Top Ad 728x90

,

Fenomena gerhana matahari separa (22 Julai 2009)

Fenomena gerhana matahari separa akan dapat dilihat terutama di kawasan utara Semenanjung khususnya Kangar, Perlis mulai jam 8.23 pagi, hari ini 22 Julai 2009.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mhd Fairos Asillam, berkata gerhana matahari separa yang sukar dilihat dengan mata kasar itu, akan berlangsung selama lebih sejam iaitu bermula 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

"Ia hanya berlaku secara minimum, kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kerana hanya lebih kurang 17.8 peratus kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan ketika gerhana matahari separa itu berlaku di Malaysia.

"Kangar kawasan terbaik di negara ini untuk mencerap gerhana matahari itu tapi itu pun jika bernasib baik dapat melihatnya menggunakan teleskop," katanya sambil menambah rakyat Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa sekali lagi pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.

- BERITA HARIAN

1 Comment:

  1. gerhana matahari tu ok, jangan kita yang 'gerhana' dah lah...kalau kita gerhana, kata orang dah nak ko...kihkihkih...

    p/s Mr Adha ni mesti banyak tahu tentang politik, jemputlah datang beri komen sikit dalam n3 politik terbaru saya...selamat datang!...

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90