Top Ad 728x90

,

Gempar Etok ‘gergasi’ di Terengganu


Kemunculan etok, sejenis hidupan air tawar seakan-akan kupang yang bersaiz gergasi menggemparkan penduduk beberapa buah kampung sekitar Manir, Kuala Terengganu semalam.

Ini kerana biasanya etok yang dikutip oleh penduduk di sekitar Sungai Terengganu hanya bersaiz sebesar duit siling 20 sen tetapi kini sebesar tapak tangan.

Seorang penduduk di Kampung Belada Kolam, Wan Ali Wan Mohamad, 77, memberitahu, sepanjang hidupnya, itulah kali pertama dia melihat etok sebesar itu.

“Sudah lama saya menetap dan mengutip etok di kampung ini tetapi tidak pernah saya jumpa sebesar ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Wan Ali, kebiasaannya saiz etok yang menjadi makanan tradisi penduduk Terengganu hanya sebesar duit syiling 20 sen.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90