2009 (SELASA, RABU & KHAMIS)

MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari

MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

TEMPAT : SMK PRESINT 18, JALAN P.18A, PRESINT 18, 62150 PUTRAJAYA.


Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Semasa Menghadiri Temuduga
a) Warganegara Malaysia;
b) Umur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 58 tahun semasa dilantik;
c) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
d) Surat nilai taraf dari Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya ijazah dari luar negara /
Institusi Pengajian Tinggi Swasta; dan
e) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.
a) Calon-calon dikehendaki berpakaian formal dan kemas;
b) Membawa sijil-sijil asal dan salinan-salinan sijil yang telah disahkan;
c) Membawa pen dakwat/pena mata bola untuk mengisi borang-borang yang berkaitan
semasa temuduga; dan
d) Membawa 2 keping gambar terkini berukuran passport.

Pemakluman Keputusan Temuduga

a) Calon-Calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan telefon dalam tempoh 15
hari selepas temuduga diadakan.
b) Calon-calon yang tidak dihubungi secara melalaui telefon atau surat selepas 30 hari dari
tarikh temu duga adalah dianggap sebagai tidak berjaya di dalam temu duga berkenaan.

Perkara-Perkara Lain
Segala kos semasa menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90