Top Ad 728x90

,

Komando maut payung terjun tidak kembang

Seorang anggota tentera dari Unit Gerak Khas Kem Mersing, Johor, maut apabila jatuh terhempas di sebuah ladang tembikai di Kampung Padang Meha di sini, selepas payung terjun yang digunakan ketika latihan tidak kembang, semalam.

Kejadian itu berlaku jam 11.50 pagi ketika Lans Koperal Amin Che Ros, 27, melakukan latihan terjunan yang disertai 67 anggota, termasuk 12 anggota komando.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata sebaik jatuh terhempas mangsa dikejarkan ke Hospital Kulim (HK) dengan ambulans tentera tetapi disahkan meninggal dunia.

"Kemalangan itu berlaku terlalu pantas dan mangsa menghadapi masalah untuk membuka payung ketika melakukan penerjunan pada paras 1,000 meter.

"Mangsa dilaporkan cedera parah di badan dan organ dalamannya," katanya di sini, semalam.

Mangsa yang berkhidmat dalam pasukan tentera sejak lebih tujuh tahun lalu meninggalkan seorang balu, Rosnita Othman, 26, dan dua anak, seorang lelaki berusia lima tahun dan seorang perempuan dua tahun.

Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya di Kampung Permatang Berangan, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ghuzlan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90