BN ambil pendekatan baru di Manek Urai

BN ambil pendekatan baru di Manek Urai

Barisan Nasional (BN) akan hanya mempunyai satu pusat arahan untuk menyelaras kempen parti-parti komponennya pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Manek Urai pada 14 Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan mewujudkan hanya satu pusat arahan itu merupakan sebahagian daripada pendekatan baru yang diambil oleh BN dalam menghadapi mana-mana pilihan raya kecil.

"Ini adalah supaya parti-parti dalam BN berada di bawah satu bumbung, supaya dapat menyelaras dan merangka strategi yang lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Alam Sekitar dan Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Ismail Yaacob, 60, daripada Pas pada 22 Mei lepas.

Penamaan calon ialah pada 6 Julai.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Ismail mengalahkan calon BN, Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Muhyiddin berkata, BN telahpun menggerakkan jenteranya untuk melihat dengan lebih dekat situasi pengundi di Manik Urai.

Ditanya mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil itu, beliau berkata Umno sedang mengenal pasti caloncalon dalam kalangan anak tempatan yang paling layak.

"Senarai itu masih lagi panjang. Belum (senarai) pendek lagi," katanya.

- BERNAMA BN ambil pendekatan baru di Manek Urai

0 comment... add one now

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.