Jumaat, Jun 19, 2009

Kad Pengenalan (IC) hijau: Buktikan status ibu bapa - JPN

Buktikan status ibu bapa terlebih dahulu.

Demikian tegas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor ketika mengulas dakwaan Azman Abdullah, 29, pemilik kad pengenalan hijau yang mengalami kesukaran terutama ketika berurusan dengan bank seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam.

Pegawai Pendaftaran Bahagian Kad Pengenalan, JPN Johor, Masam anak Makong berkata, Azman sewajarnya sedia maklum dengan kad pengenalan hijau tersebut gara-gara gagal mengesahkan status sama ada ibu atau bapa kandungnya dilahirkan di Malaysia.

"Itu sahaja hak dia (Azman). Selagi pengadu gagal menyediakan dokumen mengesahkan ibu atau bapa kandungnya dilahirkan di Malaysia, dia hanya layak diberikan kad pengenalan hijau walaupun memiliki sijil kelahiran di negara ini," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! melaporkan rintihan Azman yang mempersoalkan status kad pengenalannya yang mempunyai tarikh luput pada tahun 2013.

Azman yang dipelihara oleh keluarga angkat sejak kecil mendakwa tidak mengetahui di mana ibu dan bapa kandungnya berada dan mula berdepan masalah itu setelah bapa angkatnya meninggal dunia empat tahun lalu.

- KOSMO!
           

0 Comments:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

Recent Posts