Top Ad 728x90

,

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN KONTRAK DI JABATAN PELAJARAN NEGERI, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Temuduga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Jabatan Pelajaran Negeri

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri bagi jawatan di bawah;

JAWATAN:

1) GURU SISWAZAH KONTRAK

SYARAT : Ijazah Sarjana Muda

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM2,000 Sebulan

BIDANG YANG DIPERLUKAN : Bahasa Melayu / Sains / Matematik / Bahasa Inggeris / Teknologi Maklumat / Pendidikan Jasmani / Sains Pertanian / Ekonomi Rumahtangga / Teknologi Pejabat / Sains Sosial / Teknik & Vokasional


2) PEGAWAI TADBIR KONTRAK

SYARAT : Ijazah Sarjana Muda

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM2,000 Sebulan

KEKOSONGAN : 560 Kekosongan


3) PENOLONG PEGAWAI TADBIR KONTRAK

SYARAT : Diploma / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM1,600 Sebulan

KEKOSONGAN : 293 Kekosongan


4) PEMBANTU TADBIR KONTRAK

SYARAT : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009

BAYARAN : RM1,200 Sebulan

KEKOSONGAN : 244 Kekosongan


BUTIR-BUTIR TEMUDUGA TERBUKA :


MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari

MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi - 5.00 Petang


TARIKH, NEGERI & TEMPAT :

13 MEI 2009 (RABU)

W.P.KUALA LUMPUR
-Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Persiaran Duta, K.Lumpur

KEDAH
-Jabatan Pelajaran Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah.

PULAU PINANG
-Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Leboh Downing, Pulau Pinang
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

PERAK
-Jabatan Pelajaran Perak, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh, Perak.

SELANGOR
-Jabatan Pelajaran Selangor, Seksyen 6, Jln Cenderawasih 6/7, Shah Alam.

NEGERI SEMBILAN
-Pusat Kegiatan Guru Kawasan Ampangan, Km.4, Jalan Kuala Pilah, Seremban.

MELAKA
-Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Bukit Beruang, Melaka.

KELANTAN
-Bahagian Teknologi Pendidikan, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, Kelantan.

SABAH
-SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
-Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan.
-Pejabat Pelajaran Daerah Tawau.
-Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.

PERLIS
-Jabatan Pelajaran Perlis, Jalan Tun Abdul Razak, Kangar.

SARAWAK
-Pusat Kegiatan Guru Kuching, RPR Fasa 1, Jalan Astana, Petra Jaya, Kuching.
-SMK Kampung Nangka, Sibu.
-Pejabat Pelajaran Miri, Wisma Persekutuan, Miri.


19 MEI 2009 (SELASA)


PAHANG
-Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

JOHOR
-Pusat Kegiatan Guru, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.


20 - 21 MEI 2009 (RABU & KHAMIS)

TERENGGANU
* Guru Siswazah Kontrak - SK Marang
* Pegawai Tadbir Kontrak - SMK Tengku Lela Segara, Marang
* Penolong Pegawai Tadbir Kontrak - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang
* Pembantu Tadbir Kontrak - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang


PERHATIAN:

a) Etika berpakaian :
Lelaki - Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berkasut
Perempuan - Pakaian yang sesuai dan kasut bertutup

b) Membawa sijil asal dan salinan sijil yang disahkan

c) Membawa 2 keping gambar berukuran passport


19 Comment:

  1. salam bro...nk dftar amek borg kt ner..??? @ mse tmuduga 2 amek borg...???

    BalasPadam
  2. Salaaam. Great blog about job, very good effort, keep it up, baarokallahu lakum :)

    BalasPadam
  3. salam..saya nak tanye sal tmuduga cikgu tu kan isi apa2 borang ker..n amik ktne brang tu..

    BalasPadam
  4. salam...saye nk tanye..iklan jaw kosong nih same ke dgn iklan jaw ksong yg moe.gov iklan kan? sebab saye konpius dgn tempat temuduga tu..tempat temuduga yg akn diadakan 12,13,14mei di SMK persint18, Putrajaya..tapi dlm blog ni, inform tempat interbiu untuk jawatan kosong tu kat sume negeri...iklan ni sebenarnye lain2 ke atau iklan yg same?hope leh jelaskan...time kaseh..:)

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam

    borang isi masa daftar pagi tu
    antara jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
    tempoh temuduga dari jam 9.00 pagi - 5.00 ptg
    tarikh & tempat, sila rujuk di atas

    temuduga di Putrajaya adalah untuk kerja di Putrajaya
    sementara di JPN negeri2 adalah untuk kerja di negeri2
    iklan lain2 :)

    BalasPadam
  6. ooo...mcm tu...trime kaseh byk..:)

    BalasPadam
  7. en adha..
    kiter terus pergi ke tempat temuduga n terus bg tahu kite nak jawatan yg mane eh??
    kemudian..yg dkat pahang tu..
    ade tak untuk guru???cm konfius jadual tu..sory..

    BalasPadam
  8. ya, terus ke tempat temuduga
    isi borang kat situ

    setiap negeri ada Guru Siswazah
    cuma yang Putrajaya je takde

    BalasPadam
  9. salam abg adha...saye minat sgt nk apply jaw kntrak sebgai guru siswazah..tapi saye belom knvo lagi...knvo saye 1st june...mcmmane? leh apply x untuk jaw tuh?time kaseh abg adha

    BalasPadam
  10. emm..saye akn knvo 1st jun ni untuk ijazah..leh ke apply jd guru siswazah?

    BalasPadam
  11. sy nak tye..
    ni kalau en adha ade info pasal ne la
    kalau kita pegi intebiu kat negeri tu & dpt
    ade x kemungkinan kita bole trnasfer ke tempat lain??
    buan ape.. sy nak keje kat negeri asal

    BalasPadam
  12. ada kemungkinan kontrak akan disambung tak kalau berjaya nanti

    BalasPadam
  13. a'kum en. adha, bagi jwtan pembantu tadbir kontrak tak dinyatakan s/ada pekerania/operasi @ kewangan @ kesetiausaha? ianya termasuk semua ke? lagi 1,ada kemungkinan tak jwtn kontrak ni disambung semula @ diserap? tq.

    BalasPadam
  14. askum abg adha..

    Sy tggal di Sg.Petani, kalau sy nk pergi interview dkt JPN ni, adakah saya perlu pergi ke A.Setar?? Sbb rumah sy lbh dekat dgn JPN di Kepala Batas di P.Pinang.. Klau sy pergi interview ke JPN di P.Pinang, adakah kerja yang ditawarkan juga di Pulau Pinang?? TQ..

    BalasPadam
  15. en adha..
    di pahang interviu untuk guru siswazah tu ade tak??
    ke hanya yg untuk jawatan laen??
    konfius sikit...

    BalasPadam
  16. en adha.. ade kemungkinan tak akan disambung kontrak atau stop cam tu jer

    BalasPadam
  17. salam.bro adha..sy bru je grade tiga mngu lpas,blh ke sy apply for this post?

    BalasPadam
  18. salam..
    en.adha..
    Sy nak tanya kalau intrview kat KL..
    Adakah dia htr mengajar di area KL jgk..
    ke mcm mane?

    BalasPadam
  19. helo...dah kuar x result yg pembantu tadbir kontrak (johor)? Tanya kengkawan yg interviu 13hb, xde makluman pun. Susah hati ni.... mila.licious@yahoo.com

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90