Top Ad 728x90

,

Biasiswa Agong ditawarkan untuk sambung Sarjana (Master) & PhD

Rakyat Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian pada peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD) di dalam dan luar negara dipelawa untuk memohon biasiswa Yang di-Pertuan Agong.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan media, berkata 12 kekosongan diperuntukkan kepada pemohon yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum bagi mengikuti pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-Undang.

“Kerajaan bersetuju untuk mengekalkan program pemberian biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang mula diperkenalkan pada 2006 dengan menawarkan 12 kekosongan bagi diisi oleh pemohon yang layak untuk melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana dan PhD.

“Pemohon pula perlu mempunyai prestasi yang amat cemerlang dan mempunyai kebolehan luar biasa dan istimewa, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan atau pernah menghasilkan kerja inovatif dan kreatif,” katanya.

Kenyataan itu berkata, tujuan utama biasiswa berkenaan ialah untuk mengiktiraf kebolehan cemerlang rakyat di negara ini, sekali gus memiliki warganegara berkualiti yang disifatkan sebagai modal insan bertaraf dunia bagi memacu kegemilangan.

Katanya, pakej biasiswa yang bakal ditawarkan juga adalah lebih tinggi berbanding biasiswa sedia ada yang pernah ditaja oleh kerajaan sebelum ini.

Sesiapa yang berminat boleh memohon biasiswa ini dengan memuat turun borang dalam laman web www.jpa.gov.gov.my atau http://esila.jpa.gov.my.

Pemohon yang berminat juga boleh datang ke kaunter Bahagian Pembangunan Modal Insan di Aras 5, Blok C1, Parcel C, Jabatan Perkhidmatan Awam atau boleh hubungi talian 03-88853436 atau sambungan 3892 bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai biasiswa yang ditawarkan itu.

“Calon yang dipilih menerima biasiswa berkenaan akan terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang lima tahun dan diwajibkan pulang ke Malaysia sebaik tamat pengajian di luar negara kelak,” katanya.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90