Top Ad 728x90

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

1.Permohonan untuk menjalani latihan terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia sahaja. Bilangan penempatan untuk latihan adalah terhad dan mengikut keperluan.

2.Syarat kelulusan adalah di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah dalam bidang perangkaan, ekonomi, matematik atau teknologi maklumat.

3.Pelajar perlu menghantar permohonan disertai dengan resume pelajar dan surat sokongan daripada pihak kolej/universiti ke Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna, Jabatan Perangkaan Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mula latihan.

4.Tiada sebarang elaun dibayar sepanjang tempoh pelajar menjalani latihan di Jabatan ini.

5.Pelajar perlu menghantar satu salinan Laporan Latihan Industri kepada Jabatan setelah tamat latihan.

Permohonan disertai dengan resume pelajar dan surat sokongan daripada pihak kolej/universiti boleh dihantar ke alamat berikut sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum latihan bermula.

Pengarah,
Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Aras 7, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62514 Putrajaya.
Faks: 03-8888 9248
Emel: jpbpo@stats.gov.my

1 Comment:

  1. Hi, sya Gloria Chrisma Jeffery. Student utm major matematik. Nak tanya boleh tak kalau request penempatan utk latihan industri tu?

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90