Top Ad 728x90

,

Angin bencana dari Sumatera penyebab jerebu lebih teruk


Peningkatan jumlah titik panas di Sumatera serta arah tiupan angin ke Malaysia memberi petanda awal jerebu yang melanda negara ini bukan sahaja dijangka berpanjangan tetapi juga dikhuatiri bertukar lebih buruk.

Imej satelit mengesan 47 titik panas di Riau, Sumatera semalam dengan suhu 35 darjah Celsius iaitu melebihi paras normal.

Ketua Jabatan Cuaca, Meteorologi dan Geofizik Riau, Blucer Dolok Saribu memberitahu Reuters, bilangan titik panas itu dijangka meningkat dan menyebabkan jerebu tebal jika tidak ada hujan.

Beliau berkata, cuaca panas sekarang dijangka kekal sehingga Ogos sebelum tibanya musim hujan mulai September.

Penganalisis meteorologi di Pekan Baru, Riau, Rahmad Tauladani berkata, angin telah meniup jerebu dari Sumatera yang mengehadkan jarak penglihatan setakat enam kilometer ke Semenanjung Malaysia.

Sementara itu di ibu negara, tiga kawasan iaitu Batu Muda, Cheras dan Pelabuhan Klang mencatat tahap kualiti udara tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Cheras, Pelabuhan Klang di tahap tidak sihat

Tahap pencemaran udara di Lembah Klang semakin buruk dalam tempoh 24 jam lalu, yang menjejaskan kawasan yang padat penduduk.

Bacaan indeks pencemaran udara di Pelabuhan Klang adalah 138 berbanding 125 sebelum jam 11 pagi ini.

Bacaannya di Cheras pula ialah 107.

Manakala 30 kawasan lagi diklasifikasikan di bawah bacaan sederhana, termasuk di Nilai, Petaling Jaya, Kajang Country Heights, Shah Alam, Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur.

Kuching pula mencatatkan bacaan terbaik, diikuti Kangar dan Sandaran pada 28.

Bacaan antara 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana.

Kualiti udara dianggap tidak sihat apabila bacaannya 101 hingga 200, amat sangat tidak sihat (201 hingga 300) dan merbahaya jika melepasi 300.

Indeks tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Bacaan seterusnya akan dikeluarkan selepas jam 5 petang..

Pada masa lalu, pembakaran terbuka hutan di Sumatra Indonesia dikatakan menjadi punca jerebu di negara-negara jirannya.

Sehingga semalam, 98 tompok panas dikesan di Sumatra.

Bagaimanapun, pada jam 4.30 petang ini, jumlah tompok panas tersebut telah berkurangan kepada 49 di Sumatra.

- MALAYSIAKINI

4 Comment:

  1. salam ziarah, MASA DATUK NIZAR JADI MB PERAK, PERAK BERCUACA SEJUK, AMAN DAN DAMAI, SELALU TURUN HUJAN RAHMAT DARI ALLHA, TAPI SEJAK BN DAN MB HARAM MERAMPAS KUASA SECARA HARAM, BIADAB DAN JAHAT, CUACA DI PERAK NI PANAS, PANAS, DAN PANAS SEMACAM..............AIRNYA PANAS (WALAUPUN PAGI), HUJAN TAK TURUN, SAYA NI CUCU CICIT KETURUNAN PERAK JATI TAK SUKA "ORANG LUAR" KACAU PERAK DAN RAKYATNYE..............BUAT BAIK BALASANNYE BAIK, BUAT JAHAT...............SALAM PUN ORANG TAK NAK.............YA ALLAH SELAMATKAN LAH PERAK DAN RAKYATNYA DARIPADA KEJAHATAN DAN KEBURUKAN,ORANG ORANG YANG JAHAT.AMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..

    jerebu ouh jerebu.
    teringat masa kecik-kecik.
    bangun pg boleh lihat kabus..

    BalasPadam
  3. salam...
    kerja pembenihan awan perlu dilakukan segera...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90