Top Ad 728x90

,

4 lagi pusat pengajian tinggi ditutup kes selsema babi H1N1


Kementerian Kesihatan semalam, mengarahkan empat lagi institusi pengajian di Melaka ditutup selama seminggu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Keempat-empat institusi itu ialah Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM) di Durian Daun yang mencatatkan lima kes kluster; Kolej Yayasan Mara di Ayer Molek (empat kes kluster); Kolej Profesional Mara di Jalan Hang Tuah (tiga kes) dan Nilam Nursing Health di Bacang yang mencatatkan satu kes, katanya.

Turut ditutup ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, selama 10 hari, bermula semalam selepas 110 pelajarnya dijangkiti demam selesema ringan (Influenza Light Illness).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata 87 kes berkenaan dilaporkan pada 22 Julai lalu dan 23 kes diterima semalam.

Daripada 110 kes itu, dua pelajar dimasukkan ke wad, manakala selebihnya diberi rawatan pesakit luar dan diambil sampel darah untuk dihantar ke makmal.

"Dua pelajar itu terpaksa dimasukkan ke wad kerana menghidap lelah dan selesema berkenaan dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan mereka," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, di JOHOR BAHRU: Sekolah Menengah Teknik

Perdagangan (SMTP) Johor Bahru di sini, ditutup selama seminggu

mulai semalam, selepas 51 pelajarnya disahkan mengidap simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Robia Kosai, ketika dihubungi berkata keputusan menutup sekolah berkenaan dibuat bagi mengelakkan lebih ramai pelajar dijangkiti penyakit itu.

- BERITA HARIAN

1 Comment:

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90